omniture

JIINTECH mulakan pembangunan pasaran ke Asia Tenggara, dengan suhu dan kelembapan tinggi, menerusi peroleh pesanan untuk Sistem Pemantauan Penyejukan Jenis Modular

JIINTECH Co., Ltd.
2018-04-23 22:23 548

SEOUL, Korea Selatan, 23 April 2018 /PRNewswire/ -- JIINTECH (Ketua Pegawai Eksekutif: Jihyun Park) ialah sebuah syarikat sistem pengawasan keselamatan komprehensif yang semakin mendapat perhatian dengan menyediakan sistem baharu, inovatif dan berbeza dalam pasaran sistem pengawasan keselamatan digital yang pesat berkembang.

Penyelesaian penyejukan ini, salah satu teknologi utama JIINTECH, terdiri daripada penyahlembap modular dan kelongsong kamera penyejukan elektronik, yang merupakan sistem pengawasan penyejukan dan kelebihan-kelebihannya adalah bersifat mesra alam tanpa bahan pencemar, mempunyai jangka hayat yang panjang dan tidak menghasilkan getaran atau hingar lantaran kaedah penyejukan yang menggunakan termounsur semikonduktor. Teknologi perumah elektronik Korea yang dapat melindungi kamera pengawasan dan peralatan komunikasi dalam persekitaran melampau, menonjol.

Apabila suhu di dalam litar mesin meningkat dengan suhu dan kelembapan yang tinggi, masalah-masalah seperti kerosakan mula timbul, yang menjadi aspek tumpuan JIINTECH semasa membangunkan produk ini. Selepas menjalankan penyelidikan dan pembangunan secara berterusan, JIINTECH memperoleh teknologi teras dan paten yang dapat mempengaruhi prestasi serta jangka hayat peranti elektronik dengan membangunkan perumah penyejukan menerusi penggunaan bahan-bahan tahan panas. Baru-baru ini di Indonesia, yang mengalami suhu dan kelembapan yang tinggi, penyahlembap modular JIINTECH dipasang pada perumah yang mempunyai peranti elektronik, seperti yang digunakan untuk lalu lintas di jalan raya biasa. Masalah sedia ada ialah peralatan komunikasi dalam perumah mempunyai kecacatan yang kerap berlaku disebabkan oleh suhu dan kelembapan yang tinggi. Pada masa lalu, haba di dalam perumah dibebaskan melalui kipas, namun demikian, masalah ini masih tidak dapat diselesaikan. Oleh yang demikian, JIINTECH mengesyorkan perumah penyahlembap yang dibangunkan dengan paten teknologi berciri tahan panas (No. 10-1740372), bagi menyelesaikan isu kerosakan dalam peralatan komunikasi.

Intellectual Property right of JIINTECH
Intellectual Property right of JIINTECH

Ia merupakan produk yang menembusi pasaran baharu dengan menggunakan rintangan haba dan penebat pada sistem pengawasan. Sistem pengawasan penyejukan yang boleh digunakan dalam persekitaran melampau melibatkan suhu dan kelembapan yang tinggi ialah jenis modular, yang mudah dipasang dan diselenggara. Selain itu, ia mempunyai perumah elektronik, maka ia lebih menjimatkan berbanding perumah jenis penyejukan udara dan penyejukan air sedia ada dengan melindungi peralatan dalaman daripada suhu luar yang melampau selagi mana kuasa elektrik dibekalkan. Ia mempunyai daya saing berbeza menerusi strukturnya yang tegap.

Terdapat kerosakan kamera berlaku setiap 6 bulan hingga 1 tahun bagi kamera di pinggir bandar Lapangan Terbang Vietnam lantaran persekitaran yang mengalami suhu dan kelembapan yang tinggi. Ini merupakan jangka hayat paling singkat memandangkan jangka hayat kamera biasa kebanyakannya ialah 2 hingga 5 tahun. Bagi menyelesaikan masalah ini, mereka memasang kamera penyejukan elektronik JIINTECH pada Jun 2017 dan setakat ini mereka dapat menggunakannya tanpa masalah. Sifat produk ini adalah untuk mencegah kerosakan haba pada kamera keselamatan yang dipasang di persekitaran yang panas.

Sementara itu, Jihyun Park, presiden JIINTECH yang telah membangunkan lebih 20 harta intelek berkaitan dalam tempoh 8 tahun berkata, "Kami menyediakan penyelesaian optimum yang bertujuan untuk merealisasikan apa yang diingini oleh pelanggan dengan pantas. Memandangkan kami menyediakan penyelesaian dan bukan sekadar pembuatan, kami dapat menyediakan penyelesaian optimum yang tersuai dalam tempoh masa yang singkat mengikut kesesuaian yang diingini oleh pelanggan. Ini merupakan rahsia kejayaan pantas JIINTECH."

Laman Sesawang: www.jiintech.kr/en

Untuk Pertanyaan Media: 
Jihyun Park 
pjh@jiintech.kr

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180423/2110720-1

Source: JIINTECH Co., Ltd.
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Electronic Components High Tech Security Computer Accessories New products/services