omniture

Lebih 40 Pusat Dagangan Dunia tandatangani perjanjian meluas untuk kerjasama pertanian seluruh dunia

World Trade Centers Association
2018-04-26 18:05 467

Ahli-ahli Persatuan Pusat Dagangan Dunia komited terhadap kolaborasi meluas dalam perniagaan tani

LEEUWARDEN, Belanda, 26 April 2018 /PRNewswire/ -- Lebih tiga dozen Pusat Dagangan Dunia (WTC) dari serata dunia secara rasminya menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) untuk pertanian semasa Perhimpunan Agung ke-49 Persatuan Pusat Dagangan Dunia (WTCA), yang diadakan mulai 22-27 April. Ini merupakan MOU terbesar oleh Persatuan berkenaan dalam sejarah terkininya.

Sebagai penandatangan perjanjian yang penting ini dan Ahli-ahli jaringan global proprietari WTCA, MOU ini akan membangunkan rangka kerja yang mantap untuk kolaborasi dalam isu-isu perdagangan pertanian. Diketuai oleh WTC Harbin (China), setiap Ahli kumpulan WTC yang mengambil bahagian mempunyai hubungan mendalam bersama industri-industri pertanian tempatan mereka dan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh mereka. Kumpulan organisasi ini dari lebih satu dozen negara menawarkan platform yang stabil untuk menggalakkan hubungan dagangan sewaktu berlakunya ketidakpastian yang semakin bertambah.

Steven Lo, Pengarah Eksekutif WTC Harbin menyatakan, "Sebagai Ahli WTCA, saya memahami potensi hebat dalam berganding bahu bersama-sama untuk mencari peluang baharu untuk kawasan asal kita. Objektif persefahaman yang ditandatangani ini adalah untuk melengkapi Ahli-ahli yang mengambil bahagian dengan asas pengetahuan yang mantap, perkhidmatan khusus serta wadah untuk berkolaborasi agar setiap WTC seterusnya dapat mendayakan komuniti perniagaan tempatan mereka dengan mekanisme untuk mengakses dan mengambil bahagian dalam perniagaan tani global."

Majlis tersebut memperingati peristiwa berkenaan dan menggalakkan WTC lain untuk turut serta dalam inisiatif tersebut. Penandatangan berikrar untuk berusaha meningkatkan peluang untuk berdagang, serta merapatkan jurang yang wujud antara sektor-sektor pertanian tempatan mereka dan komuniti perdagangan global.

"Ini merupakan contoh utama faedah yang dapat ditawarkan oleh jaringan global kami," ujar En. Scott Ferguson, Ketua Pegawai Eksekutif WTCA. "Sebagai sebuah persatuan yang mana Ahli-ahlinya sudah mengetahui tentang ekonomi tempatan mereka dengan begitu mendalam, kami berada di kedudukan yang amat sesuai untuk menghubungkan komuniti tempatan dengan peluang-peluang global, meskipun dalam persekitaran yang mungkin tidaklah selalu kelihatan kondusif untuk kolaborasi seperti ini. Tahniah yang begitu ikhlas saya ucapkan kepada semua penandatangan perjanjian yang penting ini—inilah erti sebenar persatuan kami."

WTC yang mengambil bahagian adalah seperti yang berikut dari serata dunia: Accra, Ghana; Algiers, Algeria; Amman, Jordan; Anchorage, Amerika Syarikat; Arkansas, United Amerika Syarikat; Beirut, Lubnan; Bengaluru, India; Boston, Amerika Syarikat; Brussels, Belgium; Chandigarh, India; Chennai, India; Curitiba, Brazil; Cyprus; Delaware, Amerika Syarikat; Denver, Amerika Syarikat; Dublin, Ireland; Edmonton, Kanada; GIFT City, India; Haiti; Harbin, China; Houston, Amerika Syarikat; Indianapolis, Amerika Syarikat; Joinville, Brazil; Kochi, India; Leeuwarden, Belanda; Miami, Amerika Syarikat; Montana, Amerika Syarikat; Monterrey, Mexico; Mumbai, India; New Orleans, Amerika Syarikat; Noida, India; Perth, Australia; Philadelphia, Amerika Syarikat; Porto Alegre, Brazil; Qatar; Saskatoon, Kanada; St. Louis, Amerika Syarikat; Sydney, Australia; Riyadh, Arab Saudi; Trieste, Itali; Twente, Belanda; Vancouver, Kanada; Washington D.C., Amerika Syarikat; Washington Dulles Airport, Amerika Syarikat; dan Winnipeg, Kanada.   

Untuk pertanyaan akhbar atau temubual, sila hubungi Alex Brown atau Andrea Mencía di media@wtca.org .

Latar Belakang Persatuan Pusat Dagangan Dunia
Persatuan Pusat Dagangan Dunia (WTCA) ialah satu jaringan yang terdiri daripada lebih 300 perniagaan dan organisasi yang amat berkait dan saling memberi sokongan kira-kira di 100 negara. Sebagai pemilik tanda dagangan "Pusat Dagangan Dunia" dan "WTC", WTC melesenkan hak-hak eksklusif kepada jenama-jenama ini untuk Ahli-ahli menggunakannya bersama-sama hartanah ikonik, kemudahan dan juga penawaran perkhidmatan perdagangan yang dimiliki secara bebas. Melalui portfolio acara, program dan sumber mantap yang ditawarkan kepada Ahli-ahlinya, matlamat WTCA adalah untuk membantu ekonomi tempatan berkembang maju dengan menggalakkan dan memudahkan perdagangan serta pelaburan di seluruh dunia melalui penglibatan Ahli. Untuk mengetahui lebih lanjut kunjungi www.wtca.org.

 

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/682192/World_Trade_Centers_Association_Logo.jpg

 

Source: World Trade Centers Association
Related Links:
Keywords: Agriculture Banking/Financial Service Contracts Not for profit Trade policy