omniture

Namirial Luaskan Pilihan untuk Seleksi Pad Tandatangan

Namirial
2018-04-24 15:00 556

SENIGALLIA, Itali dan BELGRADE, Serbia, April 24, 2018 /PRNewswire/ -- Namirial, penyedia yang terkemuka bagi perisian Pengurusan Transaksi Digital (DTM) dan pakar perisian tandatangan ditulis tangan digital yang dipasang di lebih 375,000 tempat kerja seluruh dunia, hari ini mengumumkan ketersediaan umum pad-pad NT 10011 dan NT 10012 Namirial untuk membaca, menyiapkan dan menandatangani dokumen pada skrin, dengan pengalaman menandatangan sehampir mungkin seperti di kertas. Pad-pad Namirial baharu boleh dilihat dan diuji di persidangan perbankan Technobank di Belgrade hari ini dan esok menerusi reruai rakan kongsi Namirial, ITSistemi.

generated by system

Peranti ini direka bentuk untuk semua lokasi yang menggabungkan antara tandatangan digital dan papan tanda digital: apabila peranti tidak digunakan untuk menandatangan, organisasi-organisasi boleh mengiklankan perkhidmatan mereka melalui imej dan video. Meskipun NT 10011 ialah pad tandatangan dikendalikan-stilus klasik, NT 10012 didatangkan dengan keupayaan skrin sentuh. Kedua-duanya direka untuk menyokong transformasi digital di POS dalam perkhidmatan perbankan, syarikat telekomunikasi, peruncitan, perkhidmatan awam dan perkhidmatan kesihatan serta menawarkan nilai yang hebat untuk wang.

Pad tandatangan berskrin 10.1 inci baharu ini melengkapi pilihan pad tandatangan dan paparan pen yang luas dengan pelbagai saiz dijual dan disokong oleh Namirial, khususnya pad Wacom, serta pelbagai pilihan tablet dan juga telefon pintar. Namirial menawarkan sokongan peranti paling luas untuk penyimpanan tandatangan biometrik ditulis tangan termasuk pilihan pengesahan tandatangan automatik untuk data yang disalin menggunakan pelbagai jenis peranti, kesemuanya diperakui secara rasmi dalam makmalnya.

Luigi Tomasini, Ketua Pegawai Eksekutif Namirial: "Kami telah mereka bentuk pad-pad ini bagi menggabungkan pengalaman kami dalam menyimpan beratus-ratus juta tandatangan ditulis tangan menggunakan penyelesaian e-tandatangan Namirial. Kami memberi penekanan khusus kepada kebolehgunaan, ergonomik dan berat keterangan data tandatangan yang disimpan. Justeru itu, pad-pad ini didatangkan dalam reka bentuk rata yang moden dan membolehkan kedudukan fleksibel dibuat dalam mod lanskap dan potret. Data tandatangan disimpan dengan kadar sampel yang tinggi dan dihantar kepada perisian e-tandatangan yang beroperasi dalam sistem komputer meja atau sebagai perkhidmatan awan menggunakan penyulitan RSA/AES yang mantap."

Pad-pad Namirial juga membawa tanda dagangan Xyzmo, memperlihatkan tanda dagangan warisan syarikat Austria yang diambil alih pada tahun 2015 dengan nama yang sama. Penghantaran pad-pad tandatangan Namirial baharu akan dibuat bermula pada Ogos 2018.

Untuk butiran teknikal dan maklumat harga pad Namirial dan penyelesaian pengurusan transaksi digital Namirial, hubungi bahagian jualan Namirial di contacts@namirial.com

Latar Belakang Namirial
Namirial ialah peneraju global bagi keselamatan dipercayai untuk Pengurusan Transaksi Digital menerusi penyelesaian untuk pengecaman elektronik pengguna, pengesahan berbilang-faktor, pensijilan digital, tandatangan elektronik, invois elektronik dan juga pengarkiban digital. Syarikat telahpun mendapat pengesahan untuk banyak produk dan perkhidmatan termasuk menjadi Penyedia Perkhidmatan Dipercayai dengan Kelayakan eIDAS. Namirial menggaji lebih 350 kakitangan dan memproses beberapa juta transaksi setiap hari. Selain beberapa pejabatnya di seluruh Itali, Namirial group mengendalikan subsidiari-subsidiari di Austria, Brazil, Jerman dan Romania. dan turut diwakili di Amerika Syarikat. Kunjungi laman sesawang kami namirial.com atau ikuti kami melalui LinkedIn dan Facebook.

Source: Namirial
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics New products/services