omniture

Cristiano Ronaldo Umum Siri Animasi Baharu, "STRIKER FORCE 7" Dengan Kerjasama Graphic India Dan VMS Communications

Graphic India
2018-05-11 11:09 430

~ Bintang sukan terhebat dunia cipta harta hiburan watak baharu bakal dibangunkan menerusi pelbagai platform media untuk peminat beliau ~

LOS ANGELES, 11 Mei 2018 /PRNewswire/ -- Cristiano Ronaldo, atlet yang terkemuka di dunia, hari ini mengumumkan perkongsian beliau bersama Graphic India, penerbit novel grafik dan animasi terkenal yang menumpu untuk mencipta adiwira global, dan VMS Communications, sebuah syarikat pemasaran digital mudah alih dan pengurusan kandungan, bagi mencipta dan melancarkan harta hiburan watak baharu, STRIKER FORCE 7, mencakupi animasi, komik, penerbitan, permainan dan kandungan digital. Perjanjian berkenaan disusun oleh agensi sukan utama, Polaris Sports.

Cristiano Ronaldo's STRIKER FORCE 7 - animation artwork preview 1
Cristiano Ronaldo's STRIKER FORCE 7 - animation artwork preview 1

"Saya telah sekian lama menjadi peminat adiwira dan saya berasa teruja untuk membantu mencipta siri animasi baharu ini," ulas Cristiano Ronaldo. "Sama seperti sukan bola sepak yang menyatukan budaya dan orang ramai di serata dunia, saya percaya watak-watak animasi dan adiwira yang hebat boleh melakukan hal yang sama dan atas sebab itulah saya berasa teruja untuk menggabungkan semangat bola sepak dan adiwira ini menerusi projek ini dan berkongsi bersama peminat-peminat saya."

"Cristiano Ronaldo telah menginspirasikan berjuta-juta orang di seluruh dunia melalui dedikasi, etika kerja dan gaya permainan epik yang versatil beliau. CR7 ialah adiwira kehidupan sebenar untuk suatu generasi dan Striker Force 7 akan menghimpunkan pasukan watak global dari dunia kami (dan dunia lain), yang dapat memperlihatkan kepelbagaian dan daya penarik berjuta-juta peminat beliau," tambah Sharad Devarajan, pencipta bersama dan penerbit siri baharu serta Ketua Pegawai Eksekutif Graphic India.

"Kami telah bekerjasama dengan Cristiano & Polaris Sports sepanjang lima tahun lamanya dan mereka adalah rakan kongsi terbaik. Nama Cristiano begitu sinonim dengan daya profesionalisme, dedikasi dan kejayaan. Atas sebab itulah beliau dapat menginspirasikan berjuta-juta orang di seluruh dunia. Beliau tidak menjadi atlet yang paling ramai pengikut di media sosial secara kebetulan; maka usaha menghasilkan siri animasi ikon sebenar seperti Cristiano adalah begitu mudah untuk kami," ulas Diego Guarderas, Ketua Pegawai Operasi VMS Communications.

Siri animasi berkenaan dicipta oleh Cristiano dan Devarajan, yang akan menjadi Penerbit Eksekutif untuk siri-siri tersebut berserta Diego Guarderas daripada VMS Communications, pasukan Polaris Sports dan Jeevan J. Kang, Naib Presiden Eksekutif Kreatif Graphic India serta pereka watak utama.

Maklumat tambahan mengenai tarikh siaran siri animasi berkenaan akan diumumkan dalam masa terdekat dan para peminat boleh melayari www.strikerforce7.com untuk terus mendapatkan perkembangan terkini tentang maklumat baharu.

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/689332/STRIKERFORCE7_CRISTIANO_01.jpg

 

Source: Graphic India
Keywords: Entertainment Sports Licensing/marketing agreements New products/services