omniture

WORLD CLASS: Apakah Koktel Paling Popular di Dunia Kini?

WORLD CLASS
2018-05-09 18:55 890

LONDON, 9 Mei 2018 /PRNewswire/ -- Hari Koktel Sedunia (13 Mei 2018) akan tiba tidak lama lagi – dan dengannya beberapa penemuan menarik baharu tentang minuman mana yang popular masa ini. Penyelidikan terkini itu pula tiba tepat pada masanya – dengan pengambilan koktel yang semakin meningkat di seluruh dunia.

generated by system

generated by system

'Old Fashioned' telah diumumkan oleh pengeluar minuman keras terbesar dunia, Diageo, sebagai minuman paling popular yang dipesan di bar masa ini, menurut tinjauan ke atas pelayan-pelayan bar terbaik di dunia.

Dipesan oleh James Bond sendiri dalam Thunderball, ia dibuat dengan mencampurkan gula dengan arak pahit, tuangan wiski bourbon yang banyak, seperti bourbon Bulleit, dan sedikit parutan kulit sitrus. Ia secara tradisinya dihidangkan dalam gelas pendek yang dipanggil 'gelas Old Fashioned' – yang mewujudkan jolokannya itu. Dan kini ia telah dinobatkan sebagai koktel pilihan pengguna.

Diageo World Class menjalankan tinjauan meluas mengenai pilihan pengguna baru-baru ini, bertepatan untuk Hari Koktel Sedunia 2018. Segala usaha telah dijalankan dalam mencari rahsia koktel dari belakang bar di seluruh dunia dengan responden dari campuran pelbagai negara/wilayah, termasuk: Puerto Rico, Portugal, Greece, Norway, Iceland, Emiriah Arab Bersatu, Beirut, AS, Kanada, Hong Kong dan Filipina.

Mengikut rapat di belakang Old Fashioned ialah si kuda hitam Itali 'Negroni' – yang dibuat dengan satu bahagian gin Tanqueray No.TEN, satu bahagian vermouth rosso, satu bahagian aperitif Itali dan dihiasi dengan kulit limau.

Tarikan retro Old Fashioned dan Negroni merupakan sebahagian daripada revolusi koktel yang menawan dunia dengan pantas. Dalam laporan IWSR terkini, jumlah bir turun sebanyak 1.8% di seluruh dunia, dan jualan wain menurun sebanyak 0.08% (analisis pasaran minuman IWRS 2016). Tetapi jualan minuman keras seperti gin dan wiski, semakin meningkat. Generasi milenia yang meneraju peningkatan koktel, dengan hampir 9 dari 10 (88%) peminum muda menikmati minuman campuran ketika keluar bersuka ria (Cellar Trends). Hal ini kerana, menurut Pelayan Bar Terbaik Tahun 2017 World Class Kaitlyn Stewart, para pengguna tidak lagi melihat koktel sebagai minuman tambahan.

 "Old Fashioned dan Negroni ialah koktel klasik yang malar sepanjang zaman. Terdapat banyak variasi, tetapi apabila dibuat dengan sempurna di mana-mana bar di seluruh dunia, rasa mereka tetap seperti apa yang anda inginkan," kata Stewart.

Whisky Sour, Margarita dan Moscow Mule menyusul, apabila kita menyebut tentang minuman yang disukai pelanggan masa kini. Espresso Martini, Daiquiri, Dry Martini, Tom Collings dan Manhattan juga memasuki senarai 10 kegemaran teratas.

"Mana-mana koktel terbaik boleh dibuat di rumah dengan mudah. Terdapat kecenderungan resipi tiga bahan yang boleh dicuba oleh mana-mana pelayan bar di rumah dengan mudah. Cuma dapatkan produk berkualiti seperti wiski Johnie Walker Black Label, Ketel One Vodka, Zacapa Rum atau wiski malt tunggal yang berkualiti seperti Talisker di bar rumah anda, anda berada di sepertiga jalan untuk berjaya!" tambah Stewart.

"Kami telah meninjau pelayan-pelayan bar terbaik dunia dari seluruh pelusuk dunia dan luar biasa sekali apabila menyaksikan zaman pembaharuan koktel yang penting dan abadi ini semakin meningkat di mana-mana," kata Pembuat Koktel Global, Lauren Mote. "Revolusi koktel berada di sini dan inilah masa untuk menerimanya!"

Old Fashioned

2 auns Bourbon Bulleit

4 titik Angostura Bitters

1 kiub gula

1 kulit oren

22.6 gram alkohol (mengikut ml penyediaan)

Negroni

0.75 auns Gin Tanqueray No.TEN

0.75 auns likuer Itali

0.75 auns Sweet Vermouth

14.4 gram alkohol (mengikut ml penyediaan)

Whisky Sour

1.5 auns Johnnie Walker Black Whisky

0.75 auns Jus limau

0.5 auns sirap mudah (nisbah 1:1)

1 putih telur

2 titik Angostura Bitters

14.5 gram alkohol (mengikut ml penyediaan)

Margarita

1.5 auns Don Julio Blanco Tequila

0.5 auns likuer oren

0.75 auns jus limau nipis

0.25 auns sirap mudah (nisbah 1:1)

Rim garam (pilihan)

17.1 gram alkohol (mengikut ml penyediaan)

Moscow Mule

1.5 auns Cîroc Vodka

0.5 auns jus limau nipis

3.5 auns bir halia

14.2 gram alkohol (mengikut ml penyediaan)

Espresso Martini

1.5 auns Ketel One Vodka

0.5 auns likuer kopi

1 auns kopi bru sejuk

0.5 auns sirap mudah (nisbah 1:1)

16.6 gram alkohol (mengikut ml penyediaan)

Daiquiri

2 auns Zacapa Rum

1 auns jus limau nipis

0.75 auns sirap mudah (nisbah 1:1)

18.9 gram alkohol (mengikut ml penyediaan)

Dry Martini

2 auns Gin Tanqueray No. TEN

0.25 auns Dry Vermouth

1 titik arak pahit oren

21.3 gram alkohol (mengikut ml penyediaan)

Tom Collins

1.5 auns Gin Tanqueray No.TEN

0.5 auns jus limau nipis

0.25 auns Jus limau

0.25 auns sirap mudah

Letak sedikit soda

15.3 gram alkohol (mengikut ml penyediaan)

Manhattan

1.5 auns Wiski Bulleit Rye

0.5 auns Sweet Vermouth

2 titik Angostura Bitters

1 titik arak pahit oren

16.7 gram alkohol (mengikut ml penyediaan)

Source: WORLD CLASS
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Food/Beverages Survey, Polls & Research