omniture

Emaar Hospitality Group Lakar Pencapaian Bersejarah dengan 50 Projek Hotel Sedang Beroperasi dan Akan Datang

Emaar Hospitality Group
2018-04-23 14:56 602

DUBAI, UAE, 23 April 2018 /PRNewswire/ -- Emaar Hospitality Group, perniagaan hospitaliti dan libur oleh pemaju global Emaar Properties, mengumumkan ia telah melakar pencapaian bersejarah menerusi 50 projek perhotelan dalam portfolionya, termasuk 35 projek akan datang dalam pasaran-pasaran UAE dan antarabangsa, serta 15 hotel dan kediaman berservis yang sedang beroperasi di Dubai. Olivier Harnisch, Ketua Pegawai Eksekutif Emaar Hospitality Group berkata bahawa beberapa perjanjian pengurusan baharu sedang dimuktamadkan dan bakal diumumkan semasa Arabian Travel Market 2018.

generated by system

generated by system

"Sejak tahun 2007, kami telah membentuk identiti baharu dan kehadiran dalam arena hospitaliti, dan kini kami telah berjaya melakar pencapaian menerusi perjalanan pertumbuhan kami apabila mempunyai portfolio yang terdiri daripada 50 projek hospitaliti, yang sedang beroperasi dan akan datang, bersama-sama menawarkan lebih 25,000 bilik dan juga kediaman. Meskipun jejak utama kami ialah UAE, Timur Tengah dan rantau Afrika Utara, kami berbesar hati dengan maklum balas daripada pemilik dan pemaju terhadap konsep hotel kami dan bakal meluaskannya ke kawasan-kawasan baharu," kata Harnisch.

Projek-projek antarabangsa yang akan datang daripada Emaar Hospitality Group berada di Arab Saudi, Bahrain, Mesir, Turki dan Maldives, dengan destinasi-destinasi baharu bakal ditambah dalam masa terdekat. "Cita-cita kami adalah untuk menjadi salah sebuah syarikat hospitaliti yang paling dikagumi dan dipercayai di dunia dan dengan Dubai yang semakin berkembang menjadi hab pelancongan dan perniagaan bertaraf global, kami telah meraih pengiktirafan jenama yang luar biasa dalam pasaran-pasaran antarabangsa."

Dengan tumpuan terhadap pembezaan jenama demi mendorong pemperibadian pelanggan, Emaar Hospitality Group melancarkan tiga jenama iaitu Address Hotels + Resorts mewah yang premium, Vida Hotels and Resorts dengan gaya hidup mewah dan Rove Hotels berskala pertengahan yang kontemporari, yang mana Rove Hotels merupakan hasil usaha sama antara Emaar Properties dan Meraas Holding.

Harnisch berkata bahawa setiap satu daripada jenama ini mencapai daya tarikan yang penting dan kesemuanya meluaskan jejaknya dengan begitu pantas bagi memenuhi aspirasi pesat daripada demografi pelancong yang pantas berubah-ubah, khususnya pengembara milenia. Peluasan Emaar Hospitality Group dilengkapkan melalui kecekapan operasi yang lebih tinggi dan pendekatan yang mengutamakan pelanggan ditekankan menerusi strategi transformasi digital dalam seluruh organisasi.

Emaar Hospitality Group mempunyai 12 buah hotel yang beroperasi di Dubai, yang mana masing-masing lima buah hotel berada di bawah jenama Address dan Rove manakala dua buah hotel di bawah jenama Vida. Rancangan pembangunan di UAE melibatkan 12 buah hotel untuk jenama Address, sembilan buah hotel untuk Vida dan empat buah hotel untuk Rove. Di peringkat antarabangsa, tujuh buah hotel Address sedang dibangunkan selain tiga hartanah Vida dan sebuah hotel Rove. http://www.emaarhospitality.com

Untuk butiran lanjut, hubungi: 

Kelly Home
ASDA'A B-M
+9714-4507-600
kelly.home@bm.com

Source: Emaar Hospitality Group
Keywords: Hotels and Resorts Travel