omniture

1,500 Peserta Program Football for Friendship Bakal Berkunjung ke Moscow pada Jun

Gazprom Football for Friendship
2018-04-27 07:29 639

MOSCOW, 27 April 2018 /PRNewswire/ --

Hari ini, Hari Bola Sepak dan Persahabatan Antarabangsa disambut di lebih 200 bandar seluruh dunia menerusi acara-acara istimewa yang menggalakkan persahabatan, saling hormat menghormati dan kehidupan yang sihat. Puluhan ribu kanak-kanak dan orang dewasa mengambil bahagian dalam perlawanan persahabatan, sesi latihan terbuka, persembahan kilat berkumpulan serta acara sukan. Hari ini, semua orang yang mempunyai nilai-nilai kemanusiaan penting sedemikian seperti kesamarataan, menghormati budaya-budaya berbeza dan kehidupan bersama secara harmoni mengikat gelang Persahabatan berwarna biru dan hijau pada pergelangan tangan mereka sebagai lambang Program sosial Kanak-kanak Antarabangsa Gazprom Football for Friendship. Benang berwarna biru melambangkan langit yang damai manakala warna hijau melambangkan padang bola sepak yang terbuka untuk semua. Peserta-peserta disokong oleh pemain bola sepak terkenal, jurulatih, pengacara televisyen, pelakon dan pegawai kerajaan seluruh dunia.

generated by system

Di Algeria, olahragawan muda mengadakan aktiviti pembersihan sepenuhnya di salah satu stadium bola sepak perbandaran terbesar bagi memberi penghormatan kepada nilai-nilai utama F4F, disusuli dengan perlawanan persahabatan antara kanak-kanak tempatan dan Duta Muda program berkenaan. Di Afrika Selatan, akademi bola sepak belia Young Bafana mengadakan perlawanan persahabatan bola sepak pantai dan sebelum itu, satu pertandingan golf diadakan, lagipun, persahabatan sebenar dapat terjalin dalam mana-mana lapangan sukan.

Kanak-kanak berbakat dari seluruh dunia mengambil bahagian dalam musim keenam program Football for Friendship. Sebagai contoh, , Yazan Taha, 12, Wartawan Muda, penulis blog terkenal dan pengulas bersama sukan bola sepak dari Syria, menjadi ahli pusat Akhbar Kanak-kanak Antarabangsa. Poadey Sébastien ialah seorang Pemain Bola Sepak Muda dari New Caledonia, mutiara Oceania, yang bermain sukan bola sepak sejak berusia 4 tahun dan merupakan salah seorang pemain termuda dalam pasukan kebangsaan beliau, Stade de Koniambo Football Club.

"Tahun ini, saya amat bertuah kerana berpeluang untuk menyertai program Football for Friendship. Nilai-nilai terasnya amat bermakna buat saya, terutamanya nilai kesamarataan, kesaksamaan dan kemenangan. Tiada sesiapa yang dapat menjalani kehidupan yang harmoni tanpa berkongsi nilai-nilai ini! Saya berasa gembira kerana tidak lama lagi saya akan dapat melihat Rusia buat pertama kalinya, dan di sana saya akan bertemu rakan-rakan baharu dan akan menggilap kemahiran saya," kata Bennett Wehibe, Duta Muda F4F dari AS.

 "Bola sepak adalah minat saya sejak kecil lagi! Saya tidak dapat membayangkan kehidupan saya tanpa sukan dan rakan-rakan saya. Terima kasih kepada Football for Friendship, saya pasti saya dapat berada selangkah lebih hampir dengan impian saya untuk menjadi seorang pemain bola sepak profesional," tambah Swan Drame, Duta Muda F4F dari Perancis.

Laman Sesawang: www.gazprom-football.com 

Source: Gazprom Football for Friendship
Keywords: Sporting Events Sports