omniture

'Alternatif untuk Antibiotik' Micreos Bioteknologi Belanda Menang Peringkat Akhir Ideas From Europe

Micreos
2018-04-27 18:16 661

THE HAGUE, Belanda, 27 April 2018/PRNewswire/ --

Di Hall of Knights yang ikonik, dipenuhi dengan orang awam dan penggubal dasar, 'alternatif lestari untuk antibiotik' Micreos bioteknologi Belanda terpilih sebagai inovasi paling relevan di Eropah, di peringkat akhir pertandingan Ideas from Europe EU. Ideas from Europe ialah satu inisiatif Eropah yang memudahkan inovasi lestari yang bertujuan untuk menangani cabaran-cabaran global. 

generated by system

Dengan kehadiran Puan Elsbieta Bienkowska, Pesuruhjaya Pasaran Dalaman, Industri, Keusahawanan dan SME Eropah serta Puan Mona Keijzer, Setiausaha Kerajaan Negeri Hal Ehwal Ekonomi & Dasar Iklim, seramai 12 finalis memilih inovasi mereka yang menginspirasikan untuk menangani cabaran global, seperti cabaran rawatan kesihatan, perubahan iklim, imigrasi, buli, sisa makanan, kepupusan spesies dan tenaga boleh diperbaharui. Orang awam dan penggubal dasar di Knights Hall kemudiannya memilih inovasi yang paling memberi impak.

Dengan teknologi endolisin Micreos, buat pertama kalinya, peluang untuk hanya membunuh bakteria yang tidak diingini dapat dilakukan, tanpa mengira rintangan antibiotik. Berbanding antibiotik sedia ada, ia mengekalkan bakteria baik dalam keadaan baik, yang penting untuk kesihatan kita, seraya memelihara mikrobiom.

Ketua Pegawai Eksekutif Micreos Mark Offerhaus: "Rintangan antibiotik ialah satu masalah global yang besar. Kami telahpun berupaya membantu lebih 50,000 orang yang menghidap penyakit radang kulit seperti ekzema, jerawat dan rosasea serta jangkitan luka yang berpunca daripada bakteria Staphylococcus aureus termasuk MRSA rintang, namun demikian, berjuta-juta orang boleh dan harus mengambil manfaatnya. Pesakit dan penggubal dasar perlu melaksanakan tanggungjawab mereka. Tidak perlu lagi untuk menunggu dan masa tidak boleh dibazirkan lagi."

Tonton pic pemilihan Peringkat Akhir oleh Ketua Pegawai Eksekutif Micreos Mark Offerhaus:  

https://youtu.be/J2gGTZ6Fcrs

Ideas from Europe 

Ideas from Europe ialah satu platform Eropah yang bertujuan untuk menggalakkan pembangunan idea-idea terhadap cabaran-cabaran utama masyarakat. Konsep di sebalik Ideas from Europe adalah penglibatan orang awam secara meluas dapat merangsang inovasi rintis penting yang relevan (http://www.ideasfrom.eu ).

Latar Belakang Micreos 

Micreos (http://www.micreos.com) membangunkan teknologi endolisin dan faj yang membolehkan pembunuhan bersasaran hanya terhadap bakteria yang tidak diingini. Syarikat dianggap sebagai peneraju dalam bidang baharu yang menarik ini. Micreos mengendalikan pusat pengeluaran serta penyelidikan dan pembangunan (R&D) miliknya sendiri untuk endolisis di Bilthoven (Kesihatan Manusia) dan untuk faj (keselamatan makanan) di Wageningen. Syarikat berusaha bersama-sama ETH Zurich dan pelbagai pusat perubatan dan teknologi, termasuk Erasmus MC (Rotterdam), Public Health Lab Kennemerland, Dutch Burn Centres (Beverwijk) dan banyak lagi. Gladskin ialah jenama Kesihatan Manusia Micreos (http://www.gladskin.com).

Untuk maklumat lanjut: Dirk de Meester: +31-6-46048503 - d.demeester@micreos.com

Source: Micreos
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Awards