omniture

Bachmann & Welser Capital Group Tawar Pengewangan Instrumen Bank

Bachmann & Welser Capital Group
2018-05-16 20:16 398

LONDON, 6 Mei 2018/PRNewswire/ --

Bachmann & Welser Capital Group mempunyai kemudahan pengewangan sendiri dan bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi utama seperti bank-bank Dunia Paling Terkemuka bagi pengewangan instrumen untuk pelanggan seluruh dunia. Kami juga boleh mempertimbangkan pengewangan instrumen bank yang dikeluarkan daripada semua institusi atau bank.

Bagi menjana kewangan daripada Instrumen Bank seperti BG (jaminan bank) atau SBLC (surat kredit tunggu sedia) pelanggan haruslah memiliki atau menjadi pemilik instrumen, yang perlu disahkan sebelum proses berkenaan.

Pengewangan instrumen bank (BG atau SBLC) ialah proses mencairkan instrumen bank yang sah, dan yang demikian menukarkannya menjadi tender sah = tunai.

Pengewangan dapat diselesaikan melalui bukan rekursa (tanpa bayaran balik) atau rekursa (bayaran balik pinjaman mengikut terma-terma yang dipersetujui).

Kedua-dua opsyen mempunyai LTV (pinjaman kepada nilai) yang diberikan sebaik sahaja pematuhan dan rundingan bermula.

Tiada kemudahan yang sesuai untuk semua apabila mengewangkan instrumen bank memandangkan terdapat pelbagai faktor yang perlu dipertimbangkan, seperti:

  • Penarafan bank yang mengeluarkan instrumen bank berkenaan.
  • Penarafan dan bidang kuasa bank yang menerima.
  • Daya maju projek.
  • Sama ada ia merupakan bayaran terus atau didagangkan.
  • Jumlah nilai muka instrumen bank.

Pengewangan instrumen bank ialah kaedah yang hebat bagi mengumpul dana untuk projek-projek, oleh itu kesemua penyelesaian pengewangan kami memerlukan gambaran ringkas projek bagi tujuan pematuhan. Sebaik sahaja pematuhan diselesaikan menurut terma sepenuhnya dan LTV akan diberikan kepada pelanggan berdasarkan maklumat yang diberikan.

Kami boleh mengewangkan instrumen dipajak atau dibeli yang mana pajakan memberi nilai LTV lebih rendah.

Kami menawarkan bayaran pengewangan tunai terus, atau kami juga boleh mengagihkan bayaran dan menggunakan baki dana untuk menyenaraikan pelanggan dalam platform perdagangan.

Sekiranya pelanggan mempunyai instrumen bank atau ingin mengumpul instrumen bank seperti SBLC atau BG bagi tujuan pembiayaan, sila berbincang bersama pasukan kami, IDEALLY, sebelum pengeluaran instrumen oleh pelanggan bagi melihat sekiranya kami dapat mengewangkan instrumen bank berkenaan; memandangkan terlalu banyak pelanggan yang kami temubual, berakhir dengan kertas instrumen bank yang tidak dapat memberikan apa-apa. Ini disebabkan oleh khidmat nasihat yang lemah daripada bank atau institusi kewangan yang mengeluarkan kertas instrumen bank.

Dengan menghubungi pasukan kami sebelum mendapatkan BG atau SBLC, pelanggan tidak perlu lagi bimbang kerana apabila mereka mengeluarkan instrumen bank, ia dapat ditukarkan kepada nilai wang.

Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.bachmannwelser.com

Sila emelkan kepada pasukan kami untuk sebarang pertanyaan pengewangan: 

Sarah Atkins, sarah.atkins@bachmannwelser.com, atau hubungi kami di talian +44(0)131-357-0361

Sumber: Bachmann & Welser Capital Group

Source: Bachmann & Welser Capital Group
Keywords: Banking/Financial Service