MANTAN PESURUHJAYA NYPD RAY KELLY SAMPAIKAN ANUGERAH PENCAPAIAN SEPANJANG HAYAT KEPADA LAUDER
Di Malam Gala Bandar Raya New York untuk Yayasan Keselamatan Dalam Negeri Penguatkuasaan Persekutuan, pegawai-pegawai persekutuan dan kaum keluarga mereka diberi penghormatan atas perkhidmatan dan pengorbanan mereka
NEW YORK, 25 April 2018 /PRNewswire/ -- Duta Ronald S. Lauder diberi penghormatan pada malam Isnin di Plaza Hotel, New York oleh Yayasan Keselamatan Dalam Negeri Penguatkuasaan Persekutuan, bagi menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat.
Mantan Gabenor Pennsylvania Tom Ridge, Setiausaha A.S. pertama untuk Keselamatan Dalam Negeri, mengasaskan pertubuhan bersama-sama dengan Richard Kendall. Ridge mengucapkan terima kasih kepada Duta Lauder atas sokongan lama beliau terhadap penguatkuasaan undang-undang dan juga atas sumbangan beliau terhadap kehidupan awam.
Mantan Pesuruhjaya Polis New York Ray Kelly memuji Lauder, dengan berkata beliau mempunyai "komitmen yang tinggi terhadap perkhidmatan awam." "Ronald telah mendedikasikan hidup beliau untuk membantu orang lain," kata Kelly, "dan beliau tidak pernah menyesal atas sokongan teguh beliau terhadap penguatkuasaan undang-undang."
"Biarpun ketika kami berhadapan dengan cabaran dan ancaman yang belum pernah dialami sebelum ini," kata Duta Lauder, ketika berucap di hadapan ejen-ejen persekutuan masa lalu dan masa kini, serta kaum keluarga mereka, "Amerika bersama anda."
"Negara kita terhutang budi dengan anda," kata Lauder, "dan kami tidak akan mempersia-siakan anda."
En. Lauder yang berkhidmat di Pentagon di bawah Presiden Reagen dan Duta A.S. ke Austria semasa Pentadbiran Reagan, menjadi Presiden Kongres Yahudi Dunia sejak tahun 2007.
Acara Yayasan ini dihadiri oleh lebih 400 pegawai penguatkuasaan undang-undang masa kini dan terdahulu, wakil-wakil komuniti dan pemimpin-pemimpin perniagaan.
Yayasan Keselamatan Dalam Negeri Penguatkuasaan Persekutuan (FEHSF) ialah sebuah pertubuhan tidak berpihak yang menyokong keluarga pegawai-pegawai yang berkhidmat dalam agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang negara yang penting di Amerika, termasuk FBI, Perlindungan Kastam dan Sempadan, Perkhidmatan Rahsia A.S., Perkhidmatan Polis A.S., Biro Alkohol, Tembakau dan Senjata Api serta institusi-institusi barisan hadapan yang lain.
Untuk maklumat lanjut tentang FEHSF, sila ke https://www.fehsf.org/
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi: Michal Grayevsky, Penasihat Kanan untuk Ronald S. Lauder office@mg745Fifth.com