omniture

Penghantaran kertas kajian daripada Persidangan Asia Pasifik berhubung Silikon Karbida dan Bahan-bahan Berkaitan (GaN, AlN, BN, Ga2O3, ZnO, berlian, dsb.)

Innovation Association of Wide Bandgap Semiconductor Technology
2018-05-17 04:11 770

BEIJING, 17 Mei 2018 /PRNewswire/ -- APCSCRM, ditaja oleh Innovation Association of Wide Bandgap Semiconductor Technology (Persatuan Inovasi bagi Teknologi Semikonduktor Jurang Jalur Luas), akan menjadi persidangan bertahap tinggi mengenai Silikon Karbida dan Bahan-bahan Berkaitan di rantau Asia Pasifik. Bagi menggalakkan teori, pembelajaran teknologi dan komunikasi dalam bidang-bidang pertumbuhan bahan semikonduktor dengan jurang jalur yang luas, persediaan dan pempakejan peranti serta aplikasi modul peranti, persidangan ini akan mengadakan pertukaran kertas kajian dan mengalu-alukan kehadiran universiti-universiti tempatan dan luar negara, institusi-institusi penyelidikan dan institusi-institusi perusahaan dalam bahan dan peranti semikonduktor jurang jalur luas, berserta kakitangan profesional dan teknikal dalam bidang aplikasi, menyumbang kepada penyertaan dalam pertukaran tersebut. Kertas-kertas kajian terpilih yang dibentangkan di APCSCRM2018 akan diterbitkan dalam Materials ExpressDiamond and Related MaterialsJournal of Crystal Growthphysica status solidi (a) atau Materials Science Forum. Penulis kertas kerja yang cemerlang akan berpeluang membuat pembentangan di lokasi.

I. Topik-topik.

Kertas-kertas kajian teknikal yang menumpu pada semua aspek bahan jurang jalur yang luas, elektronik kuasa, modul pakej dan penyelesaian atau aplikasi sistem dialu-alukan.

II. Keperluan manuskrip.

1. Hanya menerima manuskrip dalam Bahasa Inggeris sahaja;
2. Keputusan kajian asal dan tidak diterbitkan, penilaian teknikal, ringkasan pengalaman kerja atau laporan kemajuan teknikal; 
3. Panjang kertas kerja tidak terhad. (Templat Umum: muat turun di http://www.apcscrm2018.iawbs.com, penghantaran)

III   Pencarian indeks SCI/EI

Kedua-dua

IV Arahan penghantaran:

1. Hantar draf melalui laman sesawang APCSCRM (Arahan penghantaran: muat turun di http://www.apcscrm2018.iawbs.com, penghantaran)
2. Tarikh akhir penghantaran abstrak: 15 Jun 2018.    
3. Tarikh akhir penghantaran kertas kajian penuh: 5 Julai 2018.    
4. Sila beri perhatian kepada status semakan kertas kajian (sistem penghantaran dalam talian APCSCRM).

V  Kos-kos berkaitan

1. Bayaran kertas

Termasuk bayaran reka letak dan bayaran semakan, yang akan dikenakan secara berasingan oleh jabatan editorial jurnal. Sila rujuk maklumat perhubungan.

2. Kaedah bayaran

(1) Pemindahan bank

Nama akaun: Innovation Association of Wide Bandgap Semiconductor Technology
Nama Bank: BEIJING RURAL COMMERCIAL BANK CO., LTD.
Alamat Bank: 3F., Bangunan ShiNong, No.9 Jalan TianRong, Daerah DaXing, Beijing China                                             
No. Akaun: 0905000103000006397
(dalam nota kiriman wang "APCSCRM + kategori bayaran + unit kiriman wang/nama penulis");

(2) Perbankan dalam talian, bayaran dalam talian WeChat atau alipay (laman sesawang mempunyai pautan bayaran) (komen bayaran "APCSCRM + kategori bayaran + unit kiriman wang/nama penulis ")

3. Bayaran sebelum 9 Jun 2018 (diskaun disediakan)

Perhubungan: Cik Li
Telefon: +86-10-6125-6850-668
Telefon Bimbit: +86-189-1080-7823
Emel: liyaping@tankeblue.com

 

Source: Innovation Association of Wide Bandgap Semiconductor Technology
Keywords: Mining Mining/Metals Survey, Polls & Research