omniture

FE CREDIT Lancar MPlus+, Penyelesaian Penyerahan Kad Kredit Digital Unik

Bolehkan pemegang kad mulakan perjalanan tanpa tunai sebelum kad fizikal diserahkan
FE CREDIT
2018-05-08 13:30 939

BANDAR RAYA HO CHI MINHVietnam, 8 Mei 2018 /PRNewswire/ -- VPBank Finance Company Limited (FE CREDIT) melancarkan MPlus+ Card, penyelesaian kad kredit digital unik sebagai lanjutan kepada rangkaian produk kad fizikal sedia ada yang menumpu pada peserta kategori.

Mengeluarkan kad untuk pengguna kad pertama kali di seluruh Vietnam, FE CREDIT mempunyai cabaran tersendiri apabila pemegang kad di kawasan-kawasan berjarak jauh kadang kala menerima kad fizikal hampir 15 hari selepas mendapat kelulusan. Bagi merapatkan jurang ini, FE CREDIT mencipta penyelesaian kad digital unik ini, 'MPlus+ Card'. Diserahkan dengan selamat kepada telefon bimbit berdaftar milik pemegang kad selepas mendapat kelulusan kad, MPlus+ membolehkan pemegang kad memulakan pengembaraan tanpa wang bagi e-dagang dan transaksi tanpa kad dengan serta merta.   

MPlus+ Card, a unique digital credit card solution in Vietnam
MPlus+ Card, a unique digital credit card solution in Vietnam

En. Kalidas Ghose, Ketua Pegawai Eksekutif FE CREDIT berkata, "Sebagai peneraju pasaran, FE CREDIT menyasarkan untuk menjadi pengeluar pilihan bagi pelanggan pasaran besar-besaran. MPlus+ Card ialah satu lagi contoh usaha ini."

En. Nimish Dwivedi, Pengarah Pusat Perniagaan Kad Kredit FE CREDIT menyambung, "Objektif kami adalah untuk mencipta penyelesaian unik untuk masalah yang unik. Hari ini, pelanggan menginginkan kepuasan segera; maka terciptalah MPlus+ Card, penyelesaian penyerahan kad digital berbeza yang memperkasa penggunaan kad sebelum mereka menerima kad fizikal mereka."

En. Arn Vogels, Pengurus Negara, MasterCard, "Kami berasa amat teruja dengan pelancaran program MPlus+, penyerahan kad kredit digital pertama di Vietnam. Faedah utama adalah pengguna akan berpeluang untuk mula membuat belian dalam talian dan menikmati tawaran MasterCard serta merta, manakala penyerahan kad berkenaan akan mengambil masa beberapa hari."  

Latar Belakang FE CREDIT

Perintis bagi Kewangan Pengguna, FE CREDIT mewujudkan asas yang kukuh untuk menjadi peneraju pasaran bagi pinjaman pengguna tidak bercagar & pasaran kad kredit. Pada masa kini, FE CREDIT menyediakan perkhidmatan kewangan pengguna seperti pinjaman peribadi, pinjaman tunggangan dua roda, pinjaman tahan lama pengguna serta kad kredit. FE CREDIT menawarkan perkhidmatan kepada hampir 7 juta pelanggan, bekerjasama dengan 7,000 rakan kongsi merentasi 11,000 Titik Jualan (POS) seluruh negara.   

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Pusat Pemasaran FE CREDIT - VPBank Finance Company Limited
Alamat: Tingkat 2, Menara REE, No. 9 Doan Van Bo, Wad 12, Daerah 4, Bandar Raya Ho Chi Minh
Telefon: (028) 3911 5212
Emel:
pr@fecredit.com.vn
Laman Sesawang:
www.fecredit.com.vn

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180504/2124463-1

Source: FE CREDIT
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce Multimedia/Online/Internet Telecommunications New products/services