omniture

Dunia Bercahaya sempena Kemenangan Liga Perdana Manchester City

Manchester City
2018-05-08 00:31 745

MANCHESTER, England, 8 Mei 2018 /PRNewswire/ --

  • Imej pemain-pemain Manchester City ditayangkan pada bangunan di setiap bandar asal mereka di seluruh dunia   
  • Lokasi-lokasi dipilih lantaran perkaitan peribadi kepada setiap pemain, termasuk kelab bola sepak semasa kanak-kanak dan sekolah lama mereka
  • Pemain-pemain dikejutkan dengan projeksi cahaya bagi meraikan pencapaian kemenangan mereka dalam Liga Perdana  

Bagi meraikan kemenangan Liga Perdana Manchester City, beberapa projeksi cahaya diadakan malam tadi di setiap bandar asal pemain-pemain di seluruh dunia. Projeksi ini, yang tersebar merentasi 25 bandar di tiga benua, merupakan satu kejutan istimewa kepada para pemain selepas mereka menjulang trofi Liga Perdana di Stadium Etihad semalam.

generated by system

generated by system

generated by system

generated by system

generated by system

generated by system

generated by system

Setiap pemain yang menjadi sebahagian daripada kempen kemenangan gelaran tersebut, pengurus Pep Guardiola dan kakitangan kejurulatihan beliau ditonjolkan dalam projeksi cahaya yang dimulakan dengan imej skuad di Dewan Bandar Manchester malam tadi. Setiap lokasi dipilih lantaran perkaitan peribadinya dengan pemain, bermula daripada padang pertama yang mereka pernah bermain kepada sekolah semasa zaman kanak-kanak mereka.

Lokasi-lokasinya termasuk favela di Sao Paulo iaitu tempat di mana Gabriel Jesus pertama kali belajar bermain bola sepak, pantai di Gran Canaria, lokasi yang pernah menjadi pilihan David Silva semasa kecil untuk mengasah kemahiran beliau dan lokasi kelab pertama Kevin De Bruyne di Belgium yang mana para pemain bola sepak muda bersaing untuk merebut 'Kevin De Bruyne Cup' setiap tahun. Projeksi tersebut turut diadakan di Jerman iaitu mercu tanda tempatan yang ditatukan Leroy Sané di belakang badannya. Projeksi-projeksi cahaya turut diadakan di City Football Academy, Manchester bagi mengiktiraf para pemain yang telah lulus daripada Akademi tersebut bagi menyertai pasukan pertama musim ini.

Ketua pegawai operasi Manchester City, Omar Berrada berkata: "Ini merupakan satu projek bercita-cita tinggi dan menarik yang kami cukup berbesar hati untuk menonjolkannya sepanjang 24 jam yang lalu. Semalam merupakan hari yang hebat di Manchester tatkala kami menjulang trofi Liga Perdana dan kami ingin melakukan sesuatu yang dekat di hati pemain kami dan melanjutkan perayaan ini ke bandar-bandar asal mereka."

"Reaksi daripada para pemain sungguh hebat, mereka berbesar hati dapat melihat pencapaian Liga Perdana mereka dipaparkan di lokasi-lokasi istimewa sedemikian dan membolehkan para peminat tempatan untuk turut serta. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan dan keluarga pemain atas bantuan mereka bagi menjayakan projek ini."

Untuk melihat foto dan video setiap projeksi, layari http://www.mancity.com atau platform media sosial Kelab.

Lokasi-lokasi setiap projeksi (disusun mengikut nombor skuad):

  • Skuad penuh: Dewan Bandar Manchester, UK
  • Pep Guardiola: Dewan perbandaran Santpedor di kampung halaman Pep di Sepanyol
  • Kyle Walker: Lansdowne Estate di Sharrow, Sheffield, UK tempat di mana Kyle pernah bermain bola sepak bersama rakan-rakan semasa kecil
  • John Stones: Sekolah lama John, Penistone Grammar School di Barnsley, UK
  • Raheem Sterling: Copland Community School di Wembley, UK tempat di mana Raheem bermain untuk pasukan bola sepak semasa membesar
  • Fabian Delph: sekolah lama Fabian, Tong Leadership Academy di Bradford, UK
  • Brahim Diaz: Escuela de Futbol Tiro Pichón di Málaga, tempat di mana Brahim pertama kali dilatih sebagai pemain bola sepak
  • Phil Foden: Jejambat Stockport di kampung halaman Phil.
  • David Silva: Pantai di mana David pernah bermain bola sepak semasa kecil di Playa las Marañuelas in Arguineguín, Gran Canaria
  • Bernardo Silva: sekolah lama Bernardo, Colégio Valsassina di Lisbon
  • Aymeric Laporte: Place des Laitiers di Agen, Perancis, tempat di mana Aymeric membesar
  • Benjamin Mendy: Kelab bola sepak pertama Benjamin US Palaiseau di Paris,
  • Ilkay Gündogan: Stadium Gelsenkirchen Hessler 06's di Jerman, tempat di mana Ilkay pertama kali bermain bola sepak
  • Leroy Sané: Mercu tanda Himmelsleitter di Essen, Jerman, yang ditatu Leroy di belakang badannya
  • Vincent Kompany: Blok menara Helihavenlaan 35 di Brussels, Belgium, tempat di mana Vincent membesar
  • Kevin De Bruyne: Di tapak pasukan terdahulu beliau, Drogen di Ghent, Belgium yang kini menganjurkan Piala Kevin De Bruyne setiap tahun
  • Oleksandr Zinchenko: Istana Radomyshl di kampung halaman Oleksandr di Radomyshl, Ukraine
  • Yaya Touré: Akademi bola sepak terdahulu Yaya ASEC Mimosas di Abidjan, Ivory Coast
  • Claudio Bravo: Kedai di Viluco, Santiago, Chile yang merupakan milik ibu bapa beliau dan tempat beliau membesar
  • Danilo: Gereja kejiranan Danilo di Bicas, Brazil, tempat di mana beliau pernah berkunjung semasa kecil
  • Fernandinho: Padang bola sepak pertama Fernandinho di Londrina Paraná, Brazil
  • Ederson: Padang bola sepak pertama Ederson di Osasco, Sao Paulo di Brazil
  • Gabriel Jesus: Padang bola sepak pertama Gabriel di favela, Jardim Peri, Sao Paulo di Brazil
  • Sergio Agüero: Kelab bola sepak pertama Sergio Loma Alegre Football Club di Buenos Aires, Argentina
  • Nicolás Otamendi: Gereja keluarga Nicolás di La Paloma, Buenos Aires, Argentina
  • Eliaquim Mangala: Kelab bola sepak AC Lustin di Namur, Belgium, kelab pertama Eliaquim bermain apabila beliau berpindah ke Belgium
  • Tosin Adarabioyo, Daniel Grimshaw, Lukas Nmecha dan Arijanet Muric: Projeksi di seluruh City Football Academy di Manchester, UK, tempat di mana para pemain dilatih sepanjang masa mereka di Akademi Kelab
  • Kakitangan pengurusan dan kejurulatihan: Kompleks latihan City Football Academy di Manchester, UK

https://boardwalkstudio.app.box.com/s/vhh37sihzcrus4o9yqvnir8wlp1iztep/folder/49162479680  

Source: Manchester City
Keywords: Sporting Events Sports