omniture

SodaStream Beri Penghormatan Raikan YTM Putera Harry Dan Meghan Markle Dengan 'Topi' Botol Perkahwinan Diraja Edisi Terhad

SodaStream
2018-05-15 16:00 335

Botol Edisi Diraja eksklusif bakal dilelong dan semua kutipan disumbangkan kepada Surfers Against Sewage, badan amal perkahwinan pilihan rasmi, bagi menangani pencemaran plastik.

AIRPORT CITY, Israel, 15 Mei 2018 /PRNewswire/ -- Bagi meraikan dedikasi pasangan Diraja terhadap usaha memerangi penggunaan botol plastik guna sekali, SodaStream, jenama air berbuih yang terbesar di dunia, telah menghiasi set botol edisi terhad untuk dilelong sebagai sumbangan kepada badan amal bebas plasik, Surfers Against Sewage. Sebagai daya penggerak di sebalik penghapusan plastik guna sekali dunia, SodaStream berasa teruja untuk memberi pencerahan tentang bahaya global ini dengan menyumbang semua hasil kutipan kepada Surfers Against Sewage, sebuah badan amal yang dipilih oleh pasangan diraja itu.


Set topi kecil dicipta menggunakan kaedah pencetakan 3D canggih dan boleh dikitar semula 100%. Setiap satu daripada lima reka bentuk topi eksklusif dilhamkan oleh gaya ikonik yang sebelum ini diperagakan oleh golongan kerabat wanita. Konsep tersebut digambarkan oleh agensi inovasi Israel, Gefen Team dan dibangunkan bersama-sama Pasukan Pemasaran Global SodaStream.

Botol-botol edisi diraja terhad berkenaan akan dilelong melalui royalsodastream.com dan bidaan akan dibuka kepada para peminat diraja seluruh dunia.

"Usaha menangani pencemaran plastik di lautan seharusnya menjadi keutamaan tertinggi pihak kerajaan, jenama dan orang ramai," ulas Hugo Tagholm, Ketua Eksekutif Surfers Against Sewage. "Komitmen SodaStream untuk menghapuskan plastik dan menggalakkan penggunaan botol yang boleh diguna semula merupakan langkah yang hebat menuju haluan yang betul ke arah pewujudan garis pinggir laut yang bebas plastik serta menyampaikan pesanan yang tegas terhadap industri minuman. Projek yang menyeronokkan dan unik untuk meraikan perkahwinan diraja ini menekankan lagi kepentingan menghentikan epidemik plastik guna sekali."

"Saya mengagumi pasangan diraja ini dan mengucapkan selamat maju jaya dalam perkahwinan mereka," kata Daniel Birnbaum, Ketua Pegawai Eksekutif SodaStream. "Saya memuji mereka kerana mengambil berat usaha mewujudkan dunia yang bebas daripada botol plastik dan memilih Surfers Against Sewage sebagai salah satu badan amal rasmi mereka. Saya berharap pihak-pihak lain akan mendapat inspirasi dan menyertai usaha ini."

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang lelongan dan menonton video 'di sebalik tabir' sila layari: royalsodastream.com  

Untuk maklumat lanjut hubungi: sodastream@alfredlondon.com / (0)207 033 6566

Latar Belakang SodaStream
SodaStream ialah jenama air berbuih No. 1 di dunia. SodaStream mendayakan pengguna untuk menukarkan air paip biasa menjadi air berbuih dalam masa beberapa saat dengan mudah. Dengan menjadikan air biasa seronok dan menarik untuk diminum, SodaStream membantu pengguna untuk minum lebih banyak air. Pembuat Air Berbuih SodaStream menawarkan kaedah alternatif yang amat berbeza dan inovatif kepada pengguna minuman ringan berkarbonat botol dan tin. Produk-produk ini menggalakkan kesihatan dan kesejahteraan, mesra alam sekitar, berkesan kos dan boleh disesuaikan serta seronok untuk digunakan. Produk-produk ini tersedia di lebih 80,000 kedai runcit di 45 negara. Untuk mengetahui lebih lanjut cara SodaStream menjadikan air suatu yang menarik, ikuti kami melalui FacebookTwitter dan Instagram, layari www.sodastream.co.uk.

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/690602/Royal_Bottle_Edition.jpg

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/330492/sodastream_international_ltd__logo.jpg

Source: SodaStream
Keywords: Beverages Food/Beverages Non-Alcoholic Beverages Retail New products/services