omniture

Pengasas Young Living D. Gary Young Meninggal Dunia

Young Living Essential Oils
2018-05-17 02:15 746

Ketua Pegawai Operasi Mary Young dan Presiden & Ketua Pegawai Operasi Jared Turner Akan Terus Kendalikan Perniagaan

LEHI, Utah, 16 Mei 2018 /PRNewswire/ -- D. Gary Young (11 Julai 1949 –12 Mei 2018), pengasas dan pengerusi lembaga Young Living Essential Oils, meninggal dunia pada usia 68 tahun di Salt Lake City, akibat komplikasi susulan beberapa serangan strok, seperti yang diumumkan oleh syarikat.

Young Living Founder D. Gary Young Passes Away
Young Living Founder D. Gary Young Passes Away

Young Living turut mengumumkan bahawa ketua pegawai eksekutif, Mary Young dan Jared Turner, presiden serta ketua pegawai operasi akan terus mengendalikan perusahaan bilion dolar itu.

"Ini merupakan detik yang amat sukar buat anak-anak kami dan saya sendiri, dan juga kepada keluarga Young Living kami," kata Mary Young. "Perkongsian faedah-faedah hebat minyak pati bersama orang ramai seluruh dunia merupakan minat yang dikongsi oleh Gary dan saya. Atas sebab inilah kami menubuhkan Young Living. Untuk meneruskan misi berkenaan dan membawa legasi tersebut menuju masa depan, beberapa tahun kebelakangan ini kami telah merekrut dan membina pasukan eksekutif yang benar-benar bertaraf dunia. Gary mempunyai keyakinan tinggi terhadap Jared untuk memimpin pasukan berbakat kami dan berasa lega kerana syarikat bersedia untuk menuruti haluan yang dibayangkan oleh beliau."

Pemimpin yang tidak dapat dipertikaikan dalam gerakan minyak pati dunia, Young menghabiskan masa selama 35 tahun mengkaji faedah dan menyempurnakan kaedah pengekstrakan minyak pati, di samping membangunkan perniagaan global bilion dolar yang diwujudkan bagi berkongsi apa yang dianggap oleh beliau sebagai "hadiah" minyak pati bersama berjuta-juta orang.

Digambarkan sebagai "perintis moden", Young ialah penginovasi dan juga sejarawan. Usaha mengejar penemuan kesihatan beliau berakar umbi daripada amalan-amalan kuno tatkala beliau cuba merungkaikan dan berkongsi faedah-faedah yang dibawakan oleh minyak pati daripada herba, tumbuhan dan pokok. Kajian beliau memerlukan beliau menjelajah ke pelosok terpencil di muka Bumi dan sering kembali tepat pada masanya untuk memahami tentang banyak faedah yang menyokong kesihatan daripada minyak pati asli yang diabaikan oleh masyarakat moden dengan lebih baik.

Setelah mempelajari mengenai minyak pati pada tahun 1980-an, Young mengembara ke Perancis, bagi mengkaji dan mempelajari segala-gala yang boleh dipelajarinya tentang minyak pati, bermula dengan cara tumbuh-tumbuhan ditanam dan disuling kepada faedah-faedah kesihatan daripada minyak yang dihasilkan.

Setelah kembali ke Amerika Syarikat, beliau menanam sebuah ladang dengan lavender di belakang pejabat beliau di Spokane, Washington, daripada benih yang diperolehi semasa berada di Perancis dan memulakan ladang beliau di St. Maries, Idaho, pada tahun 1992. Gary mula menanam tanaman aromatik berbeza sebagai hasrat beliau untuk memahami pertumbuhan, penanaman dan pengekstrakan minyak. Beliau membangunkan dua kilang penyulingan kecil untuk pengekstrakan pertama beliau di ladang tersebut dan kemudiannya pada tahun 1994, membangunkan kilang penyulingan wap pegun tahan karat pertama beliau. Beliau ingin mengajar dan mendidik, maka beliau memutuskan untuk menubuhkan Young Living Essential Oils pada tahun 1993 dan diperbadankan pada tahun 1994 di Utah. 

Ia merupakan minat Young terhadap kualiti, dedikasi kepada pelanggan syarikat dan inovasi dalam merintis gerakan minyak pati yang telah melonjakkan Young Living daripada sebuah syarikat kecil hampir 25 tahun lalu menjadi sebuah perusahaan global dengan lebih 16 firma korporat dan rakan kongsi, menggaji lebih 3,000 kakitangan dan mempunyai lebih 4 juta pelanggan di seluruh dunia hari ini.

"Young Living akan terus memperingati usaha semasa hayat Gary dalam berkongsi minyak pati dan faedah-faedahnya bersama orang ramai seluruh dunia," kata Jared Turner. "Selama bertahun-tahun, beliau dan saya sendiri pernah mengadakan banyak perbincangan tentang visi beliau terhadap masa depan syarikat dan kami berazam untuk mengikuti haluan yang beliau mulakan untuk Young Living."

Young mencipta budaya didorong tujuan untuk syarikat beliau, iaitu budaya yang dimotivasikan oleh keinginan untuk berkhidmat kepada komuniti global dan menginspirasikan kakitangan serta pengguna seluruh dunia.

Melalui D. Gary Young, Young Living Foundation, ahli-ahli dan kakitangan syarikat menjelajah ke seluruh dunia untuk bekerjasama seiringan dengan komuniti tempatan. Salah satu pencapaian Young paling membanggakan ialah penubuhan Young Living Academy, sebuah sekolah di Chongon, Ecuador, untuk kanak-kanak daripada komuniti pedalaman di pinggir hutan ini dan juga untuk anak-anak kakitangan yang bekerja di ladang.

Pengebumian akan dilakukan pada jam 1 petang MT, hari Jumaat, 18 Mei di Ladang dan Kilang Penyulingan Lavender Whispering Springs, salah satu lokasi kegemaran Gary di dunia. Ladang ini terletak di 3700 Old Highway 91, Mona, UT 84645.

Lawatan pengebumian akan diadakan di ladang ini sebelum pengebumian mulai jam 9 pagi hingga 12 tengah hari MT.

Young Living akan turut mengumumkan rancangan untuk mengadakan majlis bagi memperingati kehidupan pengasasnya.

Sumbangan sebagai penghormatan kepada Young boleh dibuat kepada D. Gary Young, Young Living Foundation untuk meneruskan usaha semasa hayat beliau untuk berkhidmat kepada komuniti global.

Latar Belakang Young Living Essential Oils

Young Living Essential Oils, LC, ialah peneraju dunia bagi minyak pati yang melalui proses Seed to Seal® yang ketat yang menghasilkan produk minyak pati tulen untuk setiap individu, keluarga dan gaya hidup. Proses ini memastikan semua produk adalah tulen, bebas daripada bahan kimia sintetik dan asli. Komitmen ini bermula daripada usaha pengurusan syarikat terhadap bumi serta penduduknya selama lebih 24 tahun. Untuk maklumat lanjut, layari YoungLiving.com.

Perhubungan Media:

Untuk pertanyaan media, sila hubungi prinquiries@youngliving.com.

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/691906/Young_Living_Essential_Oils_Gary_Young.jpg
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/323110/Young_Living_Essential_Oils_Logo.jpg

 

Source: Young Living Essential Oils
Related Links:
Keywords: Health Care/Hospital Retail Obituary