omniture

Pusat Sakip Sabanci untuk Pengajian Turki Dirasmi di Universiti Columbia, New York

Sabanci University
2018-05-14 15:00 591

ISTANBUL, 14 Mei 2018 /PRNewswire/ --

Pusat dan kerusi pertama untuk Pengajian Turki di Amerika Syarikat dinamakan sempena nama penaung mendiang Sakip Sabanci; ahli perniagaan, dermawan; dirasmikan di Universiti Columbia, menempa era baharu kerjasama ilmiah antara kedua-dua negara. Matlamat Pusat ini ialah untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran tentang negara Turki, serta kepentingannya kepada hal ehwal serantau moden, dan kepentingannya dari segi sejarah.

generated by system

Berucap dalam perasmian ini, Presiden Universiti Columbia Lee C. Bollinger mengucapkan terima kasih kepada keluarga Sakip Sabanci atas kemurahan hati mereka dan berkata bahawa pusat ini percaya untuk melibatkan pelajar dan fakulti dari Columbia dan seluruh dunia dalam pengajaran dan penyelidikan yang akan mengkaji rantau yang tiada bandingan ini dan kesannya ke atas dunia dan dalam pembentukan masyarakat moden.

"Memahami orang Turki adalah penting untuk menavigasi banyak cabaran yang kami hadapi di abad ini." 

Bollinger berkata bahawa Pusat ini ialah yang pertama seumpamanya di AS untuk Pengajian Turki, dan menyuarakan kepercayaan beliau bahawa pemahaman dalam politik, sejarah, budaya dan agama orang Turki adalah penting untuk menavigasi banyak cabaran yang kita hadapi dalam abad ini.

Güler Sabanci, Pengerusi Pengasas Lembaga Pemegang Amanah Universiti Sabanci, berterima kasih kepada Presiden Bollinger dan Keluarga Sakip Sabanci atas penubuhan Pusat Sakip Sabanci untuk Pengajian Turki di Universiti Columbia.

"Penjanaan pengetahuan, penyelidikan, pemikiran dan perbincangan saintifik akan membolehkan Turki menjadi lebih berkesan, berkebolehan dan konsisten dalam mencari penyelesaian kepada masalah-masalah serantau dan dunia." 

Güler Sabanci menambah dalam ucapan beliau bahawa,"Pusat Sakip Sabanci untuk Pengajian Turki berhasrat untuk meletakkan kajian ke atas Turki dalam perbandingan perspektif global. Kami berharap kegiatan-kegiatan Kerusi dan Pusat ini akan mengubah tumpuan daripada memahami Turki kepada bagaimana Turki boleh memberi maklumat kepada perdebatan global di seluruh dunia. Penjanaan pengetahuan, penyelidikan, pemikiran dan perbincangan saintifik akan membolehkan Turki menjadi lebih berkesan, berkebolehan dan konsisten dalam mencari penyelesaian kepada masalah-masalah serantau dan dunia."  

Güler Sabanci berkata bahawa pusat global seumpamanya dengan matlamat tidak akan dapat mengelak daripada menyentuh banyak bidang inkuiri: seni, muzik, kesusasteraan, perniagaan, sejarah, politik, perubatan, sains hayat, kejuruteraan dan lain-lain, dan menambah bahawa Pusat ini akan membawa kepada pembajaan bersilang inovatif merentas bidang-bidang ini.

Majlis ini diikuti oleh panel akademik di mana professor dari Columbia, Universiti Sabanci dan sekolah-sekolah lain meneroka "Hak Asasi Manusia dan Rejim Hibrid".

Latar Belakang Sakip Sabanci 

Sakip Sabanci (1933-2004) ialah seorang ahli perniagaan, dermawan, pengumpul seni, usahawan sosial, perintis dalam pendidikan, yang memberikan sumbangan yang meninggalkan impak mendalam dalam perniagaan, pendidikan, seni dan kehidupan sosial Turki. 

Anak-anaknya, Dilek, Sevil, dan Metin Sabanci menyumbang kepada Kerusi dan Pusat Sakip Sabanci untuk Pengajian Turki demi memperingati visi beliau dalam menghubungkan antara ahli akademik kebudayaan, masyarakat, dan politik Turki di seluruh dunia dan untuk membentuk platform bagi pertukaran pengetahuan dan idea.

Sejak tahun 2006, sebagai memperingati mendiang Sakip Sabanci, "Anugerah Penyelidikan Antarabangsa" juga telah diberikan oleh Universiti Sabanci di bidang Sains Sosial.

https://sabancicenter.columbia.edu/

Hubungi: Ömer Ertum, omertum@sabanciuniv.edu, +90-216-483-90-00

Sumber: Universiti Sabanci

Source: Sabanci University
Keywords: Banking/Financial Service Education