omniture

Xi'an Anjur Regata Cabaran Sungai Bahe Rentas Selat 2018

Xi'an Chan-Ba Ecological District
2018-05-04 10:57 780

XI'AN, China, 4 Mei 2018 /PRNewswire/ -- Regata Mendayung Kolej Cabaran Sungai Bahe 2018 ("Cabaran Sungai Bahe ") dianjurkan di Daerah Ekologi Chan-Ba Xi'an. Sebanyak lima belas pasukan dari Tanah Besar China dan Taiwan, termasuk Chinese Cultural University Taiwan dan Taoyuan City Rowing Union, bersaing di kawasan perlumbaan yang tidak tercemar di Daerah Ekologi Chan-Ba Xi'an (CBE).

CBE telah menganjurkan bilangan acara sukan air antarabangsa yang semakin bertambah beberapa tahun kebelakangan ini, termasuk F1 Powerboat World Championship Grand Prix. Ia merupakan penunjuk keadaan ekologi daerah tersebut yang semakin baik kualitinya.

"Tahniah kepada semua pasukan yang berjaya dengan kemenangan mereka yang mengujakan, dan kepada semua yang bersaing dalam Cabaran Sungai Bahe tahun ini," kata Zhang Tao, Timbalan Pengarah CBE. "Penganjuran acara-acara sukan air memerlukan ekosistem yang baik dan ini menjadi salah satu ciri menarik kami yang ikonik. CBE akan terus meningkatkan piawaian ekologi kami dan berusaha bersama-sama organisasi-organisasi sukan antarabangsa bagi menganjurkan lebih banyak acara demi membangunkan jenama kami sebagai lokasi sukan air antarabangsa bertaraf dunia."

Ini merupakan tahun ke-4 CBE menganjurkan Cabaran Sungai Bahe. Pihak penganjur mengekalkan piawaian kualiti air yang tinggi, yang dengan bangganya dapat dipenuhi oleh CBE tahun demi tahun. Bagi memberikan pertandingan mendayung dengan lokasi tetap di CBE, pusat latihan mendayung Chan-Ba ditubuhkan pada Januari 2017 dengan kerjasama Persatuan Mendayung Kolej China, Kelab Mendayung Kolej Kebangsaan, Persatuan Sukan Air Wilayah Shaanxi dan Kelab Mendayung Universiti Jiaotong Xi'an.

Air ialah ciri utama dalam CBE. Daerah luas yang mencakupi kawasan seluas 129 km2, ia mempunyai satu taman tanah lembap negara, tiga taman tanah lembap serantau, 18 taman sungai dan satu taman pameran hortikultur dunia. Sejak ditubuhkan pada tahun 2004, CBE telah menjalankan program-program pengurusan sungai dan ekologi holistik yang telah menaikkan standard ekologi daerah ke tahap semasa. Sebanyak 23 projek masa depan berkisarkan laluan air dan kawasan hijau telahpun dirancang.  

Latar Belakang Daerah Ekologi Chan-Ba Xi'an (CBE)

Ditubuhkan pada September 2004, Daerah Ekologi Chan-Ba ialah sebuah kawasan pembangunan bandar di Xi'an yang mana zon-zon perlindungan ekologi mengelilingi kawasan-kawasan perindustrian dan kediaman bagi mewujudkan persekitaran alam semula jadi/bandar yang harmoni. Ia mempunyai kawasan terancang seluas 129 km2, dengan 89 km2 boleh dieksploitasi dengan infrastruktur yang lengkap. Pada Julai 2011, CBE diiktiraf oleh Kementerian Perlindungan Alam Sekitar sebagai salah satu daerah ekologi negara pertama di barat laut China.

Hubungi:

Guangluan He
+86 29-83596004  
19565164@qq.com

Source: Xi'an Chan-Ba Ecological District
Keywords: Environmental Products & Services Sporting Events Sports