ALAMEDA, California, 15 Mei 2018 /PRNewswire/ -- Saildrone, Inc., penyedia data lautan resolusi tinggi yang dikumpulkan melalui kumpulan kenderaan permukaan tanpa pengemudi, hari ini mengumumkan bahawa ia telah menutup pusingan pembiayaan Siri B bernilai $60 juta untuk mengembangkan kumpulan dron laut globalnya bagi membantu memantau keadaan planet dalam masa sebenar. Pusingan pembiayaan ini diketuai oleh Horizons Ventures, dengan penyertaan daripada pelabur sedia ada yang termasuk Dana Impak Teknologi Capricorn, Lux Capital, Social Capital, dan Yayasan Keluarga Schmidt. Ini menjadikan jumlah keseluruhan yang dikumpul oleh syarikat semenjak pelancaran komersilnya dalam tahun 2016 kepada hampir $90 juta.
Saildrone mempunyai visi "planet terkuantiti", dan membina infrastruktur lautan generasi akan datang untuk menyediakan data yang kritikal untuk memahami cuaca, mengurus populasi ikan, dan membolehkan sains lautan in-situ pada skala yang belum pernah wujud sebelum ini dan dengan kecekapan kos yang tiada bandingannya. Semenjak penubuhannya, Saildrone telah berjaya bekerjasama dengan agensi-agensi AS seperti NOAA dan NASA untuk menyediakan pemerhatian lautan berkualiti tinggi. Kini, sebagai sebahagian daripada pengembangannya, syarikat ini baru-baru ini mengumumkan kerjasama berbilang tahun dengan CSIRO yang berpangkalan di Australia dan pembukaan operasi di Lautan Selatan dari Hobart, Tasmania. Saildrone juga telah membuka kemudahan pengilangan yang maju berkeluasan 200,000 kaki persegi di Alameda, CA. Kemudahan yang diperluaskan ini akan membolehkan Saildrone untuk mempercepatkan pengeluaran dan pelaksanaan 1,000 kenderaan autnominya yang diperlukan untuk mencapai liputan global lautan dunia pada resolusi enam kali enam darjah.
"Ini ialah pencapaian utama bagi Saildrone, kerana pelaksanaan infrastruktur global baharu ini merupakan pemboleh utama bagi visi 'planet terkuantiti' kami," kata Ketua Pegawai Eksekutif Richard Jenkins. "Kumpulan yang kami bina akan menyediakan data in-situ beresolusi tinggi yang belum pernah ada sebelum ini yang akan meningkatkan pemahaman kami tentang planet ini melalui susunan magnitud dan dengan itu memberi manfaat kepada majoriti penduduk dunia."
"Data besar boleh membantu kami memahami perubahan dalam keadaan planet untuk generasi akan datang," kata Bart Swanson, Penasihat di Horizons Ventures. "Saildrone ialah perintis yang menyatakan kuantiti perubahan, dan kami teruja untuk membantu Saildrone menjadikan konsep planet terkuantiti kenyataan dengan mencapai liputan global lautan di dunia."
"Saildrone menyasarkan untuk merungkai misteri lautan luas untuk kepentingan bersama sains dan industri," kata Bilal Zuberi, Rakan Kongsi di Lux Capital. "Saintis boleh menentukan perubahan kesihatan lautan masa sebenar; kerajaan-kerajaan boleh menjejak impak penggerudian pesisir pantai; syarikat perikanan boleh menentukan bila mereka telah menangkap ikan berlebihan di satu-satu kawasan dan sudah tiba masa untuk berpindah ke tempat lain; perniagaan boleh memodelkan corak dan perubahan cuaca dengan lebih baik. Kesan daripada pengumpulan dan penafsiran semua data baharu ini akan menjadi sedalam dan mempunyai kesan besar seperti lautan itu sendiri."
"Kami telah melabur dalam mempelopori konstelasi satelit untuk pemerhatian bumi dan kami teruja untuk memulakan pengembaraan baharu ini untuk meneroka lautan bumi. Saildrone akan membawakan kepada data laut dan cuaca perkara yang sama yang dibawakan oleh SpaceX dan Planet kepada industri angkasa – akses mudah dan andal dengan pendekatan konstelasi," kata Ion Yadigaroglu, Rakan Kongsi Pengurus Dana Impak Teknologi Capricorn.
Untuk mempelajari lebih lanjut tentang Saildrone, layari www.saildrone.com
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/690494/Saildrone_Inc_ocean_data.jpg