omniture

FileWave lanjutkan sokongan mantap untuk teknologi Apple dalam penyelesaian berbilang platform, dengan versi 12.8

FileWave
2018-04-27 09:37 448

Penyedia pengurusan titik akhir, FileWave umum keluaran versi 12.8 dengan sokongan penuh untuk iOS 11.3, tvOS 11.3 dan macOS 10.13.4

WIL, Switzerland, 27 April 2018 /PRNewswire/ -- FileWave, peneraju global bagi pengurusan titik akhir berbilang platform, hari ini mengumumkan keluaran FileWave 12.8 yang menyediakan sokongan penuh untuk sistem pengendalian terkini Apple. Walaupun FileWave serasi dengan iOS 11.3, tvOS 11.3 dan macOS 10.13.4 sewaktu dilancarkan, versi 12.8 menambah sokongan kepada ciri-ciri baharu yang diperkenalkan dalam pengemaskinian Apple ini.

Ciri-ciri penting dalam FileWave 12.8 termasuk

  • Pentadbir mengawal pengaturan dan penyediaan versi baharu untuk pengemaskinian OS
  • Pilihan profil DEP baharu untuk pengalaman pengguna tersuai
  • Arahan MDM yang diperluas  
  • Pelbagai perubahan profil, termasuk Mod Aplikasi Tunggal Berautonomi dan Pengagregatan Kandungan

Ciri-ciri baharu yang terdapat dalam versi 12.8 membolehkan pentadbir IT mengurus peranti Apple mereka dengan lebih baik menggunakan penyelesaian dan antara muka pengurusan yang sama yang digunakan untuk mengurus peranti Windows dan Chrome mereka. Pecahan lengkap ciri-ciri baharu berkenaan, termasuk video gambaran keseluruhan disediakan di https://www.filewave.com/the-news/filewave-12-8.

"Kami berasa teruja untuk membuat susulan mengenai sokongan hari terdedahnya kerentanan (zero-day) untuk keluaran musim bunga Apple dengan sokongan tambahan untuk semua ciri baharu," kata Tim Williams, Naib Presiden Strategi Pemasaran dan Produk Global di FileWave. "Kami mempunyai tradisi selama 25 tahun dalam memberikan sokongan paling mantap untuk teknologi-teknologi Apple, yang sukar didapati dalam penyelesaian berbilang platform. Dengan pengumuman tamatnya sokongan untuk LANrev baru-baru ini, kami menjadi satu-satunya pilihan berbilang platform yang terdapat dalam pasaran."

Williams, yang berkhidmat selama lebih tujuh tahun bersama LANrev, menambah bahawa "ramai ahli pasukan LANrev terdahulu yang menyertai FileWave berharap dapat berhubung semula dengan pelanggan kami."

LATAR BELAKANG FILEWAVE
Perintis dalam Pengurusan Titik Akhir Berbilang-Platform, FileWave ditubuhkan pada tahun 1992. Menawarkan penyelesaian pengurusan tunggal untuk aplikasi, peranti dan konfigurasi untuk Mac, Windows dan mudah alih, FileWave memberikan IT dengan kebolehan untuk memperuntukkan dan menyelenggara setiap peranti secara proaktif dan automatik. FileWave menjadikan pengurusan titik akhir berbilang platform mudah.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang FileWave, atau untuk memulakan percubaan percuma, layari https://www.filewave.com.

Maklumat Perhubungan
Jason Noel
FileWave
(888) 345-3928 
pr@filewave.com

Source: FileWave
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Mobile Entertainment New products/services