omniture

Sembilan bulan sejak pelancaran, FavePay berkembang dengan pesat; memproses sejuta urus niaga pelanggan dan diterima di lebih 5,000 lokasi

Fave
2018-04-27 10:22 533

Fave dijangka menyumbang melebihi US$100 juta lebih pendapatan dan pelanggan untuk perniagaan restoran dan luar talian di seluruh Asia Tenggara pada tahun 2018

KUALA LUMPUR, Malaysia, 27 April 2018 /PRNewswire/ -- Semenjak pengenalannya dalam bulan September tahun lalu, FavePay kini boleh didapati di lebih sepuluh bandaraya dan tiga negara di seluruh Asia Tenggara. Dengan pertumbuhan pembayaran mudah alih yang pesat di rantau ini, FavePay, telah menyaksikan pertumbuhan sebanyak 200% urus niaga setiap suku dalam suku pertama 2018 dengan lebih US$10 juta diurus niagakan di platform ini sejak pelancarannya.

Espressolab FavePay
Espressolab FavePay

Lebih daripada dua juta pelanggan kini menggunakan Fave setiap bulan untuk meneroka dan berurus niaga di restoran-restoran dan pelbagai rangkaian peruncit gaya hidup. FavePay menyediakan para pelanggan cara yang pantas dan mudah untuk membayar terus daripada telefon mudah alih sambil menerima akses kepada tawaran istimewa, diskaun dan wang tunai dikembalikan.

FavePay mengagregatkan pilihan pelbagai pembayaran daripada kad kredit dan debit yang popular seperti Visa, MasterCard dan American Express, dan dengan penyedia dompet mudah alih yang akan datang tidak lama lagi, para pedagang boleh mendapat manfaat walaupun lanskap pembayaran terpencar di rantau ini.

"Dengan US$32 bilion dalam pembayaran mudah alih yang diunjurkan di SEA menjelang 2021, kami teruja untuk membantu membina ekosistem tanpa tunai ini bersama dengan rakan kongsi teknologi kewangan lain untuk mencapai wawasan Asia Tenggara tanpa tunai pada tahun-tahun akan datang," kata Joel Neoh, Pengasas Fave.

"Kami sangat melengkapi ekosistem pembayaran mudah alih dengan penerimaan pembayaran segera kepada beribu restoran dan kedai runcit. Kami membenarkan perniagaan luar talian untuk menarik pelanggan mudah alih dengan mudah dan mendorong kunjungan susulan, menyampaikan pengalaman yang lancar yang dicari oleh semua pengguna pintar teknologi," kata Neoh.

Rakan kongsi perniagaan FavePay termasuk Starbucks Malaysia, Red Box Karaoke Group, XIXILI, Ilaollao, Auntie Anne's, Circle K dan ramai lagi.

"Selain daripada bukti penjimatan kos kepada operasi perniagaan kami dengan FavePay, kami boleh menyertai platform ini dengan mudah dan berkesan, dan membawakan pendedahan dalam talian kepada semua kedai kami di seluruh negara," kata Tara Tan, Ketua Pegawai Pemasaran XIXILI, rakan kongsi FavePay.

"Dengan menyertai FavePay, kami kini mempunyai capaian yang kuat dan alat pemasaran untuk lebih mengujakan pelanggan XIXILO dengan perubahan kepada pengalaman membeli belah yang tradisional. Semua pelanggan kami hari ini mendapat manfaat daripada program kesetiaan mudah alih yang menarik apabila mereka terus membeli dengan kami menggunakan FavePay; menerima lebih penjimatan melalui wang tunai dikembalikan dan kod promosi istimewa," kata Tan.

Dengan peningkatan penembusan mudah alih dan keselesaan dengan pembayaran mudah alih yang berkembang di rantau ini, Fave ingin memastikan bahawa perniagaan luar talian akan boleh mendapat manfaat yang besar dari masa depan tanpa tunai ini.

Latar Belakang Fave

Fave ialah platform kesetiaan dan ganjaran mudah alih terkemuka di Asia Tenggara, menawarkan kemudahan dan ganjaran kepada para pelanggan untuk berurus niaga merentas pelbagai kategori setiap hari termasuk makanan & minuman, kecantikan & kesejahteraan, perkhidmatan, aktiviti, libur dan perjalanan.

Menerusi platformnya, Fave menghubungkan jutaan pelanggan kepada perniagaan kegemaran mereka setiap bulan, dengan misi untuk membantu perniagaan ini meningkatkan lebih ramai pelanggan dan lebih banyak pendapatan melalui pembayaran dan perdagangan mudah alih.

Untuk mengalami Fave, muat turun aplikasi Fave daripada App Store atau Google Play Store.

Muat turun Aplikasi (App Store / Google Play Store). https://myfave.com/download 
Laman Sesawang. myfave.com
Facebook
. facebook.com/FaveMalaysia
Instagram
. instagram.com/FaveMY

Hubungan Akhbar

Fave

FleishmanHillard, bagi pihak Fave Group

Wong Chee Mun

Patrick Yu / Carmen Yu

cheemun@myfave.com 

hkg.fave@fleishman.com

+60126652458

+852 2586 7877 / +852 2586 7874

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180426/2116001-2

Source: Fave
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Electronic Commerce Food/Beverages Restaurants Corporate Expansion Financial Technology