omniture

CAS Umum Pemimpin Masa Depan SciFinder® CAS 2018

CAS
2018-05-17 03:12 471

Program tahunan himpunkan lapangan penyelidik yang meningkat naik antarabangsa bentuk masa depan maklumat dan inovasi saintifik  

COLUMBUS, Ohio, 17 Mei 2018 /PRNewswire/ -- CAS, sebahagian daripada Persatuan Kimia Amerika, hari ini mengumumkan peserta-peserta yang terpilih untuk program Pemimpin Masa Depan SciFinder CAS 2018. Para pelajar Ph.D. dan penyelidik pascakedoktoran akan mengunjungi ibu pejabat CAS pada bulan Ogos ini untuk berkolaborasi dalam inisiatif-inisiatif baharu bagi menyokong komuniti saintifik termasuk penyelesaian aliran kerja inovatif CAS, SciFindern.

Program Pemimpin Masa depan SciFinder CAS bertujuan untuk meluaskan jaringan profesional dalam kalangan penyelidik baru muncul, meningkatkan pengetahuan dan bertukar-tukar idea mengenai peranan maklumat dalam proses penyelidikan serta berkongsi pengajaran daripada pemimpin-pemimpin industri dan akademik tentang peranan sains dalam ekonomi global, dunia akademik dan media.

"CAS bertuah kerana dapat menghubungkan generasi saintis seterusnya dengan penyelidik terkemuka yang lain dari seluruh dunia dan meluaskan kemahiran penyelidikan profesional mereka," kata Chris McCue, naib presiden pemasaran di CAS. "Peserta-peserta dipilih berdasarkan pencapaian akademik mereka yang mengagumkan dan merit saintifik penyelidikan mereka. Kami berbesar hati untuk menjadi tuan rumah kepada kelas 2018 dan belajar daripada pengalaman mereka."

Program ini menyaksikan pertumbuhan pesat dan diiktiraf sebagai program unggul seumpamanya. Tahun ini, CAS menerima bilangan permohonan tertinggi mencakupi jaringan geografi paling luas sejak diperkenalkan pada tahun 2010. Alumni daripada program ini menjadi sebahagian daripada inovasi dan penyelidikan saintitik yang wajar diperhatikan dan mempengaruhi saintis-saintis masa depan melalui kepimpinan mereka yang ditonjolkan.

Pemimpin-pemimpin Masa depan SciFinder CAS 2018 ialah:

  • Martine I. Abboud, University of Oxford, United Kingdom
  • Manuel Ahumada Escandon, Hospital Besar Massachusetts, Harvard Medical School, Amerika Syarikat
  • Jennifer Apell, ETH Zürich, Switzerland
  • Lučka Bibič, University of East Anglia, United Kingdom
  • Dario Cambiè, Eindhoven University of Technology, Belanda
  • Gari V. Ccana-Ccapatinta, University of São Paulo, Brazil
  • Chong-You Chen, National Taiwan University, Taiwan
  • Tristan Clemons, University of Western Australia, Australia
  • Alexander Cook, Istituto Italiano di Tecnologia, Itali
  • Justine N. deGruyter, Institut Penyelidikan Scripps, Amerika Syarikat
  • Jie Deng, University of Freiburg, Jerman
  • Dana DiScenza, University of Rhode Island, Amerika Syarikat
  • Jesús Esteban Serrano, Institut Penukaran Tenaga Kimia Max Planck, Jerman
  • Madison Fletcher, University of California, Irvine, Amerika Syarikat
  • Gabriel dos Passos Gomes, Florida State University, Amerika Syarikat
  • Jesus Alberto Jaimes Arriaga, Universidad de Buenos Aires, Argentina
  • Christopher Lemon, University of California, Berkeley, Amerika Syarikat
  • Yuanhe Li, Peking University, China
  • Felicia Phei Lin Lim, Monash University Malaysia, Malaysia
  • Victor Pui-Yan Ma, Emory University, Amerika Syarikat
  • Jana L. Markley, Washington University di St. Louis, Amerika Syarikat
  • Abby-Jo Payne, University of Calgary, Kanada
  • Yunyan Qiu, Northwestern University, Amerika Syarikat
  • Yoshito Takahashi, Keio University, Jepun
  • Siddulu Naidu Talapaneni, Pusat Inovatif Global untuk Bahan Nano Termaju (GICAN), The University of Newcastle (UON), Australia
  • César A. Urbina-Blanco, Ghent University, Belgium
  • Galina Viryasova, Moscow State University, Rusia
  • Julian G. West, California Institute of Technology, Amerika Syarikat
  • Anita Yadav, Indian Institute of Technology (IIT) Delhi, India
  • Qi Zhang, East China University of Science and Technology, China

Latar Belakang CAS

CAS, sebahagian daripada Persatuan Kimia Amerika, berdedikasi terhadap wawasan ACS untuk meningkatkan kehidupan orang ramai menerusi kuasa mengubah kimia. Pasukan CAS yang terdiri daripada saintis-saintis yang amat terlatih mencari, mengumpul dan mengurus semua maklumat bahan yang didedahkan secara terbuka, mewujudkan koleksi kandungan paling berharga di dunia yang penting terhadap inovasi seluruh dunia. Penyelidik saintifik, ahli profesional paten dan pemimpin perniagaan bergantung pada suit penyelesaian penyelidikan daripada CAS yang mendayakan usaha penemuan hari ini bagi mendorong inovasi masa depan. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program Pemimpin Masa Depan SciFinder CAS, layari www.cas.org/futureleaders.

Perhubungan Media CAS:
Tina Tomeo
P: 614-447-3600
cas-pr@cas.org

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/691740/CAS_Logo.jpg

Source: CAS
Related Links:
Keywords: Education Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Workforce Management/Human Resources