Persidangan Jerusalem Post Tahunan ke-7 Himpunkan Pemimpin Israel dan Tokoh Politik, Ahli Perniagaan dan Rakan Media Amerika
NEW YORK, 1 Mei 2018 /PRNewswire/ -- Ahad lalu, En. Ronald S. Lauder menggesa Israel untuk menjalin hubungan lebih erat bersama generasi diaspora Yahudi yang seterusnya. Berucap kepada khalayak Amerika dan pemimpin-pemimpin Israel dalam bidang politik, perniagaan dan media di persidangan Jerusalem Post tahunan kali ke-7, En. Lauder mengatakan bahawa Israel berada di persimpangan dari segi keupayaanya untuk menjadi pengusaha utama dunia dan menggalakkan negara tersebut agar tidak ketinggalan dengan mendidik dan mengalu-alukan ahli-ahli bukan ortodoks agama berkenaan.
"Kita perlu ingat bahawa kita semua satu keluarga," kata En. Ronald S. Lauder. "Dari yang paling Ortodoks kepada paling sekular, dari yang paling liberal kepada yang paling konservatif, kita semua saudara, bersatu atas matlamat yang sama: kelangsungan hidup dan kemakmuran Israel serta warga Yahudi."
Dalam ucapan beliau, Lauder turut mengucapkan terima kasih kepada Presiden Trump atas keberanian beliau untuk memindahkan kedutaan Amerika ke Jerusalem.
"[Ronald Lauder] berada di barisan hadapan," kata Ketua Editor Jerusalem Post Yaakov Katz. "Beliau mengelilingi dunia bagi membela hak-hak penduduk Yahudi di mana-mana jua."
Persidangan Jerusalem Post tahunan kali ketujuh menghimpunkan tokoh-tokoh politik Israel dan Amerika, ahli-ahli parlimen dan wakil-wakil kerajaan Israel, wakil-wakil kedua-dua pihak daripada Kongres A.S. dan berpuluh-puluh tokoh perniagaan, komuniti dan media.
Para penceramah terdiri daripada Menteri Pertahanan Israel Avigdor Lieberman, Menteri Perisikan dan Pengangkutan Israel Yisrael Katz, Senator Ben Cardin dan Lindsay Graham, mantan Perdana Menteri Ehud Olmert, Menteri Kesaksamaan Sosial Israel Gila Gamliel dan sejumlah besar bekas pegawai, tokoh media terkemuka dan pakar dalam hal ehwal strategik dan antarabangsa.
En. Lauder mempengerusikan perhimpunan ini, yang dirasmikan oleh beliau dengan bertafakur untuk sepuluh remaja Israel yang dibunuh pada hari Khamis berhampiran Laut Mati, menyebutkan setiap nama belia yang terkorban.
Untuk mendapatkan video ceramah, sila layari http://bit.ly/2JDN0v4
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi: Michal Grayevsky, Penasihat Kanan Ronald S. Lauder: office@mg745fifth.com
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/684141/Jerusalem_Post_New_York_Annual_Conference.jpg
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/684142/Mr_Ronald_S_Lauder.jpg