omniture

Presiden Rusia Vladimir Putin Telah Terima FAN ID

Ministry of Telecom and Mass Communications of the Russian Federation
2018-05-10 10:00 912

MOSCOW, 10 Mei 2018 /PRNewswire/ --

Kementerian Komunikasi dan Media Massa Persekutuan Rusia telah melaporkan bahawa Presiden Persekutuan Rusia Vladimir Putin telah menerima FAN ID FIFA World Cup™ 2018. Majlis rasmi berlangsung di Pusat Pengedaran FAN ID di Taman Olimpik Sochi. Semasa acara ini, Ketua Kementerian Komunikasi dan Media Massa Persekutuan Rusia, Nikolai Nikiforov, memaklumkan Presiden Persekutuan Rusia Vladimir Putin tentang pelaksanaan projek FAN ID. Presiden FIFA Gianni Infantino juga menerima FAN ID.

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik:  https://www.multivu.com/players/uk/8325451-fan-id-vladimir-putin-world-cup/

"Rusia ialah negara yang pertama di dunia yang melaksanakan projek FAN ID pada perlawanan-perlawanan FIFA. Teknologi unik ini membolehkan pengesahan peserta pertandingan terlebih dahulu dan memastikan tahap keselamatan yang tinggi semasa perlawanan. Kami telah berjaya mencuba teknologi ini di Piala Konfederasi FIFA 2017. Secara keseluruhannya, kami boleh mengeluarkan sehingga dua juta FAN ID. Lebih 675 ribu FAN ID telah dipohon sehingga kini," kata Ketua Kementerian Komunikasi dan Media Massa Persekutuan Rusia.

FAN ID ialah kad penonton peribadi, yang merupakan sebahagian daripada sistem pengenalan peminat bola sepak. Kontraktor eksekutif untuk pelaksanaan projek ini ialah Kementerian Komunikasi dan Media Massa Persekutuan Rusia.

FAN ID ialah peribadi, dikeluarkan sekali secara percuma untuk semua perlawanan FWC2018. Setiap penonton yang membeli tiket perlawanan FWC2018 mesti menerima FAN ID. Bagi mendapatkannya, penonton mestilah menyerahkan permohonan di http://fan-id.ru/ atau mendaftar di Pusat Pengedaran FAN ID. Digabungkan dengan tiket perlawanan, FAN ID memastikan akses yang selesa dan cepat untuk ke stadium bagi semua penonton. Penonton warga asing boleh memasuki Rusia dengan FAN ID tanpa VISA. FAN ID juga memberi hak kepada pemegangnya untuk melakukan perjalanan percuma menggunakan keretapi khas antara bandaraya tuan rumah FWC2018 dan menggunakan pengangkutan awam bandaraya tuan rumah pada hari perlawanan. FAN ID dikeluarkan di Pusat Pengedaran FAN ID di Rusia, pejabat-pejabat luar Rossotrudnichestvo, Pusat Permohonan Visa Global VFS seluruh dunia, atau anda boleh memesan penghantaran pos. 

generated by system

Sumber: Kementerian Telekom dan Komunikasi Massa Persekutuan Rusia

Source: Ministry of Telecom and Mass Communications of the Russian Federation
Keywords: Sporting Events Sports