omniture
PR Newswire: news distribution, targeting and monitoring

Live Nation Entertainment Lancar Dana Negara Wanita Labur Dalam Perniagaan Muzik Langsung Milik Wanita

2018-05-17 00:06

BEVERLY HILLS, California, 17 Mei 2018 /PRNewswire/ -- Live Nation Entertainment telah menubuhkan Women Nation Fund, satu dana pelaburan peringkat awal yang menumpu pada perniagaan muzik langsung yang diterajui wanita. Live Nation kini sedang menubuhkan dana dan akan menyediakan akses kepada sumber dan modal syarikat untuk usahawan wanita yang kurang diwakili dalam promosi konsert, acara dan ruang festival. Pengumuman dibuat hari ini oleh Presiden dan Ketua Pegawai Ekskekutif Live Nation, Michael Rapino.

LIVE NATION ENTERTAINMENT LAUNCHES WOMEN NATION FUND TO INVEST IN FEMALE-FOUNDED LIVE MUSIC BUSINESSES
LIVE NATION ENTERTAINMENT LAUNCHES WOMEN NATION FUND TO INVEST IN FEMALE-FOUNDED LIVE MUSIC BUSINESSES

Kata Rapino: "Sebagai peneraju dalam hiburan langsung, kami ingin menangani isu ini dengan penuh bermakna, mengubah dinamikanya dan meluaskan skop persaingan. Women Nation Fund ialah langkah pertama ke arah pemerkasaan usahawan baharu dan mencipta lebih banyak peluang untuk wanita dalam sektor perniagaan muzik langsung ini."

"Wanita kurang diwakili dalam ekosistem hiburan, namun demikian kami melihat hal ini berlaku khususnya dalam industri muzik," kata Dr. Stacy Smith, Pengasas dan Pengarah Inisiatif Rangkuman Annenberg di University of Southern California. "Satu cara penting untuk memulakan usaha ke arah persamaan jantina adalah dengan membiayai usahawan wanita. Saya memuji Live Nation atas kepimpinan mereka dan pemberian akses kepada sumber-sumbernya dengan cara yang dapat memberi kesan kepada perubahan sebenar."

Women Nation Fund akan mengenal pasti, membiayai dan meluaskan himpunan syarikat-syarikat festival, acara dan promosi yang diterajui wanita yang boleh didapati di seluruh dunia. Peserta perniagaan haruslah terdiri daripada syarikat yang diasaskan oleh wanita dan berkisarkan promosi konsert, festival atau pengurusan tempat acara langsung. Pasukan penilaian Women Nation terdiri daripada eksekutif-eksekutif wanita Live Nation yang mempunyai kepakaran domain yang pelbagai termasuk Anna Sjolund (Pengarah Urusan Bersama/Ketua Promoter, Live Nation Sweden), Amy Corbin (Promoter, C3), Virginia Davis (Pengasas, G Major Management), Amy Howe (Ketua Pegawai Operasi, Ticketmaster), Lesley Olenik (Naib Presiden, Touring), Maura Gibson (Presiden, Frontgate Ticketing), Kelly Chappel (Naib Presiden, Touring) dan Carrie Davis (Ketua Pegawai Komunikasi). Perniagaan-perniagaan yang dipilih oleh dana ini akan diberi akses kepada sumber-sumber Live Nation seperti khidmat nasihat strategik, maklumat perhubungan industri dan pementoran mencakupi jaringan perniagaan dan bidang fungsian.

Untuk maklumat lanjut dan untuk memohon Women Nation Fund, sila layari: https://womennationfund.livenation.com/

Latar Belakang Live Nation Entertainment

Live Nation Entertainment (NYSE: LYV) ialah syarikat hiburan langsung yang terkemuka di dunia yang terdiri daripada peneraju-peneraju pasaran global: Ticketmaster, Live Nation Concerts dan Live Nation Sponsorship. Untuk maklumat tambahan, layari www.livenationentertainment.com.

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/691413/WOMEN_NATION_FUND.jpg 

 

 

Source: Live Nation Entertainment

Related stocks: NYSE:LYV

Featured Video

Related Keywords:

Entertainment

Music

Women-related news

Advanced Search
Search
  
  1. Products & Services
  2. News Releases
  3. Knowledge Center
  4. Journalists & Media
  5. Multimedia Theater
  6. Contact Us