omniture

SelvaRey Rum Bruno Mars Pentaskan Pelancaran Asia Utama Menjelang Jelajah Konsert

SelvaRey Rum
2018-05-01 09:22 300

WEST HOLLYWOOD, California, 1 Mei 2018 /PRNewswire/ -- Bersempena dengan Jelajah Dunia 24K Magic beliau yang habis terjual tiketnya, Bruno Mars melancarkan SelvaRey Rum beliau yang memenangi anugerah untuk pertunjukan utama di Jepun dan Filipina. Semasa empat pertunjukan Bruno yang habis terjual tiketnya di Saitama Super Arena, Jepun, arena ruang dalaman kedua terbesar di dunia, kedua-dua SelvaRey White dan SelvaRey Cacao banyak ditampilkan bersama-sama koktel terkenal dan botol-botol yang terjual dalam bungkusan jelajah yang eksklusif. Barisan yang amat panjang melingkar seluruh lokasi pertunjukan sebelum waktu pertunjukan dan koktel serta botol habis terjual pada awal setiap hari.

Bruno Mars' SelvaRey Rum Stages Major Asia Launch Ahead of Concert Tour
Bruno Mars' SelvaRey Rum Stages Major Asia Launch Ahead of Concert Tour

Sekitar pertunjukan bulan ini, SelvaRey memperhebatkan kehadiran mereka dengan siri pengaktifan yang amat jelas di daerah hiburan legenda Tokyo, Roppongi. Koktel istimewa, promosi, cicipan, bar sementara dan acara memenuhi aktiviti-aktiviti utama di kawasan kelas atasan yang terkenal di seluruh dunia dengan kehidupan malamnya. Keputusan awal begitu jauh melangkaui jangkaan jenama ini dan SelvaRey sudah menjangka akan menjadi rum putih dan berperisa super premium paling laris terjual di Jepun pada tahun 2018.

Pelancaran di Asia diteruskan di Manila pada 3-4 Mei di acara pertunjukan Mars yang habis terjual tiketnya bertempat di Mall of Asia Arena. SelvaRey Cocktail Bar akan menonjolkan bahan-bahan segar dan bermusim serta pelayan bar tempatan terbaik. Jenama ini sekali lagi akan mempamerkan kandungan digital eksklusifnya, pengaktifan VIP dan botol untuk dijual dalam bungkusan Jelajah Dunia 24k Magic. Dengan warisan Filipina Bruno yang diabadikan dengan baik dan pasaran lebih 10 juta kotak rum di Filipina, SelvaRey menjangka akan mencetuskan impak besar pada bulan-bulan dan tahun-tahun akan datang.

Hong Kong, Thailand dan Singapura bakal menjadi destinasi seterusnya, dengan sasaran pelancaran diadakan di hartanah hotel/restoran berprestij serta kelab-kelab sosial yang dijadual berlangsung pada lewat musim bunga ini.

Latar Belakang SelvaRey:

SelvaRey White, adunan rum berusia tiga dan lima tahun, diperbuat oleh salah seorang pakar pengadun yang paling tersohor di dunia. Berlainan dengan kebanyakan rum putih, SelvaRey dihasilkan dengan matlamat berbeza agar menjadi cukup halus untuk dinikmati bersama ais. Namun demikian, ia menghasilkan Rum 'n' Coke berkualiti tertinggi, iaitu Mojito luar biasa dan amat sesuai dengan koktel klasik.

SelvaRey Cacao, minuman beralkohol coklat terunggul di dunia yang memenangi anugerah, mempunyai rum Panama beraneka dimatangkan selama lima tahun, diseduh dengan coklat semula jadi. Paling ketara dan tidak seperti kebanyakan rum berperisa yang lain, SelvaRey Cacao Rum boleh dinikmati begitu sahaja atau bersama ais, tetapi juga boleh diadunkan dengan menarik dalam koktel kopi seperti Espresso Martini dan mencipta rasa unik daripada hidangan klasik yang begitu banyak.

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/682608/Bruno_Mars.jpg

Source: SelvaRey Rum
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Entertainment Music Asian-related news Future Events