omniture

FSS Lancar Bayaran Segera Percepat Pertumbuhan Transaksi Digital

Financial Software and Systems (FSS)
2018-04-26 17:56 651

CHENNAI, India, DUBAI, Emiriah Arab Bersatu dan KATY, Texas, 26 April 2018 /PRNewswire/ --

  • Himpunkan semua PSPS dalam negara - bank, institusi kewangan, pemproses pembayaran, pengendali rangkaian mudah alih, penyedia institusi wang elektronik bagi mencipta jaringan pembayaran saling beroperasi untuk pemindahan wang segera, terjamin dan berpatutan   
  • Rel pembayaran waktu sebenar untuk menggalakkan inovasi Teknologi Kewangan, yang seterusnya dapat memberi impak positif dan berganda-ganda untuk transaksi pembayaran digital 

FSS, peneraju bagi Pembayaran dan Teknologi Kewangan (Fintech), hari ini mengumumkan pelancaran sistem Pembayaran Segera, iaitu infrastruktur penjelasan dan penyelesaian pembayaran berpusat untuk pemindahan wang domestik dan antarabangsa yang segera.

Kepantasan menjadi aspek utama sistem pembayaran global yang paling berjaya, setakat ini, iaitu tunai, dengan transaksi digital menyumbang hanya 20% daripada transaksi keseluruhan. Faktor utama yang menyebabkan penggunaan rendah ini adalah rel pembayaran semasa yang mahal dan bukan pada waktu sebenar. FSS Instant Payments membolehkan pengawal selia membangunkan rel pembayaran berkos rendah untuk transaksi pembayaran tolak-tarik yang bersifat sejagat, pantas, selamat dan berpatutan.

FSS Instant Payments membolehkan institusi-institusi kewangan menyediakan perkhidmatan yang dipertingkat kepada pelanggan. Ini termasuk:

  • memulakan dan menerima pembayaran 24 jam sehari, setiap hari sepanjang tahun, termasuk hujung minggu dan cuti umum;
  • membuat pembayaran menggunakan sebarang instrumen pembayaran - akaun bank, dompet dan kad;
  • penyelesaian segera dan ketersediaan dana; dan
  • mengurus pembayaran dengan cara yang agak mudah

FSS Instant Payments menyokong akses pantas kepada infrastruktur pembayaran pusat, menerusi Gerbang Pemesejan Kewangan untuk penyedia perkhidmatan pembayaran (PSP). Gerbang Pemesejan Kewangan membolehkan PSP mendedahkan antara muka pemprograman aplikasi bagi meraih keuntungan daripada pelaburan infrastruktur dan menggunakan perkhidmatan tindanan inovatif yang memberi nilai pelanggan sebenar. Berdasarkan trend pasaran serantau, pelan tindakan yang berpotensi mencakupi pembayaran individu-kepada-individu, individu-kepada-perniagaan dan perniagaan-kepada-perniagaan.

Mengulas mengenai pelancaran tersebut, Suresh Rajagopalan, Presiden - Perniagaan Produk, FSS, berkata; "Kami berasa teruja dengan pelancaran FSS Instant Payments. Rel pembayaran waktu sebenar segera akan membolehkan negara-negara mereka bentuk infrastruktur pembayaran waktu sebenar digital yang moden serta memanfaatkan peluang pertumbuhan besar-besaran, yang terhasil daripada ekonomi terhubung mengikut permintaan yang sentiasa beroperasi. Dengan menyediakan akses kepada rel pembayaran dan mewujudkan peluang yang sama rata untuk teknologi kewangan, bank dan institusi kewangan, FSS Instant Payments akan memberi impak berganda-ganda menerusi penggunaan pembayaran digital oleh pelanggan."

Mengulas mengenai pelancaran tersebut, Ram Chari, Ketua Perniagaan Global, FSS berkata; "Ini merupakan satu pencapaian penting dalam lebih 25 tahun sejarah inovasi pembayaran kami. Dalam seluruh pasaran, terdapat momentum pertumbuhan yang amat tinggi terhadap Pembayaran Segera dan FSS amat sesuai untuk memanfaatkan pengalaman luasnya bagi membantu pengawal selia, bank, pemproses pembayaran seluruh dunia mencapai kelebihan penggerak pantas dan memberikan faedah-faedah pembayaran waktu sebenar kepada pelanggan."

FSS akan berkolaborasi dengan pengawal selia pusat bagi mereka bentuk peraturan skim serta struktur tadbir urus dan pengurusan risiko untuk Pembayaran Segera. Sistem yang mendasarinya amat boleh dikonfigurasikan dan boleh disesuaikan mengikuti persekitaran pengawalseliaan dan pematuhan tertentu untuk pelbagai negara, demi memastikan tahap keselamatan dan perlindungan pelanggan tertinggi.

FSS Instant Payments menawarkan himpunan keupayaan yang lengkap untuk pemprosesan pembayaran waktu sebenar kepada institusi-institusi yang mengambil bahagian. Ini termasuk ketersambungan, pemprosesan, penjelasan dan penyelesaian, pengurusan risiko, pengendalian pengecualian dan pengurusan pertikaian.

Latar Belakang FSS  

Financial Software and Systems (FSS) ialah peneraju bagi teknologi pembayaran dan pemprosesan transaksi, menawarkan portfolio yang pelbagai mencakupi produk perisian, perkhidmatan pembayaran dihoskan dan perkhidmatan perisian yang dibangunkan sepanjang 25 tahun pengalaman yang komprehensif. FSS, suit pembayaran hujung-ke-hujung, memperkasa saluran penyerahan runcit termasuk ATM, POS, Internet dan Mudah Alih serta fungsi-fungsi bahagian belakang yang kritikal termasuk pengurusan kad, penyesuaian, penyelesaian, pengurusan peniaga dan pengawasan peranti. Beribu pejabat di Chennai, India, FSS menyediakan perkhidmatan kepada bank-bank global yang utama, institusi-institusi kewangan, pemproses, pengawal selia pusat dan kerajaan di seluruh Amerika Utara, UK/Eropah, ME/Afrika dan APAC serta mempunyai seramai 2,500 pakar dalam syarikatnya.

Untuk maklumat lanjut layari http://www.fsstech.com

Hubungi:
Radhika Natraj
radhikan@fss.co.in
products@fsstech.com  

Source: Financial Software and Systems (FSS)
Keywords: Banking/Financial Service Internet Technology