omniture

Eden by Perrier- Jouët Bawa Pelawat Dari Pusat Kota Tokyo ke Bawah Tanah Epernay

Maison Perrier-Jouet
2018-05-11 15:43 1041

TOKYO, 11 Mei 2018/PRNewswire/ --

Untuk mengiringi Minggu Reka Bentuk Tokyo, Eden by Perrier-Jouët membuat lawatan ketiganya ke bandaraya ini dari 10 Mei hingga 20 Mei, untuk penginapan di Trunk Hotel. Tahun ini, acara berbilang deria ini menggunakan Realiti Maya untuk membawa pengunjung jauh ke dalam Art of the Wild Perrier-Jouët, dengan pengalaman yang membawa mereka ke bilik-bilik bawah tanah legenda Maison.

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik:  http://www.multivu.com/players/uk/8325851-eden-perrier-jouet-downtown-tokyo-epernay/

Pelopor Art Nouveau, Perrier-Jouët kini menggunakan media digital untuk menyampaikan gabungan seni dan alam semulajadi. Di Eden by Perrier-Jouët, ia telah mewujudkan taman subur yang mempersona dan menyegarkan bandaraya ini. Acara ini menunjukkan pemasangan mengasyikkan diwujudkan untuk DesignMiami/oleh pasangan Lufwerk yang berpangkalan di AS: pengaruh hipnotik warna dan cahaya yang membongkar motif anemone Maison.

Ia juga menjemput para tetamu untuk mennerokai wilayah yang tidak pernah terusik, melalui pengalaman Realiti Maya yang mencipta semula Eden – bilik bawah tanah rahsia di mana vintaj Maison yang paling luar biasa disimpan. Dengan meneroka labirin bawah tanah ini di samping taman mewah yang merimbun dan bagaikan mimpi, para pelawat boleh memenangi satu perjalanan ke Maison Belle Epoque, tempat asal Epernay Perrier-Jouët. Di luar kawasan utama ini, DJ berprestij mewujudkan suasana pesta yang berlatar belakangkan bunga dan daun-daunan eksotik.

Sementara itu, pengalaman merasa khas – yang dianjurkan oleh Cellar Master Hervé Deschamps Perrier-Jouët – tersedia untuk semua. Di sepanjang Eden by Perrier-Jouët, acara makan tengahari dan makan malam gastronomi dipentaskan dengan tiga cef terkenal: Dominique Bouchet, Yosuke Akasaka dari Pierre Gagnaire dan Mamoru Sugiyama dari Ginza Sushi Ko. Hidangan-hidangan ini membawa tetamu ke perjalanan lain yang merentas masa dan ruang – dari keriangan Tokyo yang kontemporari ke khazanah bilik bawah tanah Eden – memberikan penghormatan kepada kuasa alam semulajadi yang transformatif.

generated by system

Sumber: Maison Perrier-Jouët

Source: Maison Perrier-Jouet
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Computer/Electronics Entertainment Travel