omniture

Lumesse Umum Pelancaran Pasaran Rakan Kongsi Mereka

Lumesse
2018-04-23 17:02 514

LUTON, England, 23 April 2018 /PRNewswire/ --

Penyedia Penyelesaian Teknologi Bakat yang memenangi anugerah, Lumesse memperkenalkan sebuah Marketplace yang membolehkan pengunjung meneroka ekosistem Pemerolehan Bakat mereka yang semakin berkembang dengan mudah.

Hari ini, Lumesse mengumumkan pelancaran Partner Marketplace mereka, iaitu laman mikro rakan kongsi khusus yang menyediakan pengguna dengan gambaran keseluruhan mengenai instrumen dan perkhidmatan pihak ketiga yang dapat disepadukan dengan lancar ke dalam suit Pemerolehan Bakat sedia ada mereka.

Portal yang dilancarkan pada awal tahun 2018 itu membolehkan pengunjung (khususnya Pelanggan Lumesse sedia ada) untuk mengakses dengan mudah ekosistem rakan kongsi Pemerolehan Bakat yang kini bekerjasama dengan Lumesse. Menerusi portal tersebut, pengunjung akan berpeluang melayari 'aplikasi rakan kongsi' mengikut kategori produk atau menggunakan fungsi carian intuitif dan menilai rakan kongsi individu melalui senarai kad aplikasi terperinci yang menggariskan faedah, ciri dan pilihan penyepaduan semasa yang disediakan. Marketplace ini akan turut menyediakan saluran untuk pelanggan bagi memohon aplikasi tambahan untuk disertakan dan buat rakan kongsi perspektif, menyediakan peluang untuk memohon penyertaan dalam komuniti yang terus berkembang.

Selepas penambahan terkini dalam penawaran perekrutan Lumesse yang terbaik dalam kelasnya, Ketua Pegawai Eksekutif bahagian Pemerolehan Bakat, DR Peter Wiedemann berkata: "Pengenalan Marketplace ialah demonstrasi selanjutnya komitmen berterusan kami terhadap inovasi bertumpu perekrutan. Kami menyertai kumpulan terpilih dalam kalangan organisasi berpandangan jauh dalam bidang Teknologi untuk menawarkan repositori berpusat bagi membolehkan pelanggan kami menyelaraskan himpunan teknologi Perekrutan mereka. Marketplace kami akan menyediakan pengunjung dengan keterlihatan yang dipertingkat terhadap teknologi canggih jaringan rakan kongsi kami yang dapat mengoptimumkan platform Pemerolehan Bakat sedia ada mereka dan menggabungkannya dengan lancar."

Telah bekerjasama sejak tahun 2012, Lumesse dan SHL, peneraju dalam inovasi bakat telah membantu syarikat-syarikat dan calon kerja membuat keputusan kerjaya dengan yakin dan pantas.

"Kami sedia maklum bahawa terdapat prestasi dan laba daya pengeluaran yang besar untuk individu dan syarikat hasil lantaran membuat keputusan yang tepat tentang individu. Bagi membuat keputusan perekrutan dan pembangunan yang lebih baik, organisasi-organisasi memerlukan akses kepada data bakat yang tepat pada waktu yang tepat, dan atas sebab inilah sains penilaian mantap kami yang disediakan melalui platform Lumesse merupakan proposisi yang amat hebat," kata Sam Whiteman, pengarah perikatan di SHL. Beliau menambah: "Kami berasa bangga kerana dapat menjadi sebahagian daripada Marketplace dan dapat membantu syarikat-syarikat membuat keputusan yang lebih pintar tentang pelaburan dalam instrumen dan teknologi penilaian yang terbukti."

Kunjungi Marketplace hari ini - https://marketplace.lumesse.com

Latar Belakang Lumesse  

Lumesse ialah penyedia perisian perekrutan dan pengurusan bakat yang mantap dan terkemuka dalam Pasaran.  Lumesse menyediakan Penyelesaian Bakat kepada lebih 1,500 organisasi di lebih 70 negara bagi membolehkan organisasi menggaji dan memupuk bakat terbaik dalam persekitaran global yang sentiasa berubah-ubah dan mencabar. Dengan Penyelesaian Bakat kami yang unik dan amat mudah disesuaikan, pelanggan kami bersiap sedia untuk memanfaatkan evolusi pesat mencakupi teknologi baharu dan keadaan perniagaan yang disruptif, sekaligus memenuhi kesemua keperluan perniagaan di dalam dan luar negara.

Cari kami melalui:  

Linkedin

Twitter

Facebook

http://www.lumesse.com  

Latar Belakang SHL 

SHL, peneraju global dalam inovasi bakat, membantu syarikat-syarikat mengubah produktiviti melalui pemahaman tentang individu yang lebih mendalam. Memperkasa masa depan perniagaan, data dan instrumen kami terbukti dapat memacu hasil perniagaan yang lebih kukuh dan lebih mampan.

Sains penilaian, data penanda aras dan juga analitik kami yang tiada tandingan memperkasa pemimpin serta pasukan mereka untuk membuat keputusan terhadap individu dengan yakin dan dipacu data, dalam hal yang paling penting, dan mengubah cara organisasi-organisasi merekrut, mengurus dan membangunkan bakat. Dengan 40 tahun kepakaran bakat, kami merupakan rakan kongsi teknologi yang dipercayai bagi lebih 10,000 syarikat seluruh dunia. Kami bekerjasama dengan syarikat-syarikat mencakupi semua saiz dalam setiap industri merentasi lebih 150 negara, termasuk 80% FTSE 100 dan 50% Fortune Global 500. Untuk maklumat lanjut, layari http://www.shl.com

Untuk semua pertanyaan segera, sila hubungi:
Pasukan Perikatan TA
alliances@lumesse.com
+44-1582-816555

Source: Lumesse
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Workforce Management/Human Resources New products/services