omniture

Kavalan menang Anugerah 'Terbaik dalam Kelas' dan 9 'Emas Berganda' di San Francisco

Kavalan
2018-05-03 09:57 907

TAIPEI, Taiwan, 3 Mei 2018 /PRNewswire/ -- Kavalan telah memperlihatkan prestasi terhebatnya di Pertandingan Minuman Beralkohol Dunia San Francisco (SFWSC) tahun ini, dengan memenangi trofi Terbaik dalam Kelas serta kemenangan mencatat rekod 9 Emas Berganda, jumlah pingat yang sangat hebat untuk wiski rintis Taiwan setakat ini bagi tahun 2018.

Kavalan menang Anugerah ‘Terbaik dalam Kelas’ dan 9 ‘Emas Berganda’ di San Francisco
Kavalan menang Anugerah ‘Terbaik dalam Kelas’ dan 9 ‘Emas Berganda’ di San Francisco

Keputusan ini dicatatkan dalam salah satu tahun SFWSC yang paling kompetitif dengan 2,200 peserta. Wiski-wiski yang berjaya ialah:

Wiski Malt Tunggal Lain Terbaik & Pingat Emas Berganda

  • Wisi Malt Tunggal King Car Conductor, Taiwan [46%]

Pingat Emas Berganda sahaja – berikut kesemuanya adalah Malt Tunggal, Kekuatan Tong Tunggal

  • Kavalan Solist Oloroso Sherry Cask [57.1%]
  • Kavalan Solist Fino Sherry Cask [57%]
  • Kavalan Solist Vinho Barrique [56.3%]
  • Kavalan Podium [46%]
  • Kavalan Distillery Reserve Peaty Cask [57.1%]
  • Kavalan Distillery Reserve Rum Cask [57.8%]
  • Kavalan Solist Amontillado Sherry Cask [57.1%]
  • Kavalan Solist Manzanilla Sherry Cask [58.6%]

Ketua Pegawai Eksekutif Kavalan, En. YT Lee berkata bahawa pemenang "Malt Tunggal Lain Terbaik", King Car Conductor dilancarkan menerusi nama kumpulan induk King Car bagi menonjolkan ciri kepelbagaian dan inovasinya. "Conductor bersifat pelbagai, kompleks dan halus," kata beliau.

Kavalan disenaraikan sebagai salah satu wiski baharu yang paling hebat yang boleh didapati dalam Laporan Jenama-jenama Tahunan 2018. Tinjauan terhadap ketua pelayan bar, pengurus dan pemilik ini melibatkan 50 kumpulan Bar Terbaik Dunia, Bar Terbaik Asia, Anugerah Time Out Bar, Anugerah CLASS Bar, Anugerah Tales of the Cocktail Spirited serta Anugerah Pengadunan dan Pelayan Bar Australia.

Tahun lalu, Kavalan meraih hadiah terhebat dalam International Wine and Spirit Competition (IWSC) 2017: "Penyuling Terbaik Tahunan", yang mengiktiraf pengeluar minuman beralkohol yang terbaik mencakupi gin, vodka, brandi, rum dan likueur berserta wiski.

Latar Belakang Kavalan Whisky

Kilang penyulingan wiski pertama Taiwan telah mempelopori seni pembuatan wiski malt tunggal sejak tahun 2006. Kavalan dimatangkan dalam keadaan lembap dan panas yang tinggi, namun turut memanfaatkan bayu laut dan gunung, serta mata air dari Gunung Salji, yang digabungkan untuk menciptakan rasa berkrim Kavalan yang terkenal. Nama kilang penyulingan ini berasal daripada nama lama Wilayah Yilan, iaitu lokasi kilangnya, dan disokong oleh 30 tahun pengalaman dalam pembuatan minuman di bawah syarikat induknya, King Car Group. Kavalan telah mengumpul lebih 270 anugerah emas dan boleh didapati di 60 negara. Layari www.kavalanwhisky.com/EN/main.aspx

HUBUNGI:

Yvonne Chou
886-3922-9000#7162
yvonne@kavalandistillery.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180502/2121687-1

Source: Kavalan
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Food/Beverages Awards