omniture

Pulsus Perluas ke Eropah, meterai perjanjian dengan 25 persatuan Saintifik dan Rawatan Kesihatan

Pulsus Group
2018-04-27 00:33 435

Dr. Srinubabu Gedela, Ketua Pegawai Eksekutif Pulsus and Omics International, umum peluasan Eropah Pulsus 2018

LONDON, 26 April 2018  /PRNewswire/ -- Menyedari potensi-potensi hebat negara-negara Eropah, termasuk Jerman, Sepanyol, Belanda, Perancis dan Portugal, Pulsus Group mengumumkan peluasan aktiviti-aktiviti penyelidikan saintifik dan penerbitannya ke Eropah, selain Asia Pasifik, Timur Tengah dan juga Amerika. Bagi mewujudkan operasinya dalam pasaran-pasaran baharu ini, Pulsus mengumumkan satu perjanjian perkongsian bersama dengan 25 persatuan saintifik dan rawatan kesihatan.

Adendum terkini untuk inisiatif ini ialah sokongan daripada rantau Eropah, yang melibatkan Persatuan Ortopedik dan Traumatologi Poland, Persatuan Jaringan Bertema Bioteknologi Eropah, Persekutuan Dunia bagi Persatuan Penjagaan Rapi dan Kritikal Pediatrik, Persatuan Seramik dalam Perubatan Antarabangsa, Persekutuan Antarabangsa Talasemia dan Persatuan Perubatan Bersepadu Dunia serta Persatuan Switch Biotech.

Ketika membuat pengumuman, Dr. Srinubabu Gedela , Ketua Pegawai Eksekutif PULSUS berkata: "Menerusi perkongsian bersama persatuan-persatuan ini, Pulsus Group cenderung untuk meningkatkan pematuhan saintifik dengan mewujudkan jaringan, menyelaraskan dengan rakan kerjasama serta menjalin kerjasama bersama."

Dengan sokongan daripada industri dan dunia akademik, Pulsus dan subsidiarinya Omics international, pertemuan antabangsa dan siri persidangan akan berupaya mengadakan 3,000 acara tahunan global di 40 negara bagi tahun 2018. Persidangan-persidangan ini dapat menarik lebih 50 juta pengunjung dalam talian, lebih 25000 pengunjung unik dalam talian bagi setiap persidangan manakala lebih 75000 paparan halaman bagi setiap persidangan individu akan membantu menaksirkan setiap penyelidikan dan biografi penyampai, keterlihatan kepada komuniti dalam talian dan mendapat pengiktirafan seluruh dunia.

Menariknya, pertemuan Pulsus menyediakan peluang bertaraf tinggi untuk pengamal kejururawatan menerbitkan abstrak serta artikel panjang mereka dalam jurnal masing-masing dengan Nombor DOI tertentu yang disediakan oleh CrossRef. Profil-profil penceramah yang dipaparkan pada laman sesawang persidangan memberi pengiktirafan khas kepada pengamal rawatan kesihatan.

Pembentangan persidangan kejururawatan meningkatkan jumlah penonton global dalam kalangan ahli-ahli profesional kejururawatan terhadap platform-platform rintis seperti Facebook, LinkedIn, Twitter, YouTube, Vimeo serta platform media sosial yang lain. Dengan hadirin yang datangnya dari seluruh dunia, penyelidik, ilmuwan, pelajar dan juga industri tersebut boleh mendapat manfaat daripada demonstrasi, bengkel, simposium dan pameran yang dapat memudahkan pertukaran maklumat, pertemuan dengan pengamal semasa dan bakal pengamal serta promosi produk. Pertemuan Pulsus turut memberikan kredit CME, CPD, CE dan CNE yang penting untuk mengekalkan tahap kecekapan.

Latar Belakang Pulsus Group: Pulsus Groups ialah sebuah syarikat perkhidmatan informatik kesihatan dan rawatan kesihatan. Beribu pejabat di Singapura, PULSUS menggaji lebih 5000 kakitangan, menerusi pejabat-pejabatnya di Pulsus-LondonPulsus-Chennai, Pulsus-Gurgaon dan Pulsus-Hyderabad.  

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/544592/PULSUS_Logo.jpg

 

 

Source: Pulsus Group
Keywords: Health Care/Hospital Publishing/Information Service Corporate Expansion