omniture

Kedudukan Bandaraya Pelajar Terbaik 2018 QS

QS Quacquarelli Symonds
2018-05-10 05:08 868

LONDON, 10 Mei 2018 /PRNewswire/ --

London ialah bandar pelajar terbaik di dunia buat pertama kali - ia telah umumkan. Edisi kelima QS Best Student Cities Ranking,  dikeluarkan hari ini oleh penganalisa QS Quacquarelli Symonds, menyaksikan London menggantikan Montreal Kanada sebagai peneraju dunia.

London melonjak ke tangga pertama terutamanya disebabkan oleh maklum balas yang semakin positif terhadap tinjauan QS, yang menyoal pelajar tentang kualiti pengalaman di sebuah bandar, dan kesanggupan mereka untuk kekal di sana selepas menamatkan pengajian. Ia naik 10 anak tangga ke-13 di penunjuk Student View QS.

Pemerhatian Utama:

  • Tokyo mencapai tangga kedua, kedudukannya yang tertinggi;
  • Melbourne meningkat dari tangga kelima ke ketiga;
  • Tiada bandaraya AS mencapai kedudukan 10 teratas;
  • Bandaraya-bandaraya AS menyaksikan kemerosotan di kedudukan mereka untuk Kemampuan, Kegiatan Majikan, dan Campuran Pelajar;
  • Zurich (kelapan) memasuki sepuluh terbaik, meningkat lima anak tangga;
  • Jerman dan Australia kedua-duanya mencapai dua kedudukan sepuluh teratas;
  • Bandaraya pelajar terbaik Amerika Latin ialah Buenos Aires, yang melonjak dari kedudukan ke-42 ke ke-25;
  • Secara keseluruhannya, QS menaraf 100 bandaraya terbaik dunia.

Metodologi

QS menggunakan enam kumpulan penunjuk untuk mengumpulkan kedudukan, masing-masing menganalisa aspek berlainan yang berkaitan dengan calon pelajar.

  1. Kedudukan;
  2. Campuran Pelajar;
  3. Kebolehinginan;
  4. Kegiatan Majikan;
  5. Kebolehmampuan;
  6. Pandangan Pelajar.

Kedudukan Bandaraya Pelajar Terbaik 2018 QS: 10 Terbaik


RANK
2018

RANK

2017

  CITY

RANKINGS

RANK  

STUDENT

MIX
RANK

DESIRABILITY
ANK

EMPLOYER

ACTIVITY 

RANK

AFFORDABILITY

RANK

STUDENT

VIEW
 RANK

1

3

London

1

7

18

2

113

13

2

7

Tokyo

4

72

2

1

51

17

3

5

Melbourne

11

1

8

10

102

3

4

1

Montreal

25

5

10

20

69

1

5

2

Paris

2

24

20

7

92

27

6

9

Munich

27

40

10

23

36

2

7

6

Berlin

40

39

12

18

29

8

8

15

Zurich

20

18

5

6

80

32

9

13

Sydney

19

2

4

13

114

14

10

4

Seoul

3

57

38

4

76

23

(c) QS Quacquarelli Symonds 2004-2018 http://www.TopUniversities.com/.

Ben Sowter, Pengarah Penyelidikan di QS, berkata: "Kedudukan 2018 menonjolkan kualiti  pengalaman pelajar berpanjangan yang tersedia di London. Bandaraya ini mendapat manfaat daripada prospek pekerjaan yang cemerlang, lebih banyak universiti bertaraf dunia berbanding bandaraya lain, dan peluang gaya hidup yang menjadi keinginan ramai. Faktor-faktor ini bermakna bahawa ibu negara ini kekal menjadi tempat terbaik untuk belajar walaupun mempunyai kos yang tinggi – seperti yang telah dijelaskan oleh lebih daripada 500 responden pelajar kepada tinjauan QS."

Kedudukan penuh: https://www.topuniversities.com/best-student-cities.

Sumber: QS Quacquarelli Symonds

Source: QS Quacquarelli Symonds
Keywords: Education Higher Education Publishing/Information Service