omniture

Tempat Kerja Terbaik di Asia 2018 Inspirasikan Kebanggaan Melalui Kerja Bermakna

Great Place to Work
2018-04-30 10:00 218

Great Place to Work® siarkan senarai tahunan ke-4 Tempat Kerja Terbaik di Asia; Hilton Worldwide sebagai Multinasional Terunggul

SAN FRANCISCO, 30 April 2018 /PRNewswire/ -- Sifat saling percaya sedang mengalami detik-detik sukar di seluruh dunia, namun demikian, Tempat Kerja Terbaik di Asia 2018 dapat mewujudkan tempat kerja yang inklusif yang membolehkan kakitangan berasa bangga atas pencapaian mereka dan menjalin hubungan yang kukuh bersama rakan sejawat serta ketua dan dalam masa yang sama berusaha mencapai matlamat perniagaan.

Lebih 1,200 organisasi mengambil bahagian dalam proses tinjauan tersebut, mewakili suara-suara seramai lebih 2 juta kakitangan di sembilan negara. Sebanyak 65 syarikat yang tersenarai sebagai Tempat Kerja Terbaik di Asia 2018 mengatasi syarikat-syarikat lain dari segi komitmen mereka untuk menjaga kebajikan kakitangan mereka dan menyediakan persekitaran yang membolehkan mereka berkembang maju. Sebanyak 92% kakitangan daripada senarai tempat kerja terbaik tahun ini menyatakan bahawa syarikat mereka ialah tempat yang hebat untuk bekerja.

Individu daripada senarai Tempat Kerja Terbaik di Asia berasa bangga dengan pencapaian individu serta pencapaian kolektif dan mereka berpendapat mereka mampu memanfaatkan segala kelebihan mereka terhadap kerja. Kepelbagaian menjadi sebahagian daripada ciri penting syarikat-syarikat ini dan 91% daripada kakitangan berpendapat mereka dilayan seperti ahli pasukan sepenuhnya tanpa mengira jawatan mereka.

 "Senarai Tempat Kerja Terbaik di Asia 2018 menjadi inspirasi kepada organisasi-organisasi seluruh dunia. Syarikat-syarikat ini menghidupkan falsafah Untuk SEMUA dengan mewujudkan pengalaman yang bermakna buat setiap kakitangan dan dengan memberi impak yang positif kepada komuniti mereka," kata Ketua Pegawai Eksekutif Great Place to Work, Michael C. Bush.

Ketahui lebih lanjut tentang senarai Tempat Kerja Terbaik di Asia di sini.

Latar Belakang Senarai Tempat Kerja Terbaik di Asia
Sejak tahun 2015, Great Place to Work® mengenal pasti organisasi-organisasi unggul yang mewujudkan tempat kerja yang hebat di rantau Asia/Pasifik dan Timur Tengah dengan menerbitkan senarai Tempat Kerja Terbaik di Asia tahunan. Senarai ini mengiktiraf syarikat-syarikat dalam tiga kategori saiz: Kecil & Sederhana (20-500); Besar (lebih 501); dan Multinasional. Untuk dipertimbangkan agar termasuk dalam senarai, syarikat-syarikat perlu berada dalam satu atau lebih senarai nasional kami di salah satu daripada sembilan negara yang diwakili dalam senarai dan memenuhi nilai ambang kuantitatif minimum dalam tinjauan Trust Index©. Tempoh tinjauan untuk senarai Tempat Kerja Terbaik di Asia 2018 diadakan antara 2017-2018.

Latar Belakang Great Place to Work
Great Place to Work ialah pakar global bagi budaya tempat kerja yang tinggi kepercayaan dan tinggi prestasi. Melalui program-program pensijilannya, Great Place to Work mengiktiraf budaya tempat kerja yang cemerlang dan mengeluarkan senarai "100 Best Companies to Work For®" FORTUNE tahunan dan Tempat Kerja Terbaik Great Place to Work untuk Golongan Milenial, wanita, kepelbagaian, syarikat bersaiz kecil & sederhana, industri-industri dan peringkat antarabangsa, negara dan rantau. Menerusi khidmat runding budayanya, Great Place to Work membantu para pelanggan mewujudkan tempat kerja yang hebat yang dapat mengatasi rakan-rakan setara dari segi metrik perniagaan utama seperti pertumbuhan pendapatan, keberuntungan, pengekalan dan prestasi saham.

Ikuti Great Place to Work secara dalam talian di www.greatplacetowork.com dan melalui Twitter di @GPTW_Global.

Pada Mac 2018, Great Place to Work mengeluarkan buku baharu, "A Great Place to Work for All: Better for Business, Better for People, Better for the World".

 

Source: Great Place to Work
Keywords: Workforce Management/Human Resources Awards Survey, Polls & Research