MUMBAI, India, 26 April 2018/PRNewswire/ --
Sorotan Utama
IndiGrid, sektor kuasa pertama India InvIT, mengumumkan keputusannya bagi suku tahun dan tahun pertama berakhir pada 31 Mac 2018.
Pendapatan disatukan untuk Suku Keempat Tahun Fiskal 2018 berada pada INR 1,480 juta dengan EBITDA pada INR 1,326 juta. Bagi 10 bulan berakhir pada 31 Mac 2018, pendapatan disatukan berada pada INR 4,476 juta dengan EBITDA pada INR 4,155 juta.
Lembaga Sterlite Investment Managers Limited bertindak sebagai Pengurus Pelaburan IndiGrid meluluskan pengagihan sebanyak INR 3.00 seunit untuk Suku Keempat Tahun Fiskal 2018 yang dibayar sepenuhnya sebagai faedah kepada pemegang unit. Bagi 10 bulan untuk Tahun Fiskal 2018, ini menghasilkan jumlah pengagihan sebanyak INR 9.56 seunit mengatasi panduan INR 9.20 seunit, membawa kepada jumlah pengagihan sebanyak INR 2,702 juta kepada pemegang unit pada tahun pertama operasinya.
Pertumbuhan permintaan terhadap bekalan elektrik India berserta pertumbuhan dalam kapasiti tenaga boleh diperbaharui kepada 275 GW menjelang tahun 2027 akan memerlukan pelaburan penting dalam talian penghantaran bagi tujuan pemindahan kuasa. Pembukaan rangkaian transmisi dalam negeri kepada pembidaan kompetitif berasaskan tarif akan terus ditambahkan bagi meningkatkan aktiviti dalam sektor ini.
IndiGrid dijadual menyelesaikan pemerolehan pihak ketiga pertamanya pada Suku Pertama Tahun Fiskal 2019 daripada Techno Electric. Dengan pemerolehan terkini ini, panduan pengagihan Tahun Fiskal 2019 ialah INR 12.00 seunit. Mengulas tentang keputusan kewangan tahun pertama, En. Pratik Agarwal, Ketua Pegawai Eksekutif IndiGrid, berkata, "Kami telah menunjukkan satu lagi prestasi suku tahunan yang kukuh dan mengatasi panduan pengagihan kami. Dalam masa yang sama, kami meluaskan portfolio kami dengan ketara dan memperlihatkan kebolehan kami untuk mencapai sasaran IRR portfolio 12% dalam tempoh terdekat. Sejajar dengan strategi pertumbuhannya, IndiGrid telahpun mempertimbangkan set pemerolehan aset yang seterusnya daripada Penaja dan pihak ketiga. Pertumbuhan yang diunjurkan bagi permintaan bekalan elektrik sepanjang dekad akan datang akan memerlukan infrastruktur transmisi kuasa besar-besaran yang memberi petanda amat baik untuk IndiGrid."
Hubungi:
Balaji Krishnaswami
balaji.krishnaswami@sterlite.com
+91-9971757474