omniture

DERMALOG Catat Rekod Dunia Baharu Padankan 3.6 Bilion Cap Jari Sesaat

DERMALOG Identification Systems GmbH
2018-05-04 00:57 795

HAMBURG, Jerman, 4 Mei 2018 /PRNewswire/ --

Hasil daripada pengiktirafan berkelajuan tinggi biometrik DERMALOG, peluang memadankan cap jari seluruh penduduk dunia dapat dilakukan dalam beberapa saat. SGS-TÜV Saar telah menguji penyelesaian pengecaman inovatif syarikat dan mengesahkan catatan rekod kelajuan baharu.

generated by system

Lebih 7.5 bilion penduduk kini mendiami Bumi. Bagi teknologi DERMALOG, jumlah yang besar ini hanyalah satu latihan lima jari kerana dengan menggunakan penyelesaian pengecaman cap jari syarikat, seluruh populasi dunia boleh disemak dalam beberapa saat. Sistem ini membandingkan sekitar 3.6 bilion jari sesaat dan mengesan padanan yang sesuai dengan tepat. Hal ini menjadikannya sebagai pengecaman cap jari yang paling pantas di dunia. Baru-baru ini, SGS-TÜV Saar menguji penyelesaian DERMALOG menurut piawaian antarabangsa ISO/IEC 19795-1 dan mengesahkan kelajuan tingginya.

Pakar-pakar TÜV turut memperakui syarikat yang berpangkalan di Hamburg itu bagi pemadanan ciri-ciri biometrik yang lain seperti wajah dan iris dengan prestasi yang sangat baik. "Ujian-ujian ini membuktikan bahawa inovasi kami menerajui semua kaedah pengenalan biometrik yang penting," kata Ketua Pegawai Eksekutif DERMALOG Günther Mull. "Keputusan daripadanya juga menjadi jawapan yang sesuai terhadap peningkatan permintaan dalam bidang pengecaman biometrik yang memerlukan jumlah data yang semakin banyak untuk diproses dalam tempoh sesingkat mungkin."

DERMALOG menggabungkan pengenalan berkelajuan tinggi dengan Sistem Pengenalan Biometrik Automatik (ABIS). Sistem multimod ini menyediakan pemadanan cap jari dan tapak tangan serentak selain raut wajah dan corak iris. Ini menjadikan ABIS DERMALOG jauh lebih tepat berbanding penyelesaian yang hanya menggunakan satu ciri biometrik. Sistem biometrik DERMALOG digunakan di 85 negara untuk perkhidmatan pembayaran biometrik serta untuk pengurusan sempadan dan perkhidmatan awam yang lain.

Untuk maklumat lanjut, layari http://www.dermalog.com .

Perhubungan akhbar:

DERMALOG Identification Systems GmbH
Sven Böckler
Perhubungan Akhbar
Mittelweg 120
20148 Hamburg
Jerman
Telefon: +49(40)413227-0
Faks: +49(40)413227-89
Emel: info@dermalog.com

Source: DERMALOG Identification Systems GmbH
Keywords: Computer Software Computer/Electronics High Tech Security Awards