omniture

Aeroflot Sekali Lagi Dinamakan Jenama Penerbangan Terkukuh Dunia oleh Brand Finance

Aeroflot
2018-04-26 18:04 776

MOSCOW, 26 April, 2018 /PRNewswire/ -- Aeroflot telah sekali lagi dinamakan sebagai jenama syarikat penerbangan terkukuh di dunia oleh Brand Finance, firma perunding penilaian jenama bebas terkemuka.

Syarikat penerbangan Rusia ini memegang kedudukan teratas di dunia untuk tahun kedua, dan juga telah dinamakan sebagai salah satu jenama terbaik Rusia dalam mana-mana sektor.

Brand Finance mengukur pengaruh jenama penerbangan dengan beberapa faktor seperti pelaburan pemasaran, kebiasaan, kesetiaan, kepuasan kakitangan, dan reputasi korporat. Aeroflot menerima penarafan AAA tertinggi. Kekuatan skor jenama Aeroflot meletakkannya di depan beberapa syarikat penerbangan terkemuka global termasuk American Airlines, Emirates, Turkish Airlines, British Airways, Air China dan Singapore Airlines, yang telah dinamakan yang terbaik di dunia dalam pelbagai penarafan selama beberapa tahun.

Nilai jenama Aeroflot juga berkembang, meningkat dengan 13% setiap tahun ke USD 1.429 bilion.

"Aeroflot telah memegang kedudukannya sebagai jenama penerbangan terkenal di dunia untuk tahun kedua berturut-turut," kata Vitaly Sayliev, Ketua Pegawai Eksekutif Aeroflot. "Mengekalkan keunggulan kami dalam penarafan Brand Finance ialah penghargaan yang besar dan pencapaian yang unggul. Ia juga merupakan pengesahan fakta yang penting – pengukuhan kedudukan global kami bukanlah nasib semata-mata, melainkan ia adalah hasil strategi sebenar dan pelaksanaan berterusan yang konsisten. Pembangunan dan pengukuhan jenama Aeroflot melibatkan beberapa dimensi yang berbeza, dan kami akan terus membangunkannya di pasaran penerbangan global dan Rusia."

"Aeroflot telah melabur dengan banyak dalam pesawat baharunya, menyampaikan produk dan pengalaman pelanggan yang lebih baik .Ia merupakan jangkaan pelanggan yang semakin meningkat," kata David Haigh, Ketua Pegawai Eksekutif Brand Finance. "Ini dilengkapi oleh aktiviti pemasaran, terutamanya di Asia." Perkongsian Aeroflot dengan Manchester United – salah sebuah kelab bola sepak yang paling popular dan berjaya di dunia – juga memberikan dividen yang mantap kepada reputasi jenamanya, kata David Haigh.

Latar Belakang Aeroflot

Aeroflot ialah syarikat penerbangan kemegahan Rusia dan ahli bagi perikatan syarikat penerbangan global SkyTeam. Aeroflot menawarkan perkhidmatan di 146 destinasi dalam 52 negara.

Kumpulan 232 pesawat Aeroflot merupakan yang terbaharu dalam mana-mana syarikat penerbangan di seluruh dunia yang mengendalikan lebih daripada 100 pesawat. Dalam tahun 2017, Aeroflot membawa 32.8 juta penumpang (50.1 juta penumpang sebagai Aeroflot Group termasuk subsidiari).

Aeroflot memegang status Syarikat Penerbangan 4-Bintang daripada Skytrax dan telah dinamakan Syarikat Penerbangan Terbaik di Eropah Timur untuk kali keenam pada Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia 2017 Skytrax. Aeroflot juga telah dianugerahkan dengan penarafan syarikat penerbangan global lima bintang oleh persatuan penerbangan AS, APEX.

Aeroflot ialah jenama syarikat penerbangan terkukuh di dunia dan jenama paling hebat di Rusia menurut perunding strategi jenama terkemuka Brand Finance.

Ketahui lebih lanjut di http://www.aeroflot.com/

Source: Aeroflot
Keywords: Airlines/Aviation Passenger Aviation Transportation Travel Awards