omniture

Daniel S. Duffy - Dilantik Ketua Pegawai Eksekutif Baharu Camargo Pharmaceutical Services, LLC

Camargo Pharmaceutical Services, LLC
2018-04-30 20:41 319

CINCINNATI, 30 April 2018 /PRNewswire/ -- Camargo Pharmaceutical Services, LLC, ("Camargo"), peneraju global bagi pembangunan ubatan 505(b)(2) dan yang setara dengannya di peringkat global, hari ini mengumumkan pelantikan Daniel S. Duffy sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharu. Kenneth V. Phelps, Pengasas dan Presiden, akan terus menjadi duta berwawasan untuk syarikat, membangunkan industri dan mendorong peluang baharu untuk Camargo.

Camargo memainkan peranan penting dalam membantu syarikat-syarikat farmaseutikal global mengenal pasti, membangunkan dan memperoleh pelbagai kelulusan NDA 505(b)(2). Ubat-ubatan yang dihasilkan melalui laluan ini memberi manfaat kepada individu yang tidak terhitung banyaknya di A.S. Orang ramai di seluruh dunia mendapat manfaat daripada ubat-ubatan yang telah ditambah baik.

"Ia merupakan satu penghormatan untuk memimpin organisasi ini selama 15 tahun dan saya berharap dapat meluaskan impak Camargo di peringkat global. Saya berasa gembira dengan kehadiran Dan untuk meluaskan organisasi bagi menyokong visi ini," kata Phelps.

Dan membawakan pengalaman selama lebih 20 tahun dalam biofarmaseutikal dan perundingan pengurusan strategik. Paling terkini, Dan menyandang jawatan sebagai Naib Presiden dan Pengurus Besar di McKesson Specialty Health. Semasa di sana, beliau membangunkan model farmasi khusus yang berbeza bersama Pusat Kecemerlangan berkisarkan onkologi, neurologi dan rawatan rumit, bantuan pesakit serta produk penyelidikan (percubaan klinikal). Dan berkelulusan Ijazah Sarjana dalam Pentadbiran Perniagaan daripada University of North Carolina Kenan-Flagler School of Business dan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan daripada Kent State University.

"Saya bersyukur atas undi keyakinan dan peluang untuk menjadi sebahagian daripada keluarga Camargo. Camargo dipenuhi dengan individu yang luar biasa pintarnya dan berkemampuan, yang bersemangat untuk menambah baik ubat-ubatan yang menyokong komuniti kami," kata Duffy.

LATAR BELAKANG CAMARGO PHARMACEUTICAL SERVICES, LLC.

Camargo Pharmaceutical Services, LLC, beribu pejabat di Cincinnati, Ohio, ditubuhkan pada tahun 2003 oleh Kenneth V. Phelps (Presiden dan Pengasas) serta Dr. Ruth Stevens (Ketua Pegawai Saintifik dan Pengasas). Camargo menyediakan perkhidmatan pembangunan ubatan yang komprehensif dan mengkhusus dalam laluan kelulusan 505(b)(2) dan proses-proses setara peringkat global. Dengan menilai keberdayaan saintifik, perubatan, pengawalseliaan dan komersial bagi peluang pembangunan produk, Camargo membangunkan dan melaksanakan rancangan pembangunan yang kukuh, selaras dengan strategi perniagaan dan menjamin penerimaan agensi pengawalseliaan dalam seluruh proses. Mengadakan tiga hingga enam mesyuarat sebulan secara rutin bersama Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA), Camargo bekerjasama dengan pembangun produk di lebih 25 negara. Untuk maklumat lanjut mengenai Camargo, layari http://camargopharma.com.   

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/465303/Camargo_FullColor_Logo.jpg

 

Source: Camargo Pharmaceutical Services, LLC
Related Links:
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Personnel announcements