omniture

Pengecaman Wajah dalam Sukan Bola Sepak Uruguay

Herta
2018-04-27 10:40 717

Tiga stadium paling penting dalam negara tingkatkan tahap keselamatan

BARCELONA, Sepanyol, 27 April 2018 /PRNewswire/ -- Pengecaman wajah ialah teknologi yang amat bergaya selepas pelancaran iPhone X baharu. Apa yang tidak diketahui oleh ramai orang adalah aplikasi berkenaan dapat berfungsi lebih daripada sekadar kawalan akses mudah dan boleh digunakan untuk mengenal pasti individu yang bergerak di celah-celah orang ramai.

generated by system

Teknologi ini mula digunakan pada tahun 2017 di tiga stadium paling penting di Uruguay. Penggunaannya menyumbang kepada pengenalpastian individu yang tidak mendapat kebenaran semasa menonton perlawanan bola sepak.

Pelaksanaan pengecaman wajah dalam sukan bola sepak Uruguay disarankan oleh Kementerian Dalam Negeri dan mampu dilaksanakan hasil usaha-usaha oleh Persatuan Bola Sepak Uruguay (AUF) serta dua kelabnya yang paling penting. Pelaksanaan projek ini diberikan melalui tender awam kepada syarikat H&O Tecnología (DDBA Ltda.), yang memilih teknologi pengecaman wajah Herta, yang mana keputusan daripada ujian sebenar peringkat awalnya adalah yang terbaik antara kesemua peserta. Salah satu platform VMS yang utama dalam pasaran, Wavestore, disepadukan bagi tujuan pengurusan video.

Setakat ini, tiga stadium paling penting di dalam negara mempunyai sistem pengecaman wajah Herta dan kesemuanya dibekalkan oleh DDBA. Stadium-stadium ini ialah: Stadium Centenario, Great Central Park (stadium untuk Kelab Bola Sepak Kebangsaan) dan Champion of the Century (stadium untuk Athletic Club Peñarol). Stadium pertama yang beroperasi dengan sistem tersebut ialah Stadium Centenario, yang merasmikan peranti ini pada 1 April 2017. Pada masa kini, berpuluh-puluh kamera melindungi peminat dan mengawasi keselamatan secara aktif dan amat berkesan. Sekiranya amaran diberikan, maklumat dihantar pada waktu nyata kepada peranti polis yang bertanggungjawab terhadap sistem ini untuk mencegah kemasukan individu yang tidak mendapat kebenaran. Dengan tujuan untuk menyediakan liputan kepada seluruh stadium, sistem pengenalpastian wajah yang mudah dibawa turut dilaksanakan, yang diangkut ke senario perlawanan-perlawanan lain yang sedang berlangsung.

Menurut Javier Rodríguez Saeta, Ketua Pegawai Eksekutif Herta, "Uruguay ialah perintis di dunia bagi penggunaan teknologi pengecaman wajah untuk mengenal pasti individu yang tidak diingini, menyumbang melalui cara ini untuk meningkatkan dengan ketara keselamatan dalam acara-acara sukan yang amat penting." Menurut Germán Ruiz, rakan kongsi DDBA, "alat-alat ini menyumbang dengan cara yang mengagumkan untuk mengurangkan peristiwa-peristiwa keganasan dalam acara-acara sukan dengan ketara dan ia merupakan laluan yang bakal disusuli oleh negara-negara Amerika Latin yang lain dalam masa terdekat."

Pada masa kini, dapat disahkan bahawa, hasil daripada penggunaan kaedah pengecaman wajah, pembasmian keganasan dalam sukan bola sepak, mujurlah semakin membuahkan hasil.

Latar Belakang Herta 

Herta ialah peneraju dunia bagi inovasi penyelesaian pengecaman wajah. Berpangkalan di Barcelona dan mempunyai pejabat-pejabat di Madrid, London dan Los Angeles, syarikat ini telah membangunkan teknologi revolusioner dalam bidang pengecaman wajah, mengkhusus untuk mengenal pasti orang ramai pada masa sebenar melalui kamera IP. Herta menawarkan penyelesaian berorientasikan pelanggan akhir untuk pengawasan video, kawalan akses dan aplikasi pemasaran. Syarikat terlibat dalam banyak projek antarabangsa dan kini mempunyai rakan kongsi di 50 negara berbeza dan lebih 150 penyepadu yang diperakui di seluruh dunia. Maklumat lanjut di http://www.hertasecurity.com

Latar Belakang DDBA 

DDBA / H & O Tecnología ialah sebuah syarikat yang berpangkalan di Uruguay, dengan lebih 20 tahun pengalaman dalam penyepaduan keselamatan, secara fizikal dan pengkomputeran. Maklumat lanjut di http://www.ho.com.uy. Butiran lanjut di http://www.cdtlatam.com

Source: Herta
Keywords: Computer/Electronics High Tech Security Internet Technology Sporting Events Sports