Penyedia Perkhidmatan Internet Tanpa Wayar Terbesar di Afrika Selatan Perkenal ePMP™ Elevate Penuhi Permintaan Tinggi dan Sokong Pertumbuhan Masa Depan
ROLLING MEADOWS, Illinois dan STELLENBOSCH, Afrika Selatan, 2 Mei 2018 /PRNewswire/ -- Cambium Networks, penyedia yang terkemuka di dunia bagi penyelesaian jalur lebar tanpa wayar, hari ini mengumumkan Penyedia Perkhidmatan Internet Tanpa Wayar (WISP) HeroTel memilih penyelesaian ePMP Elevate untuk meningkatkan prestasi rangkaian dan mendayakan kebolehskalaan. HeroTel ialah salah satu WISP yang terbesar di Afrika Selatan, yang mempunyai lebih 1,800 tapak dan lebih 40,000 pelanggan untuk perkhidmatan internet "peringkat akhir".
"Apa yang benar-benar mengujakan saya tentang perkongsian kami bersama Cambium Networks adalah kami berupaya menghasilkan peningkatan besar bagi kualiti pengalaman untuk pelanggan kami, dan dalam masa yang sama meningkatkan pulangan pelaburan (ROI) kami sendiri," kata Corné de Villiers, Ketua Pegawai Eksekutif HeroTel.
"Permintaan terhadap perkhidmatan penstriman TV seperti Netflix dan Showmax melonjak baru-baru ini di Afrika Selatan," kata Rich Henn, ketua pegawai komersial HeroTel. "Medium peringkat akhir tradisional seperti tembaga tidak dapat bersaing dan gentian hanya terhad kepada penggunaan dalam poket-poket terpencil. Dengan penyelesaian daripada Cambium Networks kami berupaya menyediakan perkhidmatan tanpa wayar berkelajuan tinggi kepada semua pelanggan kami, tanpa mengira sama ada mereka berada di kawasan bandar atau luar bandar."
"Cambium Networks menyediakan fabrik tanpa wayar penyelesaian ketersambungan hujung-ke-hujung," kata Martin de la Serna, Naib Presiden Jualan untuk Cambium Networks. "HeroTel menggunakan penyelesaian angkut balik gelombang mikro berlesen titik-ke-titik kami, rangkaian pengagihan tanpa wayar PMP 450m, penyelesaian akses Wi-Fi cnPilot 802.11ac dan kini meluaskan ketersambungan dan liputan dengan pengurusan hujung-ke-hujung ePMP Elevate™ dan cnMaestro™."
"ePMP Elevate berinteraksi dengan peralatan premis pelanggan (CPE) yang dipasang sebelum ini dengan menukar Titik Akses di hujung kepala dan mengaplikasikan penaiktarafan perisian tegar pelbagai kaedah kepada CPE," kata Sakid Ahmed, Naib Presiden ePMP Business. "Titik Akses ePMP 2000 membawakan teknologi-teknologi utama seperti Penyegerakan GPS, penggunaan semula frekuensi, penapisan pintar, penjadualan kesaksamaan udara dan pembentuk alur pintar kepada rangkaian berasaskan 802.11n sedia ada. Ini benar-benar mengubah prestasi rangkaian."
HeroTel menggunakan proses pemilihan intensif sebelum menyenarai pendekkan empat vendor dan seterusnya memilih penyelesaian ePMP Elevate Cambium Networks. Ini termasuk menghadiri persidangan antarabangsa dan pameran perdagangan, ujian lapangan dan makmal yang luas bagi menjamin pematuhan dengan keadaan sukar di Afrika Selatan serta memenuhi objektif kewangan ROI.
"Cambium Networks benar-benar menunaikan janji mereka," ulas James Devine, ketua HeroTel Networks. "Ujian lapangan kami menunjukkan keputusan yang sangat baik. Daya pemprosesan dan ketumpatan setiap sektor adalah lebih baik berbanding apa yang kami fikirkan mampu dicapai oleh kami dan penyelesaian mereka dapat mengurus gangguan dengan begitu baik."
"Ujian lapangan kami memberikan keputusan yang menarik," tambah Gerrit Pretorius, Ketua Serantau bagi Perancangan RF dan Pengurusan Spektrum di HeroTel East. "Kami berupaya memuatkan lebih tiga kali ganda bilangan peranti pelanggan kami ke dalam sektor-sektor ePMP 2000 Cambium Networks, sekaligus mencapai tambahan tiga setengah kali ganda kelajuan daya pemprosesan bagi pihak pelanggan. Penyelesaian ini akan membolehkan kami menawarkan perkhidmatan 50 Mbps+ kepada pelanggan kami dan inilah apa yang diminta oleh eksekutif-eksekutif syarikat daripada pasukan kejuruteraan kami."
Latar Belakang HeroTel
Ditubuhkan pada tahun 2013, HeroTel mengukuhkan pasaran Penyedia Perkhidmatan Internet Tanpa Wayar (WISP) dan menghubungkan Afrika Selatan dengan internet tanpa wayar, gentian dan LTE berkelajuan tinggi. Melalui jalinan kerjasama dengan WISP dan berusaha bersama-sama, HeroTel membawakan internet kepada semua warga Afrika Selatan. Di samping itu, HeroTel menyediakan pengalaman pengguna yang diperibadikan bersama pusat panggilan tempatan dan respons peribadi segera.
Latar Belakang Cambium Networks
Cambium Networks ialah penyedia global yang terkemuka bagi penyelesaian ketersambungan tanpa wayar yang mengukuhkan hubungan bersama orang ramai, tempat dan benda. Mengkhusus untuk menyediakan fabrik tanpa wayar hujung-ke-hujung melibatkan platform yang diurus oleh awan yang andal, boleh diskala dan selamat yang beroperasi dalam keadaan mencabar, Cambium Networks memperkasa penyedia perkhidmatan, pengendali rangkaian perusahaan, perindustrian dan kerajaan untuk membangunkan ketersambungan pinggir pintar. Komitmen Cambium terhadap inovasi berterusan dalam akses tanpa wayar diperlihatkan menerusi berjuta-juta radio yang digunakan dalam beribu-ribu rangkaian yang memberi manfaat kepada komuniti serata dunia. Ahli-ahli pasukan turut menyumbang kepada aktiviti-aktiviti tanggungjawab sosial demi berkhidmat kepada komuniti di tempat tinggal mereka. Beribu pejabat di luar Chicago dan menerusi pusat-pusat penyelidikan & pembangunan (R&D) di A.S, U.K. dan, India, Cambium Networks menjual produknya melalui pelbagai pengedar global yang dipercayai. www.cambiumnetworks.com.
Hubungi: Sara Black, 1-213-618-1501, sara@bospar.com
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/325530/cambium_networks_logo.jpg