Bayangkan! Anda berpakaian yang cukup bergaya, menghirup koktel tatkala menikmati pemandangan panorama matahari terbenam Manhattan. Ini bukanlah satu fantasi. Inilah Governors Island abad ke-21—lokasi utama untuk pesta musim panas di New York. Kini, ia mempunyai eau de parfum Bond No. 9 dengan namanya yang sedia untuk majlis gala.
NEW YORK, 1 Mei 2018 /PRNewswire/ -- Apabila penjelajah Belanda pertama kali menemui New York, mereka terlepas Manhattan sejauh beberapa ela, sebaliknya mendarat di pulau luar pesisir yang dipenuhi pokok-pokok hikori, oak dan berangan. Tidak lama selepas itu, penduduk India Lenape tempatan menyerahkan 172 ekar kawasannya kepada peneroka baharu—menandakan pembukaan rasmi Bandar Raya New York. Kemudian, orang Inggeris mengambil alih, mengubah pulau kecil ini menjadi pangkalan untuk gabenor-gabenor dirajanya—dan inilah asal usul namanya, Governors Island. Melihat ke hadapan di abad ke-21, dengan kebanyakan kawasan pulau ini dibuka kepada orang awam setiap bulan Mei hingga Oktober, menawarkan kawasan hijau yang terpelihara dan asli yang dijaga dengan baik terletak sejauh 10 minit perjalanan dengan menaiki feri dari Wall Street. Tidak lupa juga, anda tidak harus melepaskan pemandangan panorama Manhattan yang memukau.
Alami Siaran Berita Berbilang Saluran yang interaktif di sini: https://www.multivu.com/players/English/8295751-bond-no-9-governors-island/
Hari ini, Governors Island bukan sahaja menjadi tempat percutian New York paling pantas untuk berkanu, rekreasi garisan zip, memanjat batu dan berkelah, ia juga tempat bagi pesta musim panas di kawasan terbuka. Sebagai contoh Festival Puisi; Dîner en Blanc yang mewah, dengan para tetamu memakai pakaian serba putih; temasya Pinknic bertemakan-wain-ros, yang mana para hadirin memakai pakaian berwarna merah jambu dan putih; serta Parti Halaman Era Jazz yang terkenal, dengan para tetamu mengenakan pakain penuh gaya sambil menghirup koktel 1920-an, serta berdansa dengan tarian Charleston.
Pastinya, semua aktiviti sosial ini perlu memiliki harumannya. Bond No. 9 bersedia memberikan haruman, menerusi eau de parfum terbaharu, Governors Island, yang akan berada di kaunter jualan pada 1 Jun. Hipnotik, menggoda dan menagihkan, haruman dipenuhi dupa ini pada awalnya seolah-olah bercanggah dengan pulau yang terkenal dengan aktiviti-aktiviti rekreasi—laluan berbasikalnya, tempat berkelah, lokasi menerbangkan layang-layang. Namun di Bond No. 9, kami mengalu-alukan percanggahan yang eksentrik ini--yang merupakan salah satu hala tuju penting untuk minyak wangi (serta fesyen) masa kini. Di samping itu, daya tarikan ajaib dan mendalam minyak wangi Governors Island, hakikatnya membangkitkan bau haruman hutan tebal pulau.
Secara keseluruhannya, ia merupakan satu simfoni yang memecah kebiasaan bagi nota haruman hutan yang kuat— sejenis haruman yang biasanya digunakan dalam aroma yang paling lama bertahan. Namun bagi haruman ini, ia mencakupi seluruh kandungan, bermula dengan resin dupa yang hangat dan pekat. Ia kemudiannya ia berubah menjadi haruman utama ambrox gelap yang manis (merangsang ambergris) dan kayu cedar yang kering dan seakan-akan tembakau, menghasilkan seri umpama halo. Nota haruman asasnya? Kesturi putih seakan-akan haiwan, digabungkan dengan muscenone (perangsang kesturi) dan versi feminin lembut yang terdapat pada rumput tropika yang rapuh, kas kas. Meskipun secara keseluruhan, ia kelihatan ditampilkan sebagai minyak wangi lelaki, yang pastinya digemari oleh golongan lelaki, kami memberi jaminan—wanita akan turut mengagumi bru hipnotik ini dan mengatakan ia milik mereka.
Paparan berwarna biru dan emas yang kelihatan sesuai untuk belayar pada botol-botol Governors Island berwarna putih asli ialah token Bond No. 9 pada satu sisi dan pada satu sisi yang lain mempunyai nama-nama cetakan lokasi-lokasi pulau yang harus diterokai—khususnya Hammock Grove, buaian merahnya memberikan pemandangan Patung Liberty yang luar biasa.
Governors Island mula berada di kaunter jualan: Jun 2018 dan akan dijual di Butik New York Bond No. 9, Saks Fifth Avenue seluruh negara, kedai-kedai Bloomingdales terpilih, Harrods UK dan www.bondno9.com
Harga: 100ml, $350