omniture

Jualan Werfen berkembang lebih 13% dan perkukuh lagi kepimpinan global dalam diagnostik in vitro

Werfen
2018-04-27 10:30 705

BARCELONA, Sepanyol, 27 April 2018 /PRNewswire/ -- Werfen, peneraju global bagi produk-produk khusus dalam bidang kesihatan dan sains hayat, mencapai nilai pusing ganti mencecah 1,337 juta euro pada tahun 2017, peningkatan 13.3% berbanding pada tahun 2016.

Tidak termasuk impak pemerolehan terkini, pertumbuhan organik mencecah 4.6%. Firma ini ialah peneraju dunia bagi diagnostik in vitro, yang menyediakan penyelesaian inovatif kepada hospital-hospital dan makmal-makmal klinikal, dengan tujuan untuk menambah baik perkhidmatan penjagaan pesakit dan mengurangkan kos rawatan kesihatan.

Keputusan bersih disatukan kini mencecah EUR 160 juta, 14.5% lebih tinggi berbanding pada tahun 2016, manakala EBITDA syarikat berjumlah EUR 284 juta, meningkat sebanyak 6%.

Bidang pengkhususan utama firma menunjukkan prestasi yang agak bagus, dengan kadar pertumbuhan tertinggi untuk Hemostasis (7.5%), diikuti dengan Keautoimunan (6.6%). Bidang Diagnostik Penjagaan Akut yang baru diwujudkan menyaksikan pertumbuhan organik sebanyak 4.8%.

Peluasan portfolio ini menjadi salah satu faktor utama peningkatan jualan susulan pemerolehan Tem and Accriva Diagnostics, dengan bidang Penjagaan Kritikal terdahulu menjadi Diagnostik Penjagaan Akut yang mempunyai penyelesaian penting untuk kecemasan, traumatologi dan pembedahan.

Nilai pusing ganti meningkat di semua kawasan Werfen beroperasi, khususnya di China, yang mana jualannya adalah 21% lebih tinggi berbanding pada tahun 2016. Asia Pasifik menyumbang sebanyak 16% daripada pusing ganti global.

Eropah Barat merupakan pasaran terbesar, yang mana Werfen mencapai 42% daripada jualan seluruh dunianya, diikuti dengan Amerika Utara dengan jualan mencecah 26%. Kawasan-kawasan yang mempunyai potensi terbesar mengalami pertumbuhan ialah Amerika Latin dan EEMEAI (Eropah Timur, Timur Tengah, Afrika dan India), setiap satunya mewakili 8% daripada jumlah perniagaan firma berkenaan.

Cabaran-cabaran syarikat untuk tahun 2018 adalah untuk terus mengukuhkan bidang-bidang pengkhususan utama, untuk terus berkembang di China dan menggalakkan peluasan dalam pasaran-pasaran baru muncul di seluruh Amerika Latin, Asia Pasifik dan EEMEAI.

WERFEN ialah salah sebuah syarikat yang terkemuka dalam sektor IVD seluruh dunia, yang melibatkan: Instrumentation Laboratory, menumpu pada Hemostasis dan Penjagaan Kritikal: Inova, peneraju dunia bagi Keautoimunan; Biokit, pengeluar untuk pihak ketiga (reagen dan biobahan) serta pakar dalam serologi untuk penyakit berjangkit; selain perisian klinikal dan juga kimia klinikal.

Syarikat kini beroperasi secara langsung kira-kira di 30 negara dan di lebih 100 wilayah melalui pengedarnya. Dengan tenaga kerja seramai lebih 5,000 kakitangan, firma berkenaan mempunyai pusat-pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pengeluaran di AS dan Eropah.

Source: Werfen
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment Sales reports