omniture

Merck bakal Gunakan Penyuntingan Genom dalam Kajian Bakteria Usus Beri Manfaat Kanak-kanak Kurang Zat

Merck
2018-05-17 07:20 556

- Kolaborasi dengan Washington University dalam kajian bakteria usus mampu membawa kepada diagnostik, rawatan untuk kanak-kanak kurang zat

- Kajian bakal gunakan teknologi penyuntingan genom Merck

DARMSTADT, Jerman, 17 Mei 2018 /PRNewswire/ -- Merck, sebuah syarikat sains dan teknologi yang terkemuka serta peneraju dalam bidang penyuntingan genom, hari ini mengumumkan satu kolaborasi dengan Washington University di St. Louis, Missouri, AS, yang dapat memimpin usaha mengoptimumkan pemakanan tambahan bagi mengembalikan komuniti mikrob usus yang sihat (mikrobiom).

 

Kolaborasi selama dua tahun itu akan menggunakan teknologi penyuntingan genom CRISPR Merck dalam kajian penyelidikan oleh Dr. Jeffrey Gordon daripada Washington University School of Medicine. Kajian ini bertujuan untuk menentukan perbezaan antara komuniti bakteria usus dalam kalangan kanak-kanak sihat dan kurang zat, serta mengenal pasti ciri-ciri bakteria usus sihat yang penting untuk menggalakkan pertumbuhan yang sihat. Hasil daripada kajian ini, pendekatan pemakanan untuk mengembalikan mikrobiom normal dapat dibangunkan dan dioptimumkan, memandangkan intervensi pemakanan setakat ini gagal menyelesaikan masalah tersebut.

"Pembangunan mikrobiom usus terganggu dalam kalangan kanak-kanak yang amat kurang zat, membiarkan mereka dengan komuniti tidak matang berbanding kanak-kanak sihat," kata Udit Batra, Ahli Lembaga Eksekutif Merck dan Ketua Pegawai Eksekutif, Life Science. "Kolaborasi kami dengan pakar utama dalam kajian mikrobiom manusia, Dr. Jeffrey Gordon, akan memberi tumpuan bagaimana untuk memulihkan dan membangunkan semula mikrobiom normal dalam kalangan kanak-kanak kurang zat. Menggunakan teknologi penyuntingan genom asas kami, kami akan terus membentuk kolaborasi dengan komuniti saintifik global bagi meneroka bagaimana untuk membangunkan rawatan baharu yang menarik untuk banyak penyakit."

Pemotong genomik berasaskan CRISPR mendedahkan kemungkinan baharu dalam bidang perubatan dan bioteknologi. Sebagaimana program pemprosesan perkataan yang mencari, memadamkan dan menggantikan perkataan atau huruf, kompleks RNA-protein CRISPR ini mencari jujukan DNA tertentu dalam sel, memotongnya dan membolehkan sel menggantikannya dengan maklumat DNA baharu. Merck, bersama-sama kumpulan Dr. Gordon, akan menggunakan pemotong genom CRISPR dalam kolaborasi ini bagi memodifikasi jujukan DNA dalam mikrob yang dikulturkan daripada sampel mikrobiom usus manusia. Keputusannya akan membantu penyelidik mendapatkan maklumat baharu yang penting tentang fungsi mikrob dan keperluan pemakanan.

"Matlamat yang kami kongsikan adalah untuk mengaplikasikan teknologi penyuntingan gen untuk terus memahami mekanisme yang mana mikrob usus manusia yang bermanfaat dapat menggalakkan pertumbuhan yang sihat dalam kalangan kanak-kanak," kata Jeffrey Gordon, MD, pengarah Pusat Sains Genom dan Biologi Sistem Keluarga Edison di Washington University. "Dengan menggabungkan teknologi ini dengan model praklinikal kami, kami dapat menafsir bagaimana mikrob usus menjadi mantap dalam usus yang sedang berkembang, zat pemakanan yang diperlukan untuk mengekalkan mikrob tersebut dan bagaimana komuniti mikrob usus mempengaruhi pertumbuhan otot dan tulang, pematangan sistem imun kita dan kesihatan metabolik.

"Pembangunan komuniti usus yang sihat dikaitkan dengan pertumbuhan bayi dan kanak-kanak yang sihat. Keputusan yang diperoleh daripada kolaborasi ini seharusnya dapat membantu usaha berterusan kami untuk mencipta cara yang baharu, selamat dan boleh diterima dari segi budaya untuk memulihkan komuniti usus yang sedang berkembang dalam kanak-kanak kurang zat atau kanak-kanak yang berisiko mengalami kekurangan zat. Pengetahuan ini akan dapat memudahkan pembangunan jenis baharu bagi makanan khusus untuk mikrobiota, terdiri daripada bahan-bahan yang boleh didapati secara semula jadi, yang meningkatkan perwakilan dan fungsi-fungsi bermanfaat strain bakteria yang wujud secara semula jadi dalam komuniti usus yang tidak matang dalam kalangan kanak-kanak ini," tambah Dr. Gordon.

Dengan sejarah selama 13 tahun dalam bidang penyuntingan genom, Merck merupakan syarikat pertama yang menawarkan biomolekul tersuai untuk penyuntingan genom di seluruh dunia (intron kumpulan II berpandu-RNA TargeTron™ dan nukleas jejari zink CompoZr™), mendorong penggunaan teknik-teknik ini oleh para penyelidik seluruh dunia. Merck juga merupakan syarikat pertama yang menghasilkan pustaka CRISPR tersusun mencakupi seluruh genom manusia, mempercepatkan penyembuhan penyakit dengan membolehkan saintis meneroka lebih banyak persoalan tentang punca asasnya.

Sebagai sebuah syarikat yang amat terlibat dalam inovasi penyuntingan genom, Merck mengakui bahawa penyuntingan genom telah mencetuskan kemajuan positif yang utama dalam bidang penyelidikan biologi dan perubatan. Dalam masa yang sama, peningkatan potensi teknologi penyuntingan gen telah menarik perhatian saintifik, undang-undang dan masyarakat. Sebagai pengguna dan pembekal teknologi penyuntingan gen, Merck menyokong kajian dengan penyuntingan genom menurut pertimbangan teliti melibatkan piawaian etika dan undang-undang. Merck turut menubuhkan Panel Penasihat Bioetika bagi memberikan bimbingan untuk kajian yang melibatkan perniagaannya, dan telah menakrifkan kedudukan pengendalian yang jelas dengan mengambil kira isu-isu saintifik dan masyarakat, di samping tidak menyekat sebarang pendekatan terapeutik yang meyakinkan untuk digunakan dalam kajian dan aplikasi.

Ikuti Merck melalui Twitter @Merckgroup, melalui Facebook @merckgroup dan LinkedIn.

Semua siaran berita Merck diedarkan melalui emel dan turut tersedia di laman sesawang Merck. Sila layari www.merckgroup.com/subscribe untuk mendaftar dalam talian, menukar pilihan atau untuk berhenti melanggan perkhidmatan ini. 

Latar Belakang Merck

Merck ialah sebuah syarikat sains dan teknologi terkemuka dalam bidang penjagaan kesihatan, sains hayat dan juga bahan prestasi. Hampir 53,000 kakitangannya berusaha untuk terus memajukan teknologi yang dapat menambah baik serta mempertingkat kualiti kehidupan – bermula dengan terapi biofarmaseutikal bagi merawat kanser atau sklerosis berbilang, sistem yang canggih untuk tujuan penyelidikan saintifik dan pengeluaran, kepada kristal cecair untuk telefon pintar dan juga televisyen LCD. Pada tahun 2017, hasil jualan Merck mencecah €15.3 bilion di 66 negara.

Ditubuhkan pada tahun 1668, Merck ialah syarikat farmaseutikal dan bahan kimia yang paling lama bertapak di dunia. Keluarga pengasasnya kekal sebagai pemilik majoriti kumpulan korporat senaraian awam ini. Syarikat memegang hak global nama dan jenama "Merck". Ini tidak termasuk Amerika Syarikat dan Kanada, memandangkan syarikat ini beroperasi sebagai EMD Serono, MilliporeSigma dan EMD Performance Materials.

Merck's collaboration with Washington University will focus on how to repair and reconstitute a normal microbiome in malnourished children
Merck's collaboration with Washington University will focus on how to repair and reconstitute a normal microbiome in malnourished children

Video - https://mma.prnewswire.com/media/691667/Merck__MLP017_Gene_Editing.mp4
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/691664/Merck_Microbiome.jpg

Source: Merck
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Children-related news