omniture

Avaya Percepat Penggunaan Pusat Hubungan Awan untuk Pasaran Asia Pasifik

Avaya
2018-05-03 09:00 699

Avaya akan perkenal penawaran Pusat Hubungan-sebagai-satu-Perkhidmatan hujung-ke-hujung yang membolehkan BPO untuk menyampaikan perkhidmatan yang berbeza dengan pilihan pelaksanaan yang fleksibel

SINGAPURA, 3 May 2018 /PRNewswire/ --  Avaya Holdings Corp. (NYSE: AVYA), syarikat komunikasi terkemuka global, hari ini mengumumkan bahawa ia sedang mengukuhkan komitmennya untuk komuniti Penyumberluaran Proses Perniagaan (BPO) di rantau Asia Pasifik. Avaya sedang memperkenalkan penyelesaian Pusat Hubungan-sebagai-satu-Perkhidmatan (CCaaS) hujung-ke-hujung untuk pasaran Asia Pasifik, dengan penawaran pertama bakal tersedia di India dan Filipina pada bulan Julai 2018, diikuti oleh keseluruhan APAC menjelang Disember 2018.

Avaya is introducing end-to-end Contact Center-as-a-Service (CCaaS) solutions for the Asia-Pacific market, it announced today.
Avaya is introducing end-to-end Contact Center-as-a-Service (CCaaS) solutions for the Asia-Pacific market, it announced today.

Penawaran CCaaS Avaya akan menyediakan BPO dengan pilihan pelaksanaan yang fleksibel untuk beralih ke awan, membolehkan mereka menyampaikan perkhidmatan yang berbeza yang meningkatkan kecekapan tenaga kerja dan membolehkan proses perniagaan diautomasikan. BPO akan terus menerima pengalaman yang konsisten yang mereka harapkan daripada Avaya, dan boleh memindahkan operasi ke awan mengikut kemampuan mereka, sambil mereka terus memberi tumpuan kepada penambahan nilai untuk para pelanggan mereka.

Avaya membuat pengumuman ini selepas sesi meja bulat khusus dengan pelanggan BPO terkemuka di rantau ini, diadakan sebagai sebahagian dari acara Pengalaman Asia Pasifik Avaya yang sedang berlangsung di Singapura hari ini. Eksekutif Avaya berterima kasih kepada pelanggan BPO untuk komitmen mereka terhadap syarikat ini, memberi bimbingan untuk inisiatif baharu, dan berbincang cara-cara untuk bekerja bersama untuk mewujudkan nilai bersama yang lebih baik.

Avaya memacu inisiatif transformasi digital secara aktif dengan beberapa BPO terkemuka di rantau APAC, membantu mereka membina penyelesaian yang unik dan dibezakan yang mengubah pengalaman pelanggan dan menyampaikan nilai yang lebih besar. Avaya menyediakan penyelesaian pusat hubungan untuk 10 penyumber luar terbaik di Filipina, lima BPO terbaik di Jepun, setiap BPO terkemuka di India, bersama ramai BPO lain di seluruh APAC.

Penawaran awan baharu ini berikutan pemerolehan Spoken Communication oleh Avaya pada tahun ini, penginovasi terkemuka dalam penyelesaian CCaaS untuk pelanggan perusahaan. Seni bina berbilang penyewa awan asli Spoken bersepadu dengan teknologi Avaya Aura dan Elite dengan lancar, menyediakan seni bina yang mantap untuk penawaran berbagai saluran Avaya seperti Oceana dan untuk penyelesaian Komunikasi Bersatu-sebagai-satu-Perkhidmatannya. Dengan Spoken kini sebahagian daripada keluarga Avaya, BPO boleh mengakses perkhidmatan suara di awan untuk pelanggan AS mereka, menyediakan mereka dengan pilihan yang lebih fleksibel dan berskala.

"Hubungan kami dengan komuniti BPO ialah satu yang sangat berharga kepada Avaya, dan kami bangga mempunyai rakan kongsi yang berpanjangan dengan banyak syarikat di rantau APAC – teras ekosistem BPO kami. Menyokong rantau ini ialah pendorong besar pelaburan, pembangunan produk dan strategi ke-pasaran kami untuk sektor BPO. Hari ini, kami menggandakan komitmen kami kepada komuniti ini, dan menyediakan pelan perjalanan untuk transformasi perjalanan pelanggan kami."

Jim Chirico, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Avaya

"Kami melihat Avaya sebagai rakan kongsi yang boleh dipercayai, entiti yang kami mahukan untuk berada di samping kami apabila kami melangkah maju dalam perjalanan transformasi kami. Avaya berkongsi visi kami dalam memanfaatkan trend teknologi baru muncul seperti analisis ucapan masa sebenar dan automasi proses robotik untuk mengubah pengalaman pelanggan, meningkatkan produktiviti, disertai dengan peralihan awan."

Sandip Sen, Ketua Pegawai Eksekutif Global, AEGIS BPO

"Kami sedang giat melabur dalam teknologi baru muncul yang boleh dimanfaatkan untuk memindahkan perkhidmatan melangkaui suara, dan membolehkan pelanggan BPO kami untuk meningkatkan kecekapan, memacu automasi dan menyediakan pelaksanaan yang lebih fleksibel. Kami memberikan pelanggan BPO kami kebebasan untuk memilih keupayaan yang mereka mahu letakkan pada awan, sambil mengurangkan gangguan perniagaan dan membolehkan mereka untuk memberi tumpuan kepada mewujudkan nilai perniagaan."

Laurent Philonenko, Naib Presiden Kanan dan Pengurus Besar, Penyelesaian dan Teknologi, Avaya

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180425/2114654-1 

Source: Avaya
Related Stocks:
NYSE:AVYA
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Outsourcing Businesses Telecommunications