omniture

Saba Industries Group Labur US $100 Juta dalam Sektor Beras Asia Tenggara

Saba Industries Group
2018-05-17 09:21 516

Syarikat sasar modenkan industri, galakkan penanaman padi organik dan tingkatkan kualiti hidup petani 

BANGKOK dan HO CHI MINH, Vietnam, 17 Mei 2018 /PRNewswire/ -- Saba Industries Group, pengeluar milik persendirian dan pengeksport global beras dan komoditi lain, melabur sebanyak US $100 juta dalam industri beras Asia Tenggara bagi membantu memodenkan ini, menggalakkan penanaman padi organik dan meningkatkan kualiti hidup petani. Pelaburan ini akan berlangsung selama dua tahun dan mungkin merupakan salah satu pelaburan terbesar dalam industri beras Asia Tenggara.

Menerusi pelaburannya, Saba Industries Group membeli kilang beras yang usang dan terbiar di Vietnam, Kemboja, Laos dan Thailand serta menukarkannya kepada kemudahan simpanan yang mempunyai mesin pengering beras biotenaga yang dapat membantu menangani kesan perubahan iklim.

Syarikat akan turut membeli padi beras petani dan ia akan membekalkan petani dengan peralatan, benih dan baja organik, kesemuanya secara percuma. Golden Grain Rice, subsidiari Saba Industries Group, akan mengagihkan beras kepada pemborong di seluruh Asia Tenggara dan pelosok Afrika dan Timur Tengah.

Di samping itu, cabang kebajikan Saba Industries Group, Saba Family Foundations, merancang untuk membina dan mengendalikan sekolah-sekolah serta klinik-klinik kesihatan dalam masyarakat tani yang tidak mendapat akses kepada pendidikan asas dan juga perkhidmatan rawatan kesihatan.

"Beras ialah makanan ruji utama di seluruh dunia dan pengambilannya meningkat dengan pesat saban tahun, khususnya di kawasan-kawasan bukan Asia seperti Afrika dan Timur Tengah," kata Malini Saba, Pengasas dan Pengerusi Saba Industries. "Petani-petani adalah kunci bagi memastikan pengeluaran dan kualiti beras seiring dengan permintaan. Membantu petani mengurangkan hutang mereka, meningkatkan taraf hidup dan ladang mereka secara organik adalah satu-satunya cara industri beras dapat bertahan dan berkembang maju. Selain itu, membantu orang ramai mencapai kestabilan ekonomi juga adalah tindakan tepat untuk dilakukan."

Latar Belakang Saba Industries Group
Saba Industries Group, ditubuhkan pada tahun 1996 oleh usahawan dan dermawan Malini Saba, ialah sebuah syarikat milik persendirian yang mengendalikan perniagaan komoditi pertanian, perlombongan, pemecahan kapal dan hospitaliti di Asia Selatan dan Asia Tenggara, Australia serta Afrika.

Latar Belakang Saba Family Foundations
Saba Family Foundations ditubuhkan pada tahun 2002 oleh usahawan dan dermawan Malini Saba untuk menumpu pada keperluan wanita dan kanak-kanak yang terabai di seluruh dunia. Tiga bidang tumpuan yayasan ialah rawatan kesihatan, pendidikan dan hak asasi manusia.

Source: Saba Industries Group
Keywords: Agriculture Banking/Financial Service Environmental Products & Services Food/Beverages Corporate Social Responsibility Not for profit