BASEL, Switzerland, 10 Mei 2018 /PRNewswire/ --
Ascensia Diabetes Care hari ini mengumumkan bahawa ia kini telah melancarkan versi yang dipertingkatkan bagi aplikasi CONTOUR®DIABETES di 24 negara di seluruh dunia. Versi terkini termasuk ciri My Patterns baharu, yang menggunakan algoritma inovatif untuk menganalisa keputusan glukosa darah yang diterima daripada meter CONTOUR®NEXT ONE dengan lebih pintar, dan memberikan maklum balas peribadi yang lebih bermakna kepada pesakit. Maklum balas ini direka untuk membantu pesakit meningkatkan pengurusan kendiri diabetes dan mengekalkan perubahan gaya hidup yang positif.
Aplikasi CONTOUR®DIABETES yang telah dinaik taraf telah dilancarkan baru-baru ini di Austria, Belgium, Kanada, Cyprus, Republik Czech, Denmark, Finland, Perancis, Greece, India, Itali, Luxembourg, Belanda, Norway, Poland, Portugal, Sweden, Slovenia, Sepanyol, Switzerland, dan AS, tambahan kepada pelancaran di Jerman, UK dan Ireland yang berlangsung pada hujung tahun 2017. Pelancaran baharu ini boleh didapati di Apple App Store (iOS) dan Google Play (Android).
App CONTOUR®DIABETES ini telah pertama kalinya dilancarkan dalam tahun 2016 dan direka untuk dihubungkan ke meter† CONTOUR®NEXT ONE dengan lancar. Ciri My Patterns pada aplikasi CONTOUR®DIABETES yang dinaik taraf menganalisa data yang diterima daripada meter tersebut untuk mengenal pasti dan memaklumkan pengguna corak sub-optimum dalam bacaan glukosa darah mereka. Sebaik sahaja ia memaklumkan pengguna bahawa corak sudah dikenal pasti, aplikasi CONTOUR®DIABETES akan memberi makluman kepada pengguna tentang kemungkinan penyebab corak dan menyediakan bimbingan untuk membantu menanganinya. Ia membolehkan pesakit untuk menetapkan peringatan atau menggunakan pelan ujian untuk membantu memperbaiki corak glukosa gula mereka, dan akan mengikuti kemajuan mereka untuk melihat sekiranya corak itu bertambah baik dari semasa ke semasa*. Versi terkini aplikasi termasuk keupayaan untuk mengenal pasti 14 corak berbeza dan menggunakan 11 pelan ujian berstruktur yang berbeza. Aplikasi ini akan terus berkembang di masa hadapan untuk memasukkan corak tambahan dan pelan ujian, serta menambah ciri dan fungsi baharu.
My Patterns telah dibangunkan menggunakan konsep sains tingkah laku berdasarkan bukti daripada model Maklumat, Motivasi dan Kemahiran Tingkah Laku (IMB) bagi perubahan tingkah laku kesihatan, yang dipelopori oleh ahli psikologi kesihatan Dr. William Fisher dan Dr. Jeffrey Fisher. Model yang dikaji dengan baik ini menunjukkan bahawa mereka yang menghidap diabetes memerlukan maklumat yang boleh diambil tindakan, motivasi untuk bertindak berdasarkan maklumat dan set kemahiran tingkah laku yang khusus, untuk membuat perubahan bagi memperbaiki pengurusan kendiri diabetes mereka. Kajian untuk menilai model ini telah menunjukkan bahawa kehadiran ketiga-tiga elemen pada mereka yang menghidap diabetes dikaitkan dengan ujian glukosa darah yang lebih kerap dan tindakan[1] pengurusan kendiri yang lebih baik. Ciri My Patterns aplikasi CONTOUR®DIABETES direka untuk membantu pengguna dalam tiga bidang ini dan menyokong pengurusan kendiri yang lebih berkesan, yang didayakan oleh teknologi.
Dr. William Fisher, Profesor Psikologi dan ahli psikologi kesihatan di Western University, London, Kanada, mengulas: "Pengurusan kendiri adalah penting dalam diabetes, dan penyelidikan selama tiga dekad terhadap model Maklumat-Motivasi-Kemahiran Tingkah Laku bagi tingkah laku kesihatan menunjukkan bahawa individu yang bermaklumat dan sangat bermotivasi yang mempunyai kemahiran yang diperlukan untuk memulakan dan mengekalkan tingkah laku kesihatan boleh melakukannya dengan berkesan dan dalam jangka masa yang panjang. Model IMB - yang menekankan penyediaan maklumat pengurusan diri diabetes yang boleh dilaksanakan, bermotivasi untuk bertindak, dan pembangunan kemahiran untuk bertindak dengan berkesan – membantu membimbing pembangunan versi terbaharu aplikasi CONTOUR®DIABETES untuk mewujudkan alat yang boleh diakses dan intuitif yang menggunakan model tingkah laku kesihatan berasaskan bukti yang disampaikan melalui teknologi terkini, untuk membolehkan pengurusan kendiri diabetes yang lebih berkesan dan diperibadikan."
Michael Kloss, Ketua Pegawai Eksekutif, Ascensia Diabetes Care, menerangkan: "Ciri My Patterns pada aplikasi CONTOUR®DIABETES baharu mewakili kemajuan sebenar dalam penggunaan data bagi pengurusan diabetes. Ia boleh mendedahkan corak dalam bacaan glukosa darah yang mungkin tidak boleh dikenal pasti oleh pesakit dan menyediakan peringatan yang disesuaikan yang boleh menyokong pengurusan kendiri yang dipertingkatkan. Ia boleh membantu mereka yang menghidap diabetes kekal berada pada landasan yang betul pada waktu sela antara pertemuan doktor mereka dan dapat menyediakan maklumat bermakna untuk perundingan yang lebih bermakna."
Michael menambah: "Kami sangat teruja kerana boleh membawakan inovasi baharu ini kepada pesakit. Di Ascensia, kami mendengar maklum balas daripada mereka yang menghidap diabetes tentang keperluan mereka, dan kami terus melabur dalam pembangunan berterusan aplikasi CONTOUR®DIABETES, supaya kami boleh menyediakan penyelesaian yang menjadikan pengurusan kendiri diabetes lebih baik, lebih mudah dan lebih pintar."
CONTOUR®NEXT ONE BGMS juga merupakan sistem yang paling tepat yang telah dibangunkan oleh Ascensia Diabetes Care sehingga kini. Data kajian yang diterbitkan telah menunjukkan CONTOUR®NEXT ONE BGMS yang sangat tepat, memenuhi kriteria ketepatan[2] EN ISO 15197:2015 di makmal dan ketetapan klinikal. Satu kajian menunjukkan bahawa 95% daripada keputusan berada dalam julat nilai rujukan makmal ±8.4 mg/dL atau ±8.4% untuk kepekatan glukosa < 100 mg/dL atau ≥ 100 mg/dL, masing-masing, apabila diuji melalui subjek yang diperolehi daripada keputusan tusukan jari[3].
† Sila semak senarai kesesuaian peranti anda di http://compatibility.contourone.com/ untuk memastikan peranti anda boleh dipadankan dengan aplikasi CONTOUR®DIABETES.
* Maklumat yang disediakan oleh aplikasi CONTOUR®DIABETES tidak dianggap sebagai nasihat perubatan dan hanya untuk tujuan maklumat sahaja. Pesakit harus berbincang dengan HCP mereka sebelum membuat sebarang perubahan kepada diet, rawatan atau senaman.
1. Fisher WA, Kohut T, Schachner H, Stenger P. The Diabetes Educator (2011) 37;1:85-94
2. International Organization for Standardization (2015). In vitro diagnostic test systems-requirements for blood-glucose monitoring systems for self-testing in managing diabetes mellitus (EN ISO 15197:2015)
3. Christiansen et al. Poster dibentangkan pada Mesyuarat Tahunan Persatuan Teknologi Diabetes ke-15, 22-24 Oktober, 2015, Bethesda, Maryland
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Joseph Delahunty
Naib Presiden, Ketua Komunikasi Global, Ascensia Diabetes Care
joseph.delahunty@ascensia.com
+41-79-422-9286