Karlie Muncul Julung Kali dalam Kempen Musim Luruh, Bekerjasama dengan Estée Lauder untuk Kandungan Kecantikan Digital dan Kode With Klossy
NEW YORK, 20 April 2018 /PRNewswire/ -- Hari ini, Estée Lauder mengumumkan ia telah melantik Karlie Kloss, seorang peragawati, usahawan dan dermawan, sebagai Jurucakap Model Global dan Duta Jenama terkininya. Karlie tersenarai bersama-sama barisan jurucakap model Estée Lauder semasa iaitu Carolyn Murphy, Fei Fei Sun, Gabriella Wilde, Hilary Rhoda, Joan Smalls, Kendall Jenner, Misty Copeland dan Yang Mi.
Kempen pertama Karlie akan diperkenalkan julung kalinya pada Julai 2018 menerusi saluran digital, sosial, TV, dalam kedai dan cetakan untuk menyokong produk-produk ikonik Estée Lauder termasuk Pure Color Envy Sculpting Lipstick, Double Wear Stay-in-Place Makeup dan Revitalizing Supreme+ Global Anti-Aging Cell Power Crème. Kempen-kempen ini dirakam oleh Josh Olins di Los Angeles dan Palm Springs.
Syarikat penerbitan Karlie, Klossy productions, akan turut bekerjasama dengan Estée Lauder untuk menghasilkan kandungan kecantikan Karlie sendiri bagi berkongsi bersama lebih 16 juta pengikut merentasi platform-platform sosial dan digital beliau. Video pertama Karlie dilancarkan hari ini, menampilkan cicit perempuan pengasas Estée Lauder, pelakon Danielle Lauder. Dalam sedutan belakang tabir yang melucukan, Danielle menyelia Karlie semasa hari pertama beliau bekerja di ibu pejabat Bandar Raya New York Estée Lauder. Ini merupakan yang pertama dalam beberapa siri video yang diterbitkan oleh Karlie yang akan ditayangkan julung kalinya melalui saluran YouTube beliau, Klossy, serta melalui saluran digital dan sosial milik Karlie dan Estée Lauder.
Bagi memanfaatkan komitmen Karlie untuk mendidik dan membina keyakinan dalam kalangan wanita muda generasi seterusnya, Estée Lauder akan turut menyokong Kode With Klossy melalui biasiswa dan acara kem pengekodan. Kode With Klossy ialah satu inisiatif amal yang ditubuhkan oleh Karlie pada tahun 2015 yang menganjurkan kem musim panas pengekodan selama dua minggu secara percuma untuk kanak-kanak perempuan berumur 13-18 tahun dan memupuk komuniti negara yang menumpu untuk melanjutkan peluang kerjaya untuk kanak-kanak perempuan dalam bidang teknologi.
"Karlie ialah wajah moden Estée dan kami berasa teruja untuk mengalu-alukan beliau bersama jenama Estée Lauder," kata Stephane de La Faverie, Presiden Jenama Global, Estée Lauder. "Karlie telah mencapai kejayaan luar biasa dalam kerjaya beliau melalui kerja keras, bermula dengan mencapai populariti dalam dunia fesyen, seterusnya menjadi personaliti media dan televisyen, dan kini memperkasa wanita muda untuk menjadi pemimpin masa depan dalam bidang teknologi. Minat beliau terhadap kecantikan, suara yang unik dan kehadiran dalam media sosial secara global akan membantu kami menginspirasikan dan berhubung bersama wanita di serata dunia."
"Karlie adalah begitu sempurna untuk Estée Lauder," kata Aerin Lauder, Pengarah Gaya dan Imej, Estée Lauder. "Sebagai seorang peragawati, usahawan dan pengasas Kode With Klossy yang berjaya, Karlie ialah seorang yang cantik dan berkemahiran tinggi. Saya berasa amat teruja kerana beliau menyertai jenama ini."
"Ia merupakan satu impian yang menjadi kenyataan apabila dapat menyertai keluarga Estée Lauder," kata Karlie Kloss. "Saya benar-benar mendapat inspirasi daripada legasi dan nilai jenama ini, bermula dengan semangat keusahawanan Estée sendiri kepada komitmen syarikat yang sukar ditandingi bagi mencipta produk yang terbaik dalam kategorinya untuk wanita seluruh dunia. Saya amat berbangga dan berbesar hati kerana dapat menjadi sebahagian daripada jenama ikonik ini."
Latar Belakang Karlie Kloss
Karlie Kloss ialah seorang peragawati Amerika, penghias muka depan Vogue sebanyak 36 kali, seorang usahawan dan juga dermawan. Dibesarkan di St. Louis, Missouri, Karlie mula terkenal di pertunjukan fesyen amal tempatan pada tahun 2006. Kerjaya beliau berkembang begitu pantas, memperagakan untuk pereka-pereka terulung termasuk Christian Dior, Alexander McQueen dan Versace, antara puluhan pereka lain dan turut membintangi dalam beberapa kempen global utama termasuk adidas, Calvin Klein, Carolina Herrera dan Swarovski. Karlie melancarkan Kode With Klossy pada tahun 2015 bagi memperkasa kanak-kanak perempuan untuk mempelajari cara mengekod dan menjadi pemimpin dalam bidang teknologi. Karlie diiktiraf dalam senarai 100 TIME atas kerja-kerja amal beliau selaku pengasas Kode With Klossy dan turut ditampilkan pada muka depan Fast Company dan Forbes untuk hasil kerja beliau yang meluaskan organisasi. Baru-baru ini, Karlie muncul dalam media dan televisyen, mengacarakan siri Freeform sebanyak enam bahagian iaitu 'Movie Night With Karlie Kloss' serta membuat kemunculan sulung sebagai penyampai dalam musim pertama dan kedua bagi siri asal Netflix 'Bill Nye Saves The World.' Karlie melancarkan saluran YouTube beliau, Klossy pada tahun 2015, yang berjaya mengumpul lebih 690,000 pelanggan dan lebih 33 juta tontonan. Melalui gabungan platform kandungan, Karlie telah mengumpul seramai lebih 16.8 juta pengikut setakat ini. Karlie turut terlibat dalam lembaga Oath untuk berkhidmat sebagai penasihat bersama-sama pengerusi Oath Serena Williams dan pemimpin-pemimpin industri yang lain.
Latar Belakang Estée Lauder
Estée Lauder ialah jenama kebanggaan The Estée Lauder Companies Inc. Ditubuhkan oleh Estée Lauder, salah seorang usahawan wanita pertama dunia, pada masa kini jenama ini meneruskan legasi beliau dalam mencipta produk-produk penjagaan kulit dan alat solek serta minyak wangi ikonik yang paling inovatif, sofistikated dan berprestasi tinggi, kesemuanya diterapkan dengan pemahaman yang mendalam tentang keperluan dan keinginan wanita. Pada masa kini, Estée Lauder berhubung dengan wanita di lebih 150 negara seluruh dunia dan puluhan titik sentuh, bermula daripada dalam kedai hingga dunia digital. Setiap hubungan ini tekal mencerminkan pandangan wanita-kepada-wanita Estée yang hebat dan asli.
Ikuti @esteelauder
Ikuti @karliekloss
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/679424/Estee_Lauder_Karlie_Kloss.jpg