TORONTO, 26 April 2018 /PRNewswire/ -- Spin Master Corp. (TSX:TOY; www.spinmaster.com), syarikat hiburan kanak-kanak yang terkemuka di dunia, menyaman Mattel, Inc. di Daerah Pusat California berhubung penjualan dan pemasaran barang mainan berjenama Mecard oleh Mattel. Secara khususnya, Spin Master mendakwa pelanggaran hak paten barang mainan Mecard oleh Mattel sekurang-kurangnya terhadap dua paten Spin Master. Spin Master ingin menuntut ganti rugi dan injunksi kekal.
Spin Master memiliki hak-hak paten dalam pasaran-pasaran utama di seluruh dunia untuk melindungi mekanisme transformasi berkaitan dengan barang mainan Bakugan® yang berjaya dan memenangi anugerah. Dalam prosiding yang difailkan baru-baru ini oleh Spin Master, ia mendakwa barang mainan Mecard Mattel melanggar sekurang-kurangnya dua paten AS Spin Master yang melibatkan mekanisme transformasi. Spin Master mendakwa Mattel menggunakan teknologi berpatennya dalam barang mainan Mecard bagi mencipta transformasi barang mainan yang dinamik.
Berdasarkan maklumat orang awam, pada tahun 2016, melalui syarikat asing, Mattel membeli kepentingan dalam SonoKong Co Ltd yang melesenkan barang mainan Mecard yang didakwa melanggar undang-undang itu kepada Mattel. Sonokong ialah pengedar Korea terdahulu untuk barang mainan Bakugan®. Spin Master telahpun memperoleh penghakiman positif bagi pelanggaran hak paten terhadap penjual AS bagi beberapa produk Turning Mecard terdahulu daripada Mahkamah Persekutuan AS. Tuntutan mahkamah AS itu diikuti dengan tiga saman paten lain melibatkan teknologi Bakugan dan barang mainan Mecard yang difailkan pada tahun 2017 terhadap Mattel di Kanada, Mexico dan Australia. Kes-kes ini masih diteruskan.
Tuntutan mahkamah oleh Spin Master terhadap Mattel diikuti dengan tiga tuntutan mahkamah paten lain yang difailkan oleh Spin Master melibatkan teknologi Bakugan®. Difailkan di AS, Kanada dan United Kingdom, tuntutan mahkamah ini mendakwa bahawa Alpha Group gabungan Cina telah melanggar hak paten Spin Master dengan menghasilkan dan menjual rangkaian barang mainan pengubah Screechers Wild!™ miliknya.
"Spin Master telah diiktiraf selama bertahun-tahun oleh organisasi-organisasi seperti Persatuan Industri Barang Mainan, sebagai salah sebuah syarikat paling inovatif dalam industri. Kami sanggup bersusah payah untuk melindungi dan menguatkuasakan harta intelek terhadap pihak-pihak lain yang cuba mengambil kesempatan secara tidak adil terhadap inovasi kami. Malang sekali apabila pesaing-pesaing kami tidak menghormati hak-hak harta intelek kami atau tidak melabur dalam inovasi mereka sendiri," ujar Ben Gadbois, Presiden Global dan Ketua Pegawai Operasi Spin Master. Tambah Ronnen Harary, Ketua Pegawai Eksekutif Bersama dan Pengasas Bersama Spin Master. "Bakugan ialah satu fenomena barang mainan global dan kami telah memberi perhatian bersungguh-sungguh dan akan terus melakukannya untuk melindungi teknologi transformasi kami yang inovatif di kebanyakan wilayah utama seluruh dunia. Kami merancang untuk melancarkan semula harta intelek Bakugan di seluruh dunia pada tahun 2019 dan kami percaya paten-paten kami dapat melindungi teknologi di sebalik produk tersebut. Spin Master berharap pesaing-pesaingnya dapat menghormati harta intelek Spin Master dan kami akan mengambil langkah-langkah agresif sekiranya kami yakin hak-hak kami telah dilanggar."
Latar Belakang Spin Master
Spin Master (TSX:TOY; www.spinmaster.com) ialah sebuah syarikat hiburan kanak-kanak yang terkemuka di dunia yang mencipta, mereka bentuk, mengeluarkan, melesenkan dan memasarkan portfolio yang pelbagai, terdiri daripada barang mainan, permainan, produk dan barangan hiburan yang inovatif. Spin Master amat dikenali menerusi jenama-jenama yang memenangi anugerah termasuk Zoomer®, Bakugan®, Erector® by Meccano®, Hatchimals®, Air Hogs® dan PAW Patrol®. Sejak tahun 2000, Spin Master menerima 92 pencalonan Barang Mainan Terbaik Tahunan (TOTY) TIA dengan 28 kemenangan menerusi pelbagai kategori produk, termasuk 13 pencalonan TOTY menerusi Barang Mainan Inovatif Terbaik Tahunan, lebih banyak berbanding pesaingnya. Setakat ini, Spin Master telah menerbitkan enam siri televisyen, termasuk siri terkenal tahun 2007 Bakugan Battle Brawlers yang berjaya dan siri terkenal masa kini, PAW Patrol yang ditayangkan di lebih 160 negara dan wilayah seluruh dunia. Spin Master menggaji lebih 1,600 kakitangan di seluruh dunia dan mempunyai pejabat-pejabat di Kanada, Amerika Syarikat, Mexico, Perancis, Itali, United Kingdom, Slovakia, Poland, Jerman, Sweden, Belanda, China, Hong Kong, Jepun, Vietnam dan Australia.
HUBUNGI: Media: Tara Tucker, Naib Presiden, Komunikasi Pemasaran Global, mediarelations@spinmaster.com; Pelabur: Karoline Hunter, Pengarah Kanan dan Peguam Am Bersekutu, KarolineH@spinmaster.com