omniture

PEZ Lelong Pasangan Diraja Impian, Harry dan Meghan

PEZ International GmbH
2018-05-02 10:00 493

TRAUN, Austria, 2 Mei 2018 /PRNewswire/ --

Semua hasil kutipan disumbangkan kepada pertubuhan bantuan kanak-kanak 

Pengeluar gula-gula Austria, PEZ telah menghasilkan satu cenderamata eksklusif untuk majlis perkahwinan paling gemilang tahun ini. Peminat-peminat pasangan bahagia dan kumpulan pengikut yang setia boleh menyertai pembidaan untuk set dispenser unik, hanya satu seumpamanya di dunia: Putera Harry dan Meghan Markle akan dilelongkan melalui ebay for Charity dalam bentuk dispenser PEZ mulai 7 hingga 13 Mei. Semua hasil lelongan akan disumbangkan kepada Make-A-Wish® Foundation.

generated by system

generated by system

"Make-A-Wish dan PEZ adalah padanan yang sempurna," kata Ketua Pemasaran PEZ, Gabriele Hofinger. Misi Make-A-Wish Foundation adalah untuk memenuhi hajat kanak-kanak yang menghidap penyakit-penyakit kritikal bagi memberikan keceriaan kepada mereka, mencipta kenangan indah, seterusnya memberi mereka kekuatan baharu untuk menghadapi cabaran mereka. "Kedua-dua PEZ dan Make-A-Wish berdedikasi untuk memberikan senyuman kepada wajah kanak-kanak selama beberapa generasi. Kami berasa gembira kerana dapat menyumbang untuk menunaikan lebih banyak hajat," tambah Hofinger. Dalam masa yang sama, beliau turut melihat kempen ini sebagai tanda penghargaan untuk komuniti pengumpul PEZ yang luas.

Sebelum ini, untuk majlis perkahwinan Putera William dan Catherine Middleton pada tahun 2011, PEZ melelongkan sepasang dispenser diraja yang eksklusif melalui eBay for Charity. Kejayaan hebat yang diraih mendorong PEZ untuk melancarkan kempen yang sama untuk majlis perkahwinan saudara lelakinya, Harry bersama Meghan Markle.

Di PEZ, Traun, Austria, mereka tidak sabar-sabar menantikan lelongan yang menarik itu. Memandangkan acara ini sesuai dengan sifat British, wang pertaruhan telahpun diletakkan untuk tawaran tertinggi. Individu yang berjaya akan diumumkan pada hari Ahad, 13 Mei, apabila lelongan berakhir.

Maklumat lanjut dan gambar di http://www.pez.com.

Maklumat pertanyaan untuk media:
Daniela Groffner, MA
REICHLUNDPARTNER PR
daniela.groffner@reichlundpartner.com
+43-732-666-222-5112

Sumber: PEZ International GmbH

Source: PEZ International GmbH
Keywords: Food/Beverages Children-related news