omniture

Nokia Bell Labs dan Osram ganding bangunkan penyelesaian rangkaian radio dalaman menerusi sistem lampu siling

Osram
2018-04-25 21:56 674

SHANGHAI, 25 April 2018 /PRNewswire/ -- Nokia Bell Labs dan Osram berganding bahu untuk mencipta asas bagi rangkaian radio dalaman yang mampu milik dan berprestasi tinggi. Dalam satu inisiatif bersama, pakar rangkaian dan syarikat lampu ini meneroka bagaimana sistem lampu siling dapat digunakan bagi mencipta rangkaian radio dalaman yang bersepadu erat dengan keupayaan 5G. "Pejabat kami dan sistem lampu perindustrian telahpun disambungkan untuk kawalan jauh," kata Thorsten Mueller, Ketua Bahagian Inovasi di Osram. "Dalam projek penyelidikan dan pembangunan (R&D) ini, kami melengkapi mereka dengan modul-modul radio jalur lebar khas bagi membolehkan peranti mudah alih seperti telefon bimbit dan komputer riba terhubung dengan rangkaian sistem lampu dan menghantar data."

Penyelesaian baharu ini lebih mudah dipasang berbanding sistem Wi-Fi konvensional dan dapat mendayakan aplikasi baharu. Sistem lampu siling dipasang berdekatan dalam setiap bangunan dan boleh dihubungkan kepada sistem kawalan-lampu dan pengurusan-rangkaian masa depan dalam bangunan pejabat dan perindustrian. Sistem ini hanya perlu dihubungkan kepada talian akses komunikasi bangunan, seperti sambungan gentian optik. Corak tertumpu dan sama rata sumber cahaya yang dipasang dapat mencegah zon mati berlaku di dalam bangunan. Modul-modul radio yang berpatutan juga hanya meningkatkan sedikit harga berbanding sistem lampu pejabat konvensional. Ia juga memberikan prestasi yang lebih baik dan akan menjana kos lebih rendah berbanding titik akses Wi-Fi dan pengulang. Di samping itu, sistem lampu baharu ini boleh digunakan untuk perkhidmatan-perkhidmatan lain seperti pengumpulan data sensor.

Teknologi ini akan dipamerkan di Sidang Kemuncak 5G Brooklyn, pada 24-27 April 2018. Rangkaian 5G memperlihatkan fasa seterusnya dalam pembangunan LTE (4G). Rangkaian ini mendayakan peranti akhir mampu-5G untuk menghantar data sehingga 20 gigabit sesaat. Biasanya, frekuensi yang digunakan mengehadkan penerimaan di dalam bangunan. Hasilnya, rangkaian bilik dalaman berasingan adalah sesuai untuk menghasilkan sambungan mudah alih yang lancar kepada Internet. Pemasangan ujian menggunakan prototaip sistem lampu radio baharu menunjukkan bahawa daya pemprosesan data sekitar 100 megabit sesaat boleh dicapai secara andal dengan pemancar Wi-Fi berharga rendah yang beroperasi pada 2.4 gigahertz (GHz). Modul-modul radio yang lebih sofistikated yang mana pelbagai frekuensi digabungkan dan beberapa saluran dikendalikan serentak kini tersedia bagi melancarkan kelajuan di bawah paras gigabit. Dengan teknologi 5G, yang menggunakan julat frekuensi lebih luas dan boleh menghantar lebih banyak data dengannya, beberapa gigabit sesaat boleh dihasilkan menerusi penyelesaian ini.

"Di Bell Labs, kami menumpu untuk menyelesaikan cabaran manusia yang sukar dalam dunia terhubung masa depan kami. Inovasi 5G disruptif kami membawakan sistem radio MIMO (berbilang input berbilang output) teragih ke dalam tatasusunan lampu tertumpu sedia ada dan 'menerangi' seluruh perusahaan dengan keupayaan berbilang gigabit bagi menangani keperluan masa depan," kata Peter Vetter, Ketua Penyelidikan Akses, Nokia Bell Labs. "Pemasangan lampu kami kini semakin pintar," tambah Thorsten Mueller daripada Osram. "Pengesan kehadiran dalam bangunan pejabat sudahpun dapat digunakan untuk mengurus bilik mesyuarat dengan lebih cekap dan merancang pembersihan yang disasarkan apabila perlu. Di kedai-kedai runcit, pelanggan dapat diurus dengan lebih baik dengan bantuan perkhidmatan digital setempat."

 Sistem lampu radio yang baru dibangunkan boleh disepadukan ke dalam platform Internet Komunikasi Benda (IoT) Osram yang diumumkan baru-baru ini, Lightelligence sebagai sumber data sensor tambahan. Lightelligence dapat digunakan untuk menghimpunkan semua komponen, aplikasi dan program pintar. Hasilnya ialah aplikasi dan perkhidmatan baharu yang melangkaui sekadar lampu. Penyelesaian logistik berasaskan sensor Osram, contohnya, boleh menggunakan infrastruktur pencahayaan gudang bagi merekodkan inventori, mengawasi suhu dan kelembapan untuk barangan mudah rosak dan mengoptimumkan cara gudang digunakan. Sistem ini dibuka bagi tujuan penyepaduan dengan semua produk, program dan antara muka pengeluar.

Modul rangkaian radio digabungkan tanpa disedari ke dalam sistem lampu Licross Osram.
Modul rangkaian radio digabungkan tanpa disedari ke dalam sistem lampu Licross Osram.

LATAR BELAKANG OSRAM

OSRAM, yang berpangkalan di Munich, ialah syarikat berteknologi tinggi yang terkemuka di dunia, yang melakar sejarah sejak lebih 110 tahun lalu. Menumpu khususnya terhadap teknologi berasaskan semikonduktor, produk kami digunakan dalam pelbagai aplikasi, bermula daripada realiti maya kepada pemanduan berautonomi dan daripada telefon pintar kepada penyelesaian lampu terhubung di dalam bangunan dan juga di bandar-bandar. OSRAM menggunakan cahaya dengan kemungkinan tanpa batasan bagi meningkatkan kualiti hidup individu dan komuniti. Hasil inovasi OSRAM membolehkan orang ramai di seluruh dunia bukan sahaja untuk melihat dengan lebih baik, tetapi juga dapat berkomunikasi, mengembara, bekerja dan menjalani kehidupan dengan lebih baik. OSRAM menggaji kira-kira 26,400 kakitangan di seluruh dunia setakat akhir tahun fiskal 2017 (30 September) dan menjana pendapatan sebanyak lebih EURO 4.1 bilion. Syarikat tersenarai dalam bursa saham di Frankfurt dan Munich (ISIN: DE000LED4000; WKN: LED400; simbol dagangan: OSR). Maklumat tambahan boleh didapati di www.osram.com.

LATAR BELAKANG NOKIA BELL LABS

Nokia Bell Labs ialah cabang penyelidikan perindustrian Nokia yang tersohor di dunia. Sepanjang 90 tahun sejarah penubuhannya, Bell Labs telah mencipta banyak teknologi asas yang menyokong rangkaian maklumat dan komunikasi serta semua peranti dan sistem digital. Kajian ini telah membawa kepada 8 Hadiah Nobel, tiga Anugerah Turing, tiga Hadiah Jepun, pelbagai Pingat Kebangsaan dalam Sains dan Kejuruteraan, serta satu anugerah Oscar, dua anugerah Grammy dan satu anugerah Emmy hasil inovasi teknikalnya. Untuk maklumat lanjut, layari www.bell-labs.com.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180424/2113330-1

Source: Osram
Keywords: Home Improvement Household Products Household/Consumer/Cosmetics Internet Technology