IPO yang dijangkakan untuk pengeluar EV berharga tinggi
SUNNYVALE, California, 11 Mei 2018 /PRNewswire/ -- Dubuc Motors, Inc, sebuah syarikat kereta elektrik peringkat awal yang membangunkan kenderaan sukan mewah kelas atasan, hari ini mengumumkan ia memperkenalkan pusingan pelaburan persendirian di bawah Kaedah 506(c) bagi Peraturan D yang diisytiharkan oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa di bawah Akta Sekuriti 1933, seperti yang dipinda ("Akta Sekuriti").
Penawaran ini merupakan respons kepada permintaan berulang kali pemegang kepentingan terhadap peluang untuk mengambil bahagian dalam pembiayaan Syarikat menurut terma-terma yang sama sebagai pelabur institusi, menerima permintaan-permintaan berkenaan susulan daripada pembiayaan terkini Peraturan A+. Dubuc Motors menerima agregat sebanyak lebih 750 pemegang kepentingan baharu dalam pusingan terdahulu dan memperoleh lebih 800 pelabur keseluruhan setakat ini. Penawaran Peraturan D baharu ini dijangka melibatkan kedua-dua pelabur sedia ada dan baharu, yang memberi ruang kepada mereka yang tidak mendapat peluang untuk mengambil bahagian dalam pusingan-pusingan terdahulu.
Pusingan Peraturan D bernilai $6 Juta ini akan merealisasikan langkah-langkah akhir yang diperlukan untuk melengkapkan model pengeluaran dan melonjakkan pencapaian seterusnya oleh syarikat, termasuk Peraturan A+ IPO yang dirancang. Kenaikan ini memperlihatkan pengagihan 3,000,000 saham dengan pertimbangan $2 sebelum penyenaraian Syarikat yang dijangkakan.
Penawaran Peraturan D ini adalah untuk pelabur terakreditasi sahaja, yang menjangkakan harga lebih rendah dalam pusingan ini berbanding harga saham yang diramalkan oleh Syarikat dalam IPO yang dicadangkan, di samping membantu membangunkan hasil pengindustrian Amerika yang hebat. "Kami menyasarkan pasaran mewah bernilai $400 bilion dolar dan kini berada di puncak era baharu yang mewah, dan ia merupakan detik yang mengujakan untuk menginovasi dan meneruskan idea-idea berani. Kami berharap dapat melengkapi rangkaian produk Tesla dan bersaing dengan bersungguh-sungguh, dengan adanya sumber dan model perniagaan kami, bersama kebanyakan pengeluar bervolum rendah Eropah yang lebih kecil di Amerika Syarikat ini," kata pengasas bersama Mike Kakogiannakis.
Tampil hebat dengan reka bentuk casis yang proprietari, syarikat merancang untuk memperkenalkan beberapa model daripada struktur yang sama yang memberikan perkhidmatan kepada kumpulan pelanggan mewah dalam industri automotif, yang seandainya tidak dilaksanakan, merupakan kumpulan yang diabaikan oleh pihak pesaing pasaran besar-besaran. Dubuc Motors merancang untuk beroperasi daripada kemudahan canggih berkeluasan 200,000 kaki persegi di Amerika Utara, mengeluarkan pelbagai EV mewah dengan rangkaian kereta terbang mewah yang diramalkan pada masa depan, juga turut memberi perkhidmatan kepada demografi yang mewah.
Di bawah Peraturan 506(c), pengumpanan umum penawaran dibenarkan, walau bagaimanapun, pembeli dalam penawaran Peraturan 506(c) perlulah merupakan "pelabur terakreditasi". Siaran media ini bukan merupakan tawaran untuk menjual mahupun pengumpanan penawaran bagi membeli sebarang sekuriti dalam mana-mana bidang kuasa yang mana tawaran atau pengumpanan sedemikian tidak dibenarkan dan bukan merupakan tawaran dalam mana-mana bidang kuasa terhadap mana-mana individu yang mana tawaran berkenaan adalah menyalahi undang-undang. Butiran tambahan tentang penawaran ini disertakan dalam Memorandum Tawaran Persendirian.
Laman Sesawang: https://dubucmotors.com
Untuk melihat bahan-bahan pelabur atau untuk melabur: TomahawkEV.com
Sebarang pertanyaan berkaitan dengan penawaran ini: info@dubucmotors.com
Kenyataan Jangkaan
Hal-hal tertentu yang dibincangkan dalam siaran media ini ialah kenyataan jangkaan. Meskipun Dubuc Motors percaya jangkaan yang diperlihatkan dalam kenyataan jangkaan berkenaan adalah berdasarkan andaian yang munasabah, ia tidak memberi sebarang jaminan bahawa jangkaannya akan tercapai. Dubuc Motors tidak memikul sebarang tanggungjawab untuk mengemas kini sebarang kenyataan yang terkandung dalam siaran media ini (termasuk kenyataan jangkaan), kecuali seperti yang dikehendaki undang-undang. Faktor-faktor yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza dengan ketara berbanding jangkaan termasuk pertimbangan industri am, perubahan kawal selia, perubahan dalam keadaan ekonomi tempatan dan negara serta risiko-risiko lain.
SEKURITI DITAWARKAN DI AMERIKA SYARIKAT MELALUI SAGEWORKS CAPITAL, LLC., BROKER-PENIAGA BERDAFTAR DAN AHLI FINRA/SIPC. DUBUC MOTORS MAHUPUN SAGEWORKS CAPITAL TIDAK MENYEDIAKAN SEBARANG NASIHAT PELABURAN ATAU MEMBUAT SEBARANG CADANGAN PELABURAN KEPADA MANA-MANA INDIVIDU PUN, DAN TIADA KOMUNIKASI DIBUAT MELALUI DUBUCMOTORS.COM ATAU DALAM SEBARANG MEDIUM LAIN YANG TIDAK HARUS DITAFSIRKAN SEDEMIKIAN. PELABUR TIDAK SEHARUSNYA MELABUR BERDASARKAN SIARAN MEDIA INI SAHAJA, SEBALIKNYA PERLU MEMBACA DAN MEMAHAMI MEMORANDUM TAWARAN PERSENDIRIAN DAN SEMUA DOKUMEN PENAWARAN SEBELUM MEMBUAT KEPUTUSAN PELABURAN.
Untuk maklumat lanjut: Mike Kakogiannakis, mike@dubucmotors.com