omniture

AECOM dan Asia Society lancar tahun kedua Imagine 2060: Menyediakan Bandar-bandar Masa Depan Bersama-sama

Siri perbualan global rintis bermula dengan Imagine Delhi: Ke Arah Langit yang Cerah
AECOM
2018-05-02 16:04 593

NEW DELHI, 2 Mei 2018 /PRNewswire/ -- AECOM, firma infrastruktur global terunggul yang menawarkan perkhidmatan  bersepadu, dan Asia Society, institusi bukan untung yang terkemuka di dunia, melancarkan tahun kedua bagi siri forum global yang bertempoh tiga tahun, "Imagine 2060: Menyediakan Bandar-bandar Masa Depan Bersama-sama" di Delhi, India. Forum ini, "Imagine Delhi: Ke Arah Langit yang Cerah", adalah berkenaan tentang kebersihan udara, dengan barisan pemimpin antarabangsa dan negara terkemuka dalam bidang perniagaan, penyelidikan, dasar dan media yang berbeza, yang meneroka penyelesaian demi mencapai trajektori yang lebih baik untuk masa depan keadaan ekonomi dan alam sekitar ibu negara India, serta bandar-bandar mega lain yang berkembang pantas di dunia.

Imagine Delhi: Towards a Clear Sky, the inaugural event in the second year of the ground-breaking global conversation series sponsored by Asia Society and AECOM opened today in Delhi, India. (L-R) Mr. Sean Chiao, President, Asia Pacific, AECOM; Emeritus Senior Minister Goh Chok Tong of the Republic of Singapore; Mr. Amitabh Kant, Chief Executive Officer, NITI Aayog; Ms. Bunty Chand, Chief Executive Officer, Asia Society India Centre and Mr. Avinash Misra, Chief Executive, India, AECOM
Imagine Delhi: Towards a Clear Sky, the inaugural event in the second year of the ground-breaking global conversation series sponsored by Asia Society and AECOM opened today in Delhi, India. (L-R) Mr. Sean Chiao, President, Asia Pacific, AECOM; Emeritus Senior Minister Goh Chok Tong of the Republic of Singapore; Mr. Amitabh Kant, Chief Executive Officer, NITI Aayog; Ms. Bunty Chand, Chief Executive Officer, Asia Society India Centre and Mr. Avinash Misra, Chief Executive, India, AECOM

 

Dilancarkan pada tahun 2017, siri ini bertujuan untuk menginspirasikan cara baharu untuk perancangan bandar-bandar masa depan. Saban tahun, siri ini dikhususkan kepada satu unsur utama Bumi: air, udara dan tanah. Tahun lalu menumpu pada tema air, meninjau bagaimana pelbagai laluan yang diambil oleh lima bandar tepi pantai dunia, iaitu Manila, Sydney, Los Angeles, New York dan Hong Kong membentuk kualiti hidup penduduk dengan cara yang sangat berbeza dan memberikan pengajaran berharga buat bandar-bandar lain.

Dengan ramalan penduduk yang bakal meningkat kepada 28 juta orang tahun ini, Delhi terpilih untuk perbualan sulung dalam program tahun 2018. Ibu negara India itu baru sahaja dikategorikan sebagai "hab mega" antara Bandar-bandar Dunia Baru Muncul oleh "Universe of City Indices 2018," yang mengiktiraf kepentingan yang semakin meningkat sebagai pusat antarabangsa bagi ibu negara dan budaya. Namun demikian, sama seperti banyak bandar mega yang lain, pertumbuhan pesat Delhi turut disertai dengan cabaran yang membimbangkan, seperti pencemaran udara. Dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia menganggarkan 92 peratus penduduk Bumi semasa kini menetap di tempat-tempat yang mana kualiti udaranya tidak mematuhi garis panduan keselamatan minimum, perbualan 2018 dalam siri Imagine 2060 adalah berdasarkan tema "Ke Arah Langit yang Cerah". Ia akan menggalakkan perbualan positif yang berpandangan jauh tentang strategi-strategi holistik dan pilihan-pilihan yang dapat menghasilkan langit yang cerah dan udara bersih yang diperlukan untuk keadaan ekonomi, sosial dan alam sekitar yang mampan.

Suara-suara penting lancar perbualan antarabangsa 2018 tentang udara

"Sama ada Singapura mahupun Delhi, kita semua berkongsi langit yang sama dan atas sebab inilah mengapa perbualan yang menambah pengetahuan seperti yang diadakan hari ini adalah amat penting. Masa depan Delhi bergantung pada usaha mencapai keseimbangan yang tepat antara pertumbuhan dan kemampanan. Singapura dan India merupakan sahabat lama dan saya yakin Singapura sanggup memainkan peranan penting untuk membangunkan dasar, amalan dan inisiatif mampan bagi membantu India mencapai objektifnya ke arah langit yang cerah pada tahun-tahun akan datang," kata Menteri Kanan Emeritus Republik Singapura Goh Chok Tong yang menyampaikan ucapan dasar pertama daripada dua ucapan dasar.

Program hari ini dirasmikan oleh Cik Bunty Chand, Ketua Pegawai Eksekutif, Asia Society India Centre dan En. Sean Chiao, Presiden, Asia Pasifik, AECOM. Memainkan peranan utama dalam mencetuskan perbualan sulung ini ialah En. Amitabh Kant, Ketua Pegawai Eksekutif, National Institution for Transforming India Aayog, yang menyampaikan ucapan dasar kedua; En. RC Bhargava, Pengerusi, Maruti Suzuki India Ltd.; En. Navroz Dubash, Felow Kanan, Pusat Penyelidikan Dasar; Cik Urmi Goswami, Penolong Editor, Economic Times; En. Praveer Sinha, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Tata Power; En. Tonny Xie, Pengarah dan Pengasas, Pusat Inovasi untuk Penyelesaian Udara-Bersih; dan En. Rob Hills, Pengarah Sektor Pasaran - Kuasa, Australia dan New Zealand, AECOM.

Dalam ucapan pembukaan beliau bagi pihak AECOM, En. Chiao, pakar tersohor di peringkat antarabangsa tentang pembandaran yang mengkonsepsikan program Imagine 2060 bersama barisan kepimpinan global Asia Society berkata, "Tema tahun 2018 kami, Ke Arah Langit yang Cerah, bukan sahaja menumpu pada dasar-dasar yang boleh dilaksanakan bagi mengembalikan keharmonian antara pembangunan bandar dan kualiti udara. Kami menghimpunkan pemimpin-pemimpin dalam sektor tenaga boleh diperbaharui, perancangan bandar, pengangkutan dan dasar awam bagi membayangkan masa depan yang mampan secara holistik untuk bandar-bandar ikonik ini dan berganding bahu bagi mencapai matlamat ini secara bersama. Penting untuk kami meluaskan imaginasi kami melangkaui masa kini, bagi meramalkan dan membawakan persekitaran yang terbina yang akan membolehkan kami meneruskan kehidupan dan berkembang maju, pada masa depan."

En. Avinash Misra, Ketua Eksekutif, India, AECOM berkata, "Menjelang tahun 2060, populasi India mungkin mencapai seramai 1.8 bilion orang, menjadikan kami negara dengan populasi tertinggi, maka kami benar-benar perlu membuat pilihan masa kini yang memandang ke hadapan tentang kaedah untuk menampung penduduk kami menuju masa depan, dan berkolaborasi menerusi pendekatan bersepadu dan amalan terbaik yang dapat memberikan penyelesaian yang berpanjangan, untuk semua bandar di seluruh India. Inisiatif-inisiatif seperti Bandar Pintar Vizag, yang mana AECOM menyediakan pelan utama dan infrastruktur pintar khusus sektor, akan bersifat transformatif untuk komuniti mereka, serta menjadi contoh penting untuk bandar-bandar lain."

"Kami berbesar hati kerana Delhi terpilih untuk pelancaran tahun kedua perkongsian Asia Society -- AECOM. India telah melaksanakan langkah-langkah penting dalam menangani cabaran seperti pencemaran udara kerana penggubal dasar, industri, masyarakat awam dan penduduk bersatu untuk menangani cabaran ini. Pilihan yang kita lakukan hari ini akan memberi impak penting terhadap generasi-generasi akan datang. Ayuh kita pastikan pilihan ini memberi kesan yang berpanjangan, positif dan mampan! Asia Society India Centre komited untuk memudahkan perubahan positif melalui programnya. Kami akan melanjutkan perbualan ini selepas hari ini dan mudah-mudahan, ke arah penyelesaian yang dicari-cari oleh kita semua," simpul Cik Chand.

Susulan pelancaran hari ini di Delhi, siri ini akan dianjurkan pada lewat tahun ini di Melbourne, Australia dan kemudiannya di Hong Kong, China. 

Latar Belakang AECOM

AECOM ditubuhkan bagi mewujudkan dunia yang lebih baik dan selesa. Kami mereka bentuk, membangunkan, membiayai dan mengendalikan aset-aset infrastruktur untuk kerajaan, syarikat dan organisasi di lebih 150 negara. Sebagai sebuah firma yang bersepadu sepenuhnya, kami menghubungkan pengetahuan dan pengalaman yang melibatkan jaringan pakar global kami demi membantu pelanggan-pelangan kami menangani cabaran yang paling rumit. Bermula dengan bangunan dan prasarana berprestasi tinggi, hingga kepada komuniti dan persekitaran yang berdaya tahan, serta negara yang stabil dan selamat, usaha kami bersifat transformatif, berbeza dan penting. Sebagai sebuah firma Fortune 500, AECOM menjana pendapatan kira-kira sebanyak $18.2 bilion semasa tahun fiskal 2017. Sila layari bagaimana kami membawakan sesuatu yang hanya dapat dibayangkan oleh pihak lain di aecom.com dan @AECOM.

Latar Belakang Asia Society 
Ditubuhkan pada tahun 1956 oleh John D. Rockefeller ketiga, Asia Society ialah pertubuhan tidak berpihak dan bukan untung yang berusaha untuk menangani pelbagai cabaran yang dihadapi oleh Asia dan seluruh pelosok dunia. Asia Society mempunyai pusat-pusat kebudayaan dan bangunan awam di New York, Hong Kong dan Houston, serta pejabat-pejabat di Los Angeles, Tokyo, Manila, Mumbai, Tokyo, San Francisco, Seoul, Shanghai, Sydney, Washington, D.C. dan Zurich. Menerusi bidang-bidang kesenian, perniagaan, kebudayaan, pendidikan dan dasar, Asia Society memberikan pandangan, menjana idea dan menggalakkan kolaborasi antara Asia dan seluruh dunia.

Latar Belakang Asia Society India Centre 
Asia Society India Centre ditubuhkan pada tahun 2006 di Mumbai dan dirasmikan oleh Perdana Menteri Dr. Manmohan Singh. Ia merupakan sebuah pertubuhan pendidikan utama yang mengkhusus untuk menggalakkan persefahaman bersama dan mengukuhkan perkongsian antara orang ramai, pemimpin dan institusi di Asia, antara negara-negara Asia dan juga Amerika Syarikat. Sepanjang 12 tahun, India Centre telah mengadakan lebih 600 program mencakupi pelbagai bidang dan format termasuk persidangan, mesyuarat meja bulat, ceramah awam dan persembahan kebudayaan. Asia Society India Centre beroperasi dalam bidang-bidang perniagaan & dasar serta kesenian & kebudayaan, menggunakan format kreatif untuk mempersembahkan perspektif silang disiplin, pandangan baharu, idea bermaklumat bersama pelbagai penceramah dan sentiasa memberi pandangan bebas dan tidak berpihak terhadap hal ehwal Asia dan Dunia. Melalui dialog bersama pemimpin, pemikir dan penduduk, kami meneroka isu-isu yang amat penting yang dihadapi oleh Asia di persada global bagi mewujudkan kesedaran dan kesan perubahan. Lihat hasil kerja kami selama bertahun-tahun di asiasociety.org/india dan @AsiaSocietyIC

Perhubungan Media AECOM: 
David Nugent 
Ketua, Komunikasi Luaran, Asia 
T: (+65) 6580-2717 
M: (+65) 8385-7279 
E: david.nugent@aecom.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180424/2113252-1
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20170518/1855385-1LOGO

Source: AECOM
Related Links:
Keywords: Alternative Energies Construction/Building Green Technology Water Utilities Conservation/Recycling Environmental Issues Not for profit